TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 29 March 2017

RESEPI : IKAN GELAMA SAMBAL CILI HIJAU & TUMIS AIR BUAH KUNDUR


Ikan Gelama Sambal Cili Hijau dan Tumis Air Buah Kundur. Dua haiwan dan tumbuhan yang saya dah laaaaaaaaaaaaaaaamaaaa sangat tak makan. Ikan gelama rasanya last makan masa arwah ayah masih ada bot & menangkap ikan dalam 20-25 tahun yang lepas. Tapi masa tu tekak sombong...Jemu kononnya hari-hari makan ikan gelama. Kalau tak goreng, mak masak asam jawa tu @ masak pindang orang Melanau cakap. Kalau tak pun, biasanya mak buat pais or bakar jer. 

Hari tu gi kedai Big Bazar kat Presint 8,tiba-tiba rasa teringin nak makan. Maka terhasillah ikan gelama sambal cili hijau. Resepi yang boleh buat sambil pejam mata or tak payah berejam kat dapur blh tengok kat bawah gambar.







BAHAN-BAHAN:
1) Ikan Gelama - dibersihkan, buh kunyit & garam pastu goreng. Takyah garing sangat.
2) Cili hijau, cili padi hijau, bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia sikit - blend tapi takyah la hancur sangat.

CARA:
1) Tumis bahan blend pastu buh cuka, gula, garam & aji secukup rasa. Tuang atas ikan. Or nak goreng/gaul sekali ikan dengan sambal cili hijau tadi pun boleh.



kuah dia kaler gelap sket sebab saya buh belacan. Tak sedap tanpa belacan..hehehe


TUMIS AIR BUAH KUNDUR

ni pun sama..Baru-baru ni terjumpa balik buah kundur ni, lantas ku sambar sebijik sebab dah jemu asik2 kailan ikan masin, kangkung belacan, bayam tumis air, sayur campur bla..bla..bla tu.. Nak masak pun boleh buat sambil pejam mata jer (poyosss) pastu masak tumis & campak jer. 

Last makan masa duduk ngan abang time abis spm dulu..tahun 1998. Ada jiran (cina) kasik buah ni kat abang. Besar lak tu..dah tu masa tu tak reti laa nak masak buah ni sebab tak pernah tengok apatah lagi nak makan. Kebetulan mak ada masa tu sebab jaga kak ipar pantang, so mak masak tumis air. kachhhanggggg jer rupanya masak ni..huawawaa


Bahan-bahan:

1) Buah kundur - kupas kulit, buang biji dalam tu, potong sedang2 nipis & cuci bersih pastu toskan.
2) Ikan bilis + bawang merah + bawang putih + belacan (optional) + cili padi - tumbuk sedang2 hancur.
3) garam aji secukup rasa


Cara:

Tumis bahan yang ditumbuk tadi tu sampai kekuningan. Pastu masuk air, biar mendidih pastu baru masuk buah kundur tadi. Dah lembut, perasakan dengan garam aji secukup rasa. Bila nak makan, saya buh lada hitam or lada sulah sikit. Hirup kuah panas2 ekekeke...

sekian resepi dari dapur orang malas...ekekekek :p



BIRTHDAY : HAPPY BIRTHDAY ABANG RUNA KE-52


16 Mac 2017 -Happy Birthday abang no.3,  Abang Runa @ Abg Una yang ke-52. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat dan bertambah amal ibadat. Amin2. Tahun ni mungkin tahun paling best sebab dapat adiah best, akhirnya ada geng boy lepas 3 orang gugurl, Muhammad Nabil Aqeel (lahir 21 September 2016). alhamdulillah..bertambah cucu mak yang ke-20..kot la..x ingat dah ..ekkeke
 




"Kek" besdey, Nasik Pulut Kuning Tabur serunding ngan kari. Yummyyy.. tp tgk gambar kat wassap jer la..hihi



testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...