1.
Penentuan
arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah
solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat ISLAM mesti memastikan
kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’abah.
2.
Setiap
tahun ada 2 waktu yang telah Allah swt tentukan kedudukan matahari
betul-betul tepat di atas Ka’abah. Fenomena ini dipanggil Istiwa
A’zam (Istiwa Utama).
3.
Alhamdulillah,
dengan ketentuan Allah swt ini, membolehkan umat Islam di seluruh muka
bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat
dengan mudah dan tepat.
Bilakah
Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu
berlakunya fenomena ini ialah pada:
- 28
MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16
petang, dan
- 16
JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28
petang.
Apa yang perlu dilakukan?
SEBELUM
- Pastikan jam yang selalu menjadi rujukan kita mengikuti waktu piawai yang tepat. Kita boleh juga memeriksanya dengan SIRIM atau seumpamanya. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.
- Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang
atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°)
di atas permukaan yang rata.
- Pastikan
bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan
terang dan jelas.
- Dan
pastikan juga kita boleh melihat matahari dari kedudukan tempat kita
pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
- Tunggu
dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
KETIKA
PERISTIWA INI BERLAKU:
- Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus
yang dipacakkan tersebut.
- Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan
jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk lampiran)
- Tandakan arah qiblat.
SELEPAS.
- Yakinlah
bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
- Bersyukurlah kepada Allah swt yang telah
memberikan peluang untuk kita memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
- Hadapkanlah tubuh kita ke arah qiblat tersebut dengan
penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan
perkongsian ini memberikan manfaat buat mereka yang mahu mengambil
manfaat.
2 Comments
Terlepas pandang fenomena ni..
ReplyDeletesini hujan masa tu kalau x silap...huhu
Delete❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤