TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 6 July 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH, ANA. KUATKAN SEMANGAT DEMI ANAK2 YA..!!! :'(

 
 
 
Rabu lepas (3/7/13) dlm kelam kabut menjelang persiapan audit 5S, saya dpt sms dr sorg akak sama opis kt BPH dulu bgtau yang sahabat saya, Farhana @ Ana tenat di Hospital Ampang. Terus berderau darah saya, menggigil sms kat incek hubby mintak kol balik. Sbnrnya sms tu dlm kul 10am lg, tp saya baru perasan kul 11am. Akak yg sms tu dah pun otw ke hospital. Tersekat2 suara saya masa ckp ngan incek hubby mintak dia hantar g sana. Incek hubby terus setuju. Lepas tu, saya call n inform pada Ros, kwn baik saya kt dah berpindah ke INSTUN, Perak. Pun tersekat2 suara saya. X blh ckp lama time tu. Sebak. Kitorg pernah duduk 1 rumah masa lawatan PUSPANITA JPM thn 2007, sbb tu incek hubby saya knl hubby Ana. Masa tu jgk sms bertalu2 masuk. Saya x leh nak reply, sbb time tu jugak kehabisan kredit pas buat call kwn2. Try top up maybank, tac number tak sampai2. dugaan sungguh. Time tu jgk ade keje urgent yg kne siapkan. Adoii..



Dah settle sume keje, laju2 saya isi borang kebenaran keluar pejabat & mintak tanda tangan bos. Pastu call Bahagian Pembangunan, opis lama Ana in case ade yg tak tau psl tu. Pastu call opis lama saya tanye kot x-opismet nak g jgk. Saya offer dorg g ngan kete kitorg. Pas call ape sume, dlm 3 org nak join. Ngam kul 1 thari kitorg keluar.

Sampai kat Hosp Ampang, kitorg terus naik ke tkt.7. Jumpa akak yg sms saya td tu dgn kwn yg lain. Mata akak tu dah berkaca bila cite keadaan Ana. Saya dah tahan2 air mata ni dah. Pelawat pulak tak leh masuk ramai2. 2 org jer sekali masuk. Klu ikutkan, tak leh nak masuk sgt sbb takut kne infection. Masuk pun kejap jer.



Sampai turn saya dgn kwn yg sorg lagi, kitorg terus jalan laju2 g katil ana ditemani akak guard situ. Allahuakbar....!!!!!!! Sebaknya hati saya melihat keadaan Ana, Allah jer tau. Dia lemah sgt. Masa kwn saya pergi kat katil dia, dia mcm mamai2. Pastu turn saya gi kt tepi dia, saya sentuh bahu dia. Saya ckp kt Ana, saya dtg..kenal tak dia kat saya. Dia bukak mata, angguk pelan2. Masa tu.dah x tahan dah, saya nangis tgk keadaan dia. Saya ckp kat doa, Ana mesti kuat. Mesti lawan sakit tu. Demi anak2. Kesian anak dia 2 org tu. Skrg terpaksa dijaga kat kpg oleh mak mentua dia.



Kebetulan masa kitorg kat situ, doc dtg bgtau ana kne masuk icu. Saya lega sbnrnya. Sekurang2 nya dlm icu, keadaan dia lebih terjaga. Sorg nurse, akan jaga sorg pesakit. Peluang utk dpt jangkitan dr pelawat mungkin kurang memandangkan takde pelawat blh kuar masuk jumpa dia.


Tak puas jumpa dia, tp terpaksa keluar. Kejap jgk sempat berbual2 dgn suami dia bertanyakan psl keadaan dia. Kata suami dia, asal2 Ana demam 2 mggu. On off. Lepas tu gklinik check darah. Tak dpt kesan ape2. Last2 pergi hosp putrajaya. Rupa2 nya LEUKEMIA - STAGE 4...!!!!!!!


Masa ana masuk hosp putrajaya, saya tak sempat melawat. Saya balik Kuching time tu. Blk dr sana mmg ade niat nak melawat dia tp incek hubby tgh sibuk. Saya tangguhkan sekejap sampai la keadaan senyap. Itu yg saya ingatkan dah ok. Rupanya makin teruk. Besar sungguh dugaan buat Ana. Ada jugak cerita disebalik tu yg buat saya lagi sedih, sampai Ana pesan kat mentua dia, mintak tlg jagakan anak2 dia. Iskkkkkkk :'(

Sehari berlalu, semalam dpt sms dr akak yg sms hari tu jugak. Katanya Ana dah kuar dr icu. Maknanya Ana kat icu sehari jer. ALHAMDULILLAH....!!!

lepas kuar dr wad, kitorg berbual dgn akak guard kat situ. Katanya keadaan Ana sehari sblm tu ok. Siap menyembang2 dgn dia. Makan pun selera, tp pagi yg dia tenat tu..dia cirit. Terus keadaan dia mcm tu. Lepas berbual dgn akak tu, kitorg duduk kt tmp menunggu. Incek hubby pun dtg, saya ajak dia masuk lg kot nak jumpa hubby Ana. Masuk tu, incek hubby berbual dgn Hubby Ana kjp jerrr. Incek hubby mintak hubby dia bersabar dgn dugaan ni. Kata hubby Ana, nasib baik dlm keadaan jd mcm ni, dia dah dpt tansper ke KL, sblm ni terpaksa ulang alik dr Lumut-Putrajaya. Anak2 pulak, lepas ni transfer sekolah ke N9. Sebak hati saya, Allah jer yg tau. Masa kitorg kt hujung katil tu, Ana agak stabil. Dia dah bukak mata & pandang kitorg berbanding masa mula2 td tu.


Saya hrp dan sentiasa mendoakan keadaan ana makin baik lepas ni. Rindu zaman dulu2 masa opis sebelah menyebelah, salu nyembang2 time lunch or bekpes. Semoga Allah memberikan kesembuhan buat ana supaya blh terus bersama keluarga dan anak2 dia yg masih kecik tu. Amin.


Gambar sempat saya ambil dgn izin hubby dia ari tu.
.

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...