Monday, 31 May 2021

ALHAMDULILLAH REZEKI SOTO DI PETANG HARI

 

Petang tadi tertido depan tv, nak tidokan Ayish..budak tu plak tak tido2. Boleh pulak dia layan cite  Kampung Pisang bersiri tu. Babanya plak tido dalam bilik sebab pagi tu balik dari keje malam pastu anak awal pagi dah bangun, memang babanya tak boleh nak tido laa. 

Bila dah petang tu terbangun, rasa lapar giler. Pegi keluarkan karipap yang beli dari member tengahari tu terus goreng. Konon nak buat makan petang, alas perut sementara babanya nak bakar siakap. Tetiba loceng umah bunyik. Rupanya kakak2 (anak mommy, pengasuh Ayish) datang antar juadah. Rupanya arini hari jadi Daddy dorang. Dengar asben sebut soto aje, terus tak jadi nak makan karipap tu. Layan soto dulu... sedapppp giler..!! dah lama ngidam, beli kat grab food, tak berapa kene dengan selera. Yang ni memang cukuppp rasa.. 


Soto Nasi Impit + Bihun & Nasik Minyak kot.. nasik tu ayish menambah2 makan. heheh 



Sedap gilerrrrrrr.... wasap kat mommy cakap ni dah boleh buat jual dah ni.. hehehe


Karipap ni, last2 makan separuh aje, sebab nak makan soto..hehe


Alhamdulillah atas rezeki arini., Semoga mommy dan keluarga dimurahkan rezeki, sihat walafiat, dijauhkan dari segala penyakit dan musibah. Semalam dah kacau dorang mintak jaga Ayish beberapa jam gara2 nak beli esbok hehehe.. 

Buat Daddy, happy birthday yang ke.. semoga daddy panjang umur..sihat walafiat dan bahagia bersama keluarga sampai ke jannah. Amin2.


9 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki tak pernqh salah alamat..datang tepat pd waktu perut dok berkeroncong

    ReplyDelete
  2. karipap tu mmg sedap kan!!!
    Kita pun dah beli.. mmg gian dibuatnya hhahah

    ReplyDelete
  3. Aduhai! Sedapnya soto. Lagilah ada kacang tanah goreng tu....!

    ReplyDelete
  4. sedapnya ni kena2 time hujan2 makan panas2 wahhh

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki tak diundang tu. terus saya rasa nak makan soto gak. hehe

    ReplyDelete
  6. Nampak pun memang sedap.. nak sambut besday ayah mestilah masak yg terbaik dan tersedap kan.. Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  7. Sedapnya soto tu kak. Ada Karipap Gorgon frozen jugak ye. Ada soto kurang laku karipap.

    ReplyDelete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤