❤ UJIAN APAKAH INI....?? ❤



pic credit to uncle google ;)


Dah masuk 3 minggu keadaan saya macam ni. kepala berdenyut2. pagi petang siang mlm, kat rumah atau kat opis. mata celik, kepala berdenyut balik. kalau boleh, nak cabut kepala ni, letak tepi. atau paling dah tak tahan pun, hentak ke dinding. supaya sakit kene hentak tu mengatasi sakit berdenyut ni. lupa sakit cuma time tido.

pagi - demam.. sejuk menggigil2. macam dlm entry DEMAM & JANGKITAN FUNGUS KAT MUKA ni.
thari - panas..berpeluh2 walaupun hujan lebat or aircond kat opis dah cukup kuat. 
petang - sejuk balik - berstokin kat opis mengalah orang tgh musim sejuk. teguk air panas bergelas2 nak panaskan badan.
badan terasa menggigil2 buat keje. kadang2 x buat keje langsung. bos lalu depan meja, saya buat2 sibuk walaupun sbnrnya saya rasa macam nak baring jer bawah meja. tak larat sebenarnya. mata kejap2 tgk jam. mengharap kul 5pm.

masuk kereta - saya baring + tido. Yang saya tau, sampai rumah, letak henbeg, mandi, siap ape patut, lepas Isya' saya dah tido. Pernah jugak terbangun tgh2 malam, mata sampai ke pagi tak nak tido. Apekah sebenarnya??????????????? Puas dipaksa, sudahnya tido x tido kul 5am..! 

Si suami pelik... bila saya kne macam tu, pegang dahi saya, mmg panas. bila bawak pergi jumpa doc, panas dah kurang. balik rumah, panas balik. dah abis2 panas, saya menggigil2 pulak kesejukkan. dah siap2 makan ubat, dia pergi kerja. saya tak pernah mintak dia temankan sbb tau sekarang dia tgh sibuk. sangat2 sibuk. kdg2 dia pergi keje lambat juga temankan saya. urut kepala, letak minyak kat badan. sakit badan terbaring 2-3 hari terutama hari mggu.

so balik keje, dia kejutkan saya, prepare ubat saya, kdg2 beli mknn. tapi selalunya saya cuma makan buah pear jer utk alas perut. kalau takpun, makan yougurt buah. selera makan totally down. cium bau mknn yg  dia masak, lagi saya seksa tahan nak muntah. 

itu utk seminggu++, dah tak tahan sangat, jumpa doc. amik tekanan & kene tanya kul brp tido. errr....bab kul berapa tido tu yang agak payah nak jawab, sebab saya bukan jenis tido awal. nak2 sejak ade SUGAR GLIDER : CHEEZEL &CARAMEL ni, jadual tido saya sangat jauh. kalau dulu, tido tak tido paling awal kul 1am saya naik bilik. Sekarang selalunya kul 2.30 or 3.00 am baru saya tido & bangun balik 6.15am. Saya seronok sebenarnya, ada haiwan baru. tu cara saya release tension, hilangkan stress. saya duduk berjam2 dalam bilik kucing & main dengan dorg. Cheezel & Caramel pulak saya bawak keluar. Main depan tv, supaya dorg lebih jinak. Hujung minggu saya tak pergi mana2. Saya tak bertandang rumah jiran semata2 nak menyembang kosong. Asal2 menyembang kosong, dah tentu lame2 TERbuat ketupat. Saya tak minat. Saya selesa duduk rumah. Berkawan ngan haiwan, janji saya tak kacau or jaga hal tepi kain orang, itu sudah cukup baik saya rasa. tak tau ler kot ade yg x setuju dengan pandangan saya. ;)

Tapi semua jadual tu saya 100% kne ubah sekarang. Kne tido awal, kne jaga pemakanan, kene elakkan stress. ELAK STRESS???????????????????????

Ade ker orang boleh elak stress?? Rasanya saya dah puas elak stress, tp stress tu dtg jugak bertubi2 kat saya. Kat opis or mana2, saya x bergaul sangat dengan semua orang, tapi saya bukan kera sumbang. saya cuma sesekali bercakap / bergurau bila masa saya rasa perlu. robot kot kalo x reti bergurau. bukan apa, taknak bila dah baik sangat, perasaan hormat @ segan orang kat kita jadik kurang. yang penting, kerja saya siap. Sebabnyer, bila bercakap, ada la topic yg orang jadikkan bahan senda gurau yg sebenarnya sensitif pada saya. Yang TTC ni faham la kot.. itu yg satu tu, pasal keje plak, cane la saya blh elak stress kalo ade staff / opismet yang sentiasa tambah masalah pada saya. bagi saya, tak menyenangkan orang tak per, tapi jangan sesekali menyusahkan orang. bukan saya x biasa idup susah, bukan x biasa kerja susah tp yang susah ialah berhadapan dengan orang yg bermasalah & susah nak berubah. haihh...cemane la nak elak...???


16/10/2012 : 
Lepas jumpa doc, yg 1st hari tu doc amik tekanan darah. doc ckp darah saya dah sampai border.  140/90*gulppppp*. adakah saya bakal mewarisi penyakit arwah ayah, mak & abg2 saya pada umur 32 tahun??? tak sanggup rasanya! banyak kau kne pantang makan!! Doc ckp tak payah risau, tak payah stress. tak semestinya ini darah tinggi terus, maybe sebab saya sangat stress & kurang tido. So doc suruh saya jaga waktu tido, kene cukup, makan kne jaga, xde daging2 merah, xde mknn masin2, bla..bla..bla..baik! saya jaga betul2. macam biasa, saya cuma mkn buah, byk makan sayur & hanya makan ikan jer kat opis.


19/10/2012
Semalaman x bleh tido, sbb balik keje tu, pas Isya' saya dah tido tp terbangun kul 12.00 mlm. hubby keje, so mmg pagi baru balik. puas saya paksa, tapi mata x nak pejam. last2 agaknya kul 5.00am kot saya terlelap. 6.15am alarm hp bunyik. saya paksa diri bangun wlupun kepala terasa cam berat. saya pergi bilik sebelah, cari baju yg x payah iron tp nak iron tudung jer. Masa tunduk2 on suis iron, kepala saya makin berat, kaki lutut saya tetiba lembik. terus off suis iron & baring kejap kat katil bujang lam bilik baju. dah rasa ok, saya bangun balik. rasa cam nak pitam, masa tu jugak saya rasa cam diawang-awangan. rasa cam nak muntah & badan dah menggigil2. saya paksa diri mandi cepat2 konon nak bersiap tp saya tewas. badan saya betul2 lembik. saya mintak hubby ambik hp kat tkt bwh utk sms bos bgtau saya EL lagi utk kali ke-3. saya dah segan sebenarnya, asik saya jer EL, kalau x EL, saya MC. mula dari saya mula2 kne fungus ari tu. terus bersambung pulak dengan demam ni. hubby cakap, dah sakit..xkan nak pergi keje jugak. sakit betul2. bukan MC beli pastu g enjoy pun. dia bg saya makan ubat & keje cam biasa.

Semua tu berlarutan sampai sekarang cuma saya dah boleh duduk depan pc @ turun tkt bawah bg kucing ngan sugar glider makan, cuma saya x larat nak berdiri lama2. badan saya masih lemah. kalau berjalan pun kdg2 rasa cam saya berjalan dalam sampai, cam terhuyung hayang. kat opis, klu tgh berjalan ade rasa cam nak tumbang tu, saya cepat2 capai apa2 utk berpaut. kalau tak pun, saya cari kerusi.

bila dah keadaan macam tu, mmg rumah agak serabut. toto masih depan tv. sebabnya kalau saya turun bawah, rasa datang pening tu, mmg saya landing jer situ. aktiviti masak memasak mmg dah lama x buat.  masa saya MC & hari2 yg betul2 x larat / asik terbaring jer ari tu, biasanya thari hubby saya akan balik. hantar nasik or buah2. kalau sibuk sangat, dia just call bgtau x dpt balik. saya x kisah sbnrnya. rasa macam keadaan saya sakit mcm ni betul2 menyusahkan dia. kelam kabut dia. time kerja malam pun macam tu, balik keje dia terus singgah tapau mknn utk saya.

banyak benda / perkara terjadi yg buat saya betul2 tertekan kebelakangan ni. saya harap semua tu akan berlalu. dan harap saya makin sembuh. saya pun dah x larat nak fikir rasa serba salah bila tgk semua kerja2 rumah hubby yg uruskan. dengan kelam kabut nak pergi kerja.

sekarang, mana yg larat, saya paksa diri buat. badan x boleh nak dimanjakan sangat. masuk baju dalam mesin, pastu duduk slow2 sidai, x bleh tertunduk2 sangat. dalam minggu ni jugak saya masih dalam pemerhatian doc. 2 hari sekali kne g klinik, sepatutnya pergi hari ahad or isnin baru2 ni, tp hubby keje pagi & malam, bila dia balik keje tgh2 malam, saya rasa x sampai ati pulak nak ajak dia pergi klinik. rasa macam saya dah banyak menyusahkan dia. mungkin mlm ni kot pergi klinik.

kepada hubby saya, kalau dia terbukak & terbaca blog ni, saya nak mintak maaf byk2 kalau saya ni dah terlalu banyak menyusahkan dia. asik sakit memanjang. buat hidup & jadual dia sentiasa kelam kabut. saya pun x mintak keadaan macam ni. kalau saya boleh pergi satu tempat yg saya x jumpa perkataan sakit & stress tu, mmg saya dah lama pergi. apa kan daya..ni ujian untuk saya.

semoga Allah terus memberikan kesihatan yg berpanjangan utk saya. terima kasih jugak buat anak2 sedara, kawan2 & kawan alam maya yg x pernah saya jumpa tp sentiasa mendoakan saya. Allah jua yg membalasnya. Insyaallah..............










bacaan tekanan darah:
16/10/2012 : 140/90
2/11/2012 : 132/88
9/11/2012 : 140/80

Post a Comment

0 Comments