❤ MAKARONI AYAM BAKAR PERISA BBQ ❤



Kembali ke acara masak2. Semangat we'olsss sejak dapur disahkan bebas dari Bang T dan keluarga mereka ni wlupun masih ada saki baki suku sakat dia yg mungkin akan menuntut bela atas kematian ahli kuarga & sedara mara yg tertangkap & telah dijatuhkan hukuman mati. 

JUMLAH SETAKAT 18/2/2013 : 3 ekor (termasuk ibu beranak kembar 6)

Ok next menu, Makaroni Ayam Bakar Perisa BBQ. Wahhhhhhhh nama kemain nak panjang berjela khennn?? Muntah kuning chef2 pro dengar nama makaroni nih walhal dorg pejam mata jer buat..kihkihkihhh.


Bahan-Bahan:
1) setengah bungkus makaroni - rebus, jgn lupa bubuh sikit minyak lam air utk merebus. dah empuk, toskan.
2) 1 bungkus daging ayam / daging lembu cincang - cuci bwh aliran air paip utk buang darah & toskan
3) bawang merah 6 ulas, bawang putih 6 ulas & cili padi secukup rasa nak pedas- ditumbuk
4) Bawang besar 1 biji - potong dadu
5) Lada traffic light @ capsicum - sebijik setiap satu dipotong dadu.
6) Cendawan butang - setengah tin & potong/hiris nipis
7) Cili boh - 6 sudu makan
8) 1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk halus - klu x nak pun xpe
9) 1/2 tin susu cair - boleh klu x nak bubuh.
10) rempah oregano - tak wajib kalau nak bubuh (suka bubuh sbb rempah ni byk kt umh hahah)
11) parmesan cheese secukup rasa - klu ade stok kat umh
12) 3-4 sudu makan mentega - untuk menumis, klu x nak mentega, gantikan dengan minyak masak
13) sikit lada sulah, garam, aji & sedikit sos tiram.
14) 3 biji telur ayam - bubuh lada sulah & sedikit garam & dipukul sedikit kembang 
15) 1 batang carrot - potong dadu
16- 3 sudu makan rempah BBQ

Cara Memasak:
1) Tumis bawang merah & bawang putih sampai kuning guna butter, x nak guna butter, tukar jer ngan minyak. Masukkan lada hitam, rempah BBQ, lada sulah & cili boh. Bila naik minyak cili bohh..ehh jap..! naik minyak ker pecah minyak...adehh failed..!! Senang ckp.. sampai cili masak, masukkan sos tiram. Masukkan daging, carrot & cendawang butang. Masak sampai empuk. Jgn lupa bubuh sikit air utk empukkan daging.

2) Daging dah empuk, masukkan susu cair, bawang besar, cili traffic light, rempah oregano & garam. Rasakan kau..hahah 

3) Masukkan makaroni tadi, gaul rata & tuang dlm loyang selapis, curahkan telur sedikit, buat lagi selapis, curah lagi telur dengan rata & buat sampai habis. Jgn lupa tabur cheese. Yg saya buat xde cheese sbb xde stok. Bakar dalam loyang 8x8 selama 45 minit dengan suhu 160-180 darjah selsiusss atau sehingga masak.

Hasilnya.........

gambar sebelum dibakarin. Tekan2 sikit makaroni tu supaya potong nnt x bersepah2 berburai. hahah


sesudah dibakarin. Makan ngan sos cili. Karipap tu instant tau... xde kerajinan pun nak buat sendiri. hahaha




pstttttt: klu ada bahan2 yg tertinggal, sila abaikan & pandai2 la ejas sendiri sbb saya taip mana yg ingat. ngeheheh

Post a Comment

0 Comments