TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 8 October 2013

>PELANCARAN BANDARAYA BARU PUTRAJAYA (8/10/1997)

 
 
 
Pada hari ini dalam tahun 1997, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir telah melancarkan bandaraya baru Putrajaya bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. 


Putrajaya yang berkeluasan 4,581 hektar ini dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. terletak 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan getah yang dikenali sebagai Prang Besar


Pada 12 Oktober 1994, Kabinet telah memutuskan untuk menggubah nama Prang Besar kepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra. Ketika berucap pada majlis pelancaran itu juga Perdana Menteri menyatakan Putrajaya akan mencerminkan ciri-ciri dan semangat Malaysia di samping menjadi satu lagi mercu tanda yang memperlihatkan keupayaan Malaysia dalam pembangunan bandar, khususnya dalam membina bandaraya untuk kerajaan dan rakyat. 
 
 
Bahagian Keselamatan Negara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan pejabat kerajaan yang pertama memulakan operasi di Kompleks Pejabat Perdana Menteri. Sesungguhnya, hasil daripada perancangan teliti menggabungkan reka bentuk moden, tradisional dan campuran serta mengekalkan konsep kehijauan telah menjadikan Putrajaya sebuah perbandaran yang paling moden di rantau ini.
 
Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA
         
 


 Bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri) night view

 Bangunan Perdana Putra (Kompleks A)


Jabatan Perdana Menteri (Kompleks B)

 Bangunan tgh2 tu Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

 Putrajaya International Convention Centre (PICC)


night view dari PICC


 view dari udara - Masjid Putra & Bangunan Perdana Putra


 credit to Uncle Google utk semua pic di atas ;)

Dan masa google utk cari gambar2 Kompleks JPM, terjumpa gambar budak rambut merah nih masa Family DAy thn lepas.. ade lam entry [ HARI KELUARGA JABATAN PERDANA MENTERI 2012 ] 
 
rindu lak nak gaduh ngan dia nehh... dah 2-3 hari nak call dia...tp tgk2 jam dah lewat..kompem dah tido budak tu... hehehe

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...