[RAYA] DENGGI RAYA 2015

 
 
Kita cuma mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. 14 Julai 2015 (Selasa) jam 7.40pm sepatutnya saya dengan incek hubby berangkat balik beraya di Sarawak tahun ni. Tiket flight semua dah ready tapi memandangkan incek hubby dah start demam on off dari Sabtu tengahari, so petang Isnin, 13 Julai tu dia ke klinik biasa untuk check. Klinik biasa ckp suspect denggi! So dia terus ke KPJ Kajang. Lepas amek darah ape sume, incek hubby confirm denggi! Sepatutnya dia warded tp dia cakap tak nak. So doc cuma pantau agar dia tak demam. 2 hari sekali kene lapor diri kat KPJ Kajang tu.

Dari Sabtu sampai Isnin tu memang saya tak dapat tido sangat. Letak tola basah & lap2 badan dia. Badan dia kejap panas, kejap ok. Bila saya tanya larat tak nak balik raya, dia ckp tak larat. Sakit sendi ape sume. So tengahari selasa (14/7/2015) saya call agen kenselkan tiket flight & mintak agen buat open tiket. 

Maka, untuk pertama kalinya selama 14 tahun saya merantau di sini, saya tak balik raya. Dan berayalah kami berdua di Sg. Chua, Kajang tu bersama anak2 bulus 3 ekor (Chester Gendut, Chello Samseng Sg. Chua dan Baby Luna, si diva kecik).

Memang takde g mane2. Incek hubby x larat nak bangun sangat. So makan tido, makan tido la yang menjaga dia tu depan tv. huhuhu.. Incek hubby lak x selera makan. Tp nasib baik dia xde muntah2 or demam teruk tu. 

Memandangkan incek hubby tak sihat. Saya pun takde ler masak special2 sangat. Dia tak selera makan. Apatah lagi nak buat open house dengan rumah tunggang langgang barang bersepah2 kat lantai sebab meja makan, set kusi jati dan 2 kabinet dapur dah jual. Kotak pun merata2 dalam rumah. Lepas raya ni, kene fokus nak pindah rumah plak... huhu



Incek hubby punye result blood test masa 1st day ke KPJ Kajang tu. Syukur bukan denggi yang teruk tu. *Alhamdulillah*





Jus betik ni saya cari kat farmasi Next Stage,  Seksyen 7, BB Bangi. Sebotol RM12.70. 1st tu saya beli 5 botol jer. Takut dia lak x bleh nak telan. Member2 suruh cari pucuk betik fresh. Mane laa nak carik kat bangi2nd tu beli lagi 5 botol. Alhamdulillah dia makin ok.

Alkisah pasal mula2 dia confirm denggi tu, saya beli laa 2 ekor ketam dan masakkan sup ketam untuk incek hubby. Malangggggggnyaaaaaaaaaa....... nasib dia tak berapa baik kali ni..dia allergic ketam. Habis muka dia merah2 cam ruam, gatal satu badan. Bergaru2 laa malam tu sampai tak boleh tido. Kesian plak tengok... Sebelum ni memang dia allergic ketam, abis ketul2 kat bawah mata & gatal2. Tapi sebab tak tahan tgk saya selalu rebus & ratah jer ketam tu, dia join sekali. Lama2 ok jer. Takde lak gatal2 ke ape. Kalau udang, mmg dia xde plak allergic ke ape. Elok jer  bantai sambal udang petai or udang butter. Agaknya kali ni badan dia x kuat. Tu yang allergic balik bila makan ketam.

Maka esoknya tu saya beli pil allergic kat dia. Makan jer pil tu, magic katanya... terus ilang gatal. Bila gatal dah takde, muka dia yang merah2 cam ruam tu tinggal keruping2 cam kelemumur tu jer.. Sekarang barulah ok. Alhamdulillah. 

Lepas ni dah sihat betul2 dan dah habis tarikh standby keje dia, kitorg nak balik jugak. Tak lengkap raya kalau tak balik kpg sendiri dan tak jumpa orang tua.. Bersalam-salam, cium tangan orang tua dan memohon ampun dan maaf itu indah...

Rindunyaaaaaaaaaaa kat makkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :'(           :'(          :'(



Post a Comment

2 Comments

  1. shafahallah...smg Allah beri kesembuhan... bila plan balik sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEET TOOTH >>> tQ dear... alhamdulillah incek hubby dah sembuh... plan balik Sarawak dlm minggu depan..yg penting, masih dlm bulan raya..insyaallah..hehehe :)

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤