❤ Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..!!❤










Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..!!

"..Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah (kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.."

Sempena bulan penuh rahmat, pengampunan & pembebasan dari api neraka & penuh keberkatan yg tiba maghrib ini, saya sekeluarga dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf andai selama berFB & berBLOG juga dlm kehidupan seharian, ada ketelanjuran perkataan yg men-tacingkan hati sesetengah orang. Yg buruk tentunya daripada saya, dan yang baik hanya dari Allah SWT jua.. 

Saya juga memaafkan hamba Allah yg telah mengguris perasaan saya, dengan mendoakan yang "TIDAK BAIK" utk saya baru2 ini.. xpe lah..mungkin akibat kurang cerdik & bercakap tanpa berfikir menyebabkan hamba Allah tersebut bertindak sedemikian. TAK RUGI mendoakan yang baik2 saja utk saya juga untuk orang lain. Tak kena pada kita, mungkin keluarga, adik beradik & anak cucu anda satu hari nanti. Hidup kita pun tak lama mana.

Semoga keberkatan bulan Ramadhan mendidik & menginsafkan kita dari mendoakan @ menuturkan kata2 yang tidak elok kepada orang lain & semoga kita dpt memperbaiki iman dan takwa kita.

Selamat Berpuasa semua.. ;)


Post a Comment

0 Comments