TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 11 July 2014

> PRAY FOR #GAZA #PALESTINE #SYRIA

 
 
Dugaan utk saudara Islam kita di sana.. hari ke-10 bulan suci Ramadhan mereka "dihadiahkan" dengan bedilan "bunga api" / habuan peluru dan bom memusnahkan kediaman, membawa nyawa anak2, kaum wanita, orang tua / orang awam yang tak bersalah. 
 
Kehilangan ahli keluarga bukan satu perkara luar bagi mereka..Isteri kehilangan suami, suami kehilangan anak2 malah satu keluarga. Bahkan negara2 Islam bergolak yang lain pun sama..insyaallah pintu syahid terbuka luas utk mereka selagi mereka percaya Allah SWT itu satu dan tidak meninggalkan ajaran Allah SWT. Berat sangat2 dugaan utk mereka. Menguji iman dan takwa mereka sebagai seorang Islam yang percaya kuasa Allah SWT melebihi segala2Nya dan tak tertanding wlupun berjuta2 peluru dan roket yg menerjah jasad mereka. Terasa insaf dan bersyukur wlupun kita diduga dengan bermacam2 dugaan namun tak sehebat dugaan utk mereka.
 
Air mata mmg x leh tahan bila tgk gambar2 tu..kita sedap2 bgn sahur nasik @ sup panas, iftar makan mknn enak2 yg kadang2 dah macam kenduri walhal tak abis pun. Banyak jadi habuan tong sampah dek menurut hawa nafsu. Kita  berpuasa dlm dlm keadaan tenang, kdg2 kita mengeluh / mengadu sbb lapar yg tak seberapa, mengadu mknn tak sedap sama ada masak sendiri or beli kat bazaar. Pastu mengeluh balik umah sakit kepala terperangkap dlm kesesakan lalulintas (saya ler tu) sedangkan mereka tiada pilihan utk mengeluh memikirkan hal2 remeh dunia cam kita selain terus berdoa supaya peperangan ni akan berakhir.
 
Mungkin ade rakyat Malaysia yg berjihad, sama2 membantu rakyat di sana atas dasar menolong sesama Islam..yg tu terpulang pada diri sendiri. Usahlah usaha mereka dipolitikkan. Saya nak cakap lebih2 pun tak berani jugak. Kdg2 mende cam ni sensitif utk sesetengah pihak atasan yg berkenaan. Cuma pendapat peribadi saya, apa jua yg mereka lakukan tu atas kehendak diri sendiri.  Niat mereka, hanya Allah SWT jua yg Maha Mengetahui. Sekurang2nya mereka ada usaha dari berdiam diri. Lain orang, lain caranya.  Kita tak perlu persoalkan. Yang akan menyoal mereka di akhirat kelak, cuma Allah SWT jer...
 
Marilah kita sama2 membantu menghulurkan bantuan sama ada wang ringgit atau harta benda yg dalam kemampuan kita. Kalau tak mampu membantu dari segi wang ringgit, cukuplah dlm setiap doa dan sujud kita, kita tak lupa untuk memohon ke hadrat Allah SWT supaya melindungi mereka di sana. Banyak NGO2 yg diiktiraf @ boleh dipercayai sedang membuat kutipan bagi membantu mangsa2 peperangan ni. Yang penting, niat kita ikhlas.

 

"...Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil 
untuk menghancurkan tentera bergajah musyrikin,
maka kami memohon padaMu Ya Allah,
turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara2 kami di Palestine, 
Syria dan dimana saja umat Islam ditindas
dan HANCURKANLAH TENTERA ZIONIS LAKNATULLAH..!!!"


 We #PrayForGaza #PrayForPalestine #SavePalestine #SaveGaza #StopTheWarInGaza ##CucuMaknek #AnurNasuhaZulaikha #Melanau


No comments :

Post a Comment

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...