31.07.2016 | Ahad.
Cerita weekend kami minggu lepas.. babyfruit dari Temerloh & adiknya di Kajang datang berambeh (lepak2) ke rumah. So memandangkan wiken tu kitorg jer ade kat umah, pagi tu pergi Pasar Presint 8 cari lauk untuk buat nasik arab.
Ni kali kedua buat sendiri nasik arab. Dulu-dulu saya ingatkan susah giler buat nasik arab ni,. Bila tengok member-member upload gambarshow off rasa kagum giler kat dorang sebab pandai masak nasik arab. Sebab tak reti dan taknakbelajarmasaksendiri nasik arab ni, sudahnya..makan la kat kedai makanan arab bila time teringin.
Kebetulan plak group whatsapp jiran2 dok memanjang up iklan pasal perencah nasik arab ni, last2 terbukak hati nak try. Dah masak sendiri, rasa cam ehhh senang giler pun masaknyaaa*sambil libas shawl*
BAHAN-BAHAN:
a) UNTUK NASI
Ni kali kedua buat sendiri nasik arab. Dulu-dulu saya ingatkan susah giler buat nasik arab ni,. Bila tengok member-member upload gambar
Kebetulan plak group whatsapp jiran2 dok memanjang up iklan pasal perencah nasik arab ni, last2 terbukak hati nak try. Dah masak sendiri, rasa cam ehhh senang giler pun masaknyaaa
BAHAN-BAHAN:
a) UNTUK NASI
- 500gm beras Basmathi
-*2-3 bunga cengkih
-*1 batang kulit kayu manis
-*2-3 biji buah pelaga
-*seinci halia
-*bawang merah dan bawang putih (dipotong wedges)
-Air untuk merebus ayam (3-4 cawan)
-*3 sudu minyak sapi/minyak jagung
-pewarna kuning/serbuk kunyit
-perasa ros
-1 bungkus kecik rempah Kabsa Laila Majnun (atau apa2 rempah nasi arab)
-garam & perasa secukup rasa
-1/2 ekor ayam @ sekilo daging.
CARA-CARA
1) Cuci beras dan rendam dengan air selama 15minit - toskan.
2) potong ayam, cuci dan rebus dengan 5-6 cawan air bersama rempah Kabsa Laila Majnun hingga masak.
*sekiranya daging lembu/kambing, rebus daging tersebut dengan rempah hingga daging lembut)
3) Masukkan garam dan serbuk perasa.
4) Setelah ayam masak, asingkan airnya (4 cawan untuk dimasukkan ke dalam nasi dan selebihnya untuk dibuat sup).
5) Panaskan minyak sapi/jagung.
6)Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik baunya.
7) Masukkan 4 cawan air rebusan ayam tadi (masukkan sekali ayam ke dalam nasi)
Note:saya tak masukkan sebab takut ayam cpt basi kalau lmbt habis
8) Masukkan daun Bay dan kismis dan tutup hingga nasi masak.
Note: saya tambah gajus ;)
9) Bila nasi sudah masak, renjiskan pewarna dan air rps ke dalam nasi. Kacau perlahan supaya nasi cantik dan tak patah.
10) Tutup sekejap dan bolehlah dihidangkan.
Note: boleh juga potong ayam kepada 2 bahagian, rebus dengan rempah hingga masak, tos dan goreng. (Tanpa masukkan ayam ke dalam nasi)
*saya bakar ayam tu ;)
b) UNTUK SOS
b) UNTUK SOS
-*5 biji cili hijau
-*sebiji tomato
-1/2 biji buah lemon (perah airnya)
-*Daun Parsley / daun ketumbar
Note: Blend bahan di atas bersama jus lemon SAHAJA.
c) UNTUK SUP/KUAH
-3-4 biji bawang merah & putih
-3 biji bunga lawang
-4 biji buah pelaga
-1 batang kulit kayu manis.
-garam & perasa secukupnya.
-garam & perasa secukupnya.
》tumis semua bahan di atas dgn minyak yang sedikit sampai naik bau.
》masukkan dalam lebihan air rebusan ayam tadi dan didihkan.
》letakkan daun sup atau daun ketumbar.
NOTE: Rempah saya beli dari jiran. Boleh order contact number 019-5536060 (Nora) @ 016-3283835 (Siti). Boleh tgk kat fb : RempahKabsa (tak boleh copy link sbb update blog guna hp) or tengok kat blog dorg : rempahkabsa.blogspot.com
Selamat mencuba ;)
10 Comments
masak nasi arab sendiri? senang? allahh kalau ida ni kompem tak jadik hahahahhahaha...
ReplyDeleteTry la Eida.. ;)
Deletesenang jer rupanya..dulu2 ingat susah giler nak buat...hahaha... tu akibat tak nak cuba..bila dah buat sekali...cissss..pejam mata jer.. *libas.jambul*
Hahaha
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSedap nasi arab ni. Kalau beli yang kambing, suka dengan sos mint tu. Pehh..
ReplyDeleteBagusnya ada perencah nasi arab ni, senang sikit nak buat.
Betul tu sis...fav jgk sos mint tu..dulu pernah mintak resepi budak yg serve kambing tu..tp sbb lupa nak tulis..last2 dah x ingat terus dah skrg nih..huhuu
Deletemasak sendiri boleh makan berulang kali..lbh puas hati..kalau kat restoren nasi arab..siap kan duit ja..mahal..
ReplyDeletebetul kak...mkn ulang2 kalau masak sendiri.. klu kat kedai, sepinggan jer dah belas2... blm lg utk makan ramai2 tu..mau ratus2...huhuh
DeleteAs-salam..
ReplyDeleteAduhai.. sedapnya nasi arab.. akak pun dulu selalu ingat nak buat nasi arab tu susah.. sekali bila dah buat senang rupanya.. in shaa ALLAH.. malam ni pun ingat nak buat nasi arab..
Wlkmslm Kak,
Deletetu la kan kak..tak try..tak tau pun susah ke tak nak buat..bila dah buat tu... rupanya senang jer... pes yg basah jer tak pernah try lagi..hihih
❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤