Monday, 10 May 2021

RINDU NAK BALIK RAYA KAT KAMPUNG. KORANG LAST BALIK RAYA BILE?

 



Tahun 2018 tahun last balik kampung kat Mukah, Sarawak. 2-3 bulan sebelum balik dah apply waran flight dari opis. Pastu seminggu sebelum balik tu dah sibuk kumpul-kumpul barang untuk bawak balik, letak sekali tepi luggage, takut tertinggal. lagi pun senang nak kemas. Tinggal masuk2 aje. Sibuk order biskut dengan beli barang2 souvenir untuk bg anak2 sedara. Duit nak beli2 persiapan saving siap2 2-3 bulan sebelum raya, duit keluar takyah cite tapi rasa puas. Yerlaa bukan tiap2 tahun balik kampung sebab raya pun ikut turn. Rasa tak sabar nak jumpa mak dan adik beradik kat kampung. Kalau tak raya, susah nak jumpa dorang. Pastu nak ziarah kubur yang dah pergi. 

3-4 malam sebelum balik raya, kukus Kek Buah, Kek Belacan, Kek Lumut untuk bawak balik (semua kek fav makkkk). Sebab kalau dah balik sana, sibuk mengemas memang tak sempat dah nak buat semua tu. Malam sebelum bertolak, merupakan malam yang biasanya akan tidur lewat. kadang2 2-3 pagi baru tido. Kemas2 luggage untuk kali terakhir. Tak lupa, sediakan tray pasir, makanan, minuman banyak2 stok 10 hari untuk anak bulus (chester dan chello) sebelum ditinggalkan. Juga makanan untuk hanak hekan hakakkk dalam akuarium. kikiki

Esoknya, bangun awal.. check wallet/ic.. tiket flight ape sume, check api dapur, suiz2 dan off ke belum. Kite jenis pelupa. Pastu kerap rasa was2. ehh api dah tutup ke tadi? ehh.. suiz charger dah off ke.. Eh pintu dah kunci ke tak? Dah keluar grill, masuk balik check setiap bilik, dapur dan lain2. huhuhuh.. Dah puas ati, baru bergerak ke KLIA. Kalau dulu, jadi kalut kalo orang dah tunggu nak antar ke airport. Nasib sekarang dah senang. Naik grab aje. Aman dan tenang kalau nak bertolak lambat pun. Tapi lambat tak lambat pun, kalau musim raya sebab ramai orang, biasanya bertolak awal 4-5 jam. Sampai KLIA boleh santai2, kot nak cuci2 mata dulu or shopping roti Gardenia (buah tangan wajib bawak balik sana) hihhih

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................ 

itu semua tinggal kenangan.. cuma kisah tahun 2018 dan tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2019 dah beraya di Putrajaya..Balik kelantan masa tu sebab turn raya sana. Tahun 2020 dah excited nak balik Sarawakkk tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii malangnya CORONA memusnahkan segalanyaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Sedihhh..tapi takpe la masa tu. Mak ade kat sini raya dengan kitorang. 

Tahun 2021 ni plak, plan nak balik raya rupanya juga angan2 semata.......musnahhhhhhhhhhh sekali lagi. Maka genaplaaa 3 tahun berturut2 beraya di Semenanjung aka Putrajaya. Raya ber4 jer la kami tahun ni. Nak rentas negeri hape pun takboleyyyyyyyyy

Nak cite pasal persiapan raya kali ni, tahun ni memang tak buat persiapan. Langsir sama tak tukar2, apatah lagi nak membaking. Kek, anak sedara dah pos dari Penang baru2 ni, pastu jiran ade bagi kek Hati Pari. Kek Buah macam nak buat sebijik aje sebab fav mak tapi tak tau larat ke tak 2-3 hari ni nak mengukus. Biskut2 pun baru jer beli 2 hari lepas. Tu pun 2 jenis aje. Biskut butter dengan mazola aje. Pastu aritu beli acar buah kat shopee, ade akak tu bg free gift Biskut Florentine. Aaaa cukup la 3 jenis tu. Sape je nak datang beraya nak makan beria. Memang dari tahun lepas tak open kat sape2pun ajak datang rumah. Fikirkan mak warga emas dan anak masih kecik. Risikoooo... huhuh

Tu pun memikirkan takkan tak buat langsung persiapan raya sebab utama, mak ade kat sini. Hikmah PKP yang susah kite nak dapat. Selalu raya, mak ade kat kampung. Anak2 yang akan balik kampung. Kali ni mak dah 2 tahun tak dapat balik raya, masih stranded di Putrajaya. So fikir2 balik, buat je rla persiapan sikit2 supaya mak tak la rasa asing sangat beraya di perantauan.  

Baju raya dalam tak rasa nak beli, aritu terbeli jugak. Asal2 nak beli pakai keje. Baju raya banyak dah tak muattt kahkahkahhh Cam selesa plak bile pakai. Tak payah alter2 dah. So kite pun beli lagi selai sama sebijik kaler untuk mak. Maka sedondonlah raya ni. 

Untuk Ayish plak, beli kurta warna hitam. Tu pun punye payah nak cari saiz budak tu, umo baru 3 tahun tapi kene cari baju untuk budak 6-7 tahun sebab badannya semangat memboolattt. Baba nyer jer tak beli2 lagi. Kalo ikut baba nya, dia cakap tak payah la beli. Nak gi maner. Tapi selaku yisteri yang nakkan suasana raya nampak sedondon dan of courselah kene ade gambar raya sebagai kenangan beraya corona di perantauan, maka esok lusa dia kene cari jugak baju warna hitammmm ahahah

bab tu dah settle..

so kek buah ni nak buat ke tak nihhhhhhhhhhhhhhh aihhhhh -_-




5 comments:

  1. Saya pun tak buat persiapan raya. Hajat hati nak balik kampung pun tak nampak bayang. Redha sajalah habis tiket yang banyak kali open sejak PKP 1.0 hangus begitu saja. Seronok rasanya baca tentang segala kek belacan, kek hati pari. Dulu rajin buat. Beberapa tahu kebelakangn ini dah tak larat nak buat heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak...mco 1.0 dulu xblh gi mana2. Hajat nak balik Kuching antar mak pun x jd, dah beli tiket rm600++ burn gitu aje..

      bab persiapan raya memang xde rasa nak buat sangat thn ni..ala kadar aje...syukur masih ade mak dpt beraya di sini dgn kami..tu dah lebih dari cukup...alhamdulillah

      Delete
  2. Replies
    1. sedih kan..tp fikir2 balik kita still bertuah dpt raya kat umah, sejuk2 ekon..selesa...cukup rehat berbanding dengan frontliner kita... semoga semua ni cepat berakhir..amin2

      Delete
  3. Moment yang kita rindukan sebab dah 2 tahun macam ni kan. Saya pun beli baju raya je. kuih muih semua tak ada. tinggal masak rendang je lah malam nanti untuk hidangan pagi raya :)

    ReplyDelete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤