1) Berpuasa.
2) Beristighfar, Selawat & Berzikir
3) Memperbanyakkan bacaan Quran
4) Bersedekah kepada fakir miskin
2) Beristighfar, Selawat & Berzikir
3) Memperbanyakkan bacaan Quran
4) Bersedekah kepada fakir miskin
sumber : bacaan pagi kat opis. x sempat salin huraian sbb tgn tgh kotor (bekpes)
Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban
Riwayat:
(al-Bukhari)
Dari Aisyah r.a katanya:
Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami
mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering
berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak
pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam
sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
Huraian Hadith:
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian
kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana
tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat
lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda
pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,
bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan
maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya
di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik
dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
sumber : c&p website JAKIM
4 Comments
Salam Julie,
ReplyDeleteSangat lah berinfomasi. Terima Kasih! Kena amalkan ni.
HONEY DEAR >>> Wlkmslm... sama2..sharing is caring... insyaallah kita sama2 amalkan.. semoga memperoleh keberkatan dlm semua amalan2 kita...amin :)
DeleteAmeen ya rabal alamin
DeleteHONEY DEAR >> Insyaallah :)
Delete❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤