[RESEPI] KEK LAPIS RED VELVET

 
 
 
 pic ihsan [SINI]
 
Walaupun org Sarawak, saya bukanlah peminat kek lapis... apatah lagi nak buat sendiri. Bila rasa nak makan, saya order jer..call abg kat Kuching & mintak dorg poskan. Tu pun blh kira la setahun tu mungkin dlm 2-3x jer beli. Time raya or time balik sana. Bawak balik sini sbb nak bagi2 org jer. Saya tak makan sangat. Sbb saya lagi suka kek2 buah, kek yg padat & rasa lain2. 

Tapi hari ni bukak jer FB, tgk kek ni cam menyelerakan pulak. Maybe sbb tgh posa 6 kott...tgk org post gmbr goreng pisang pun rasa cam sedap giler..!! Nak2 kalau pekena dengan kopi. Dugaan sangattt huhuhu..

Ni resepi kek yg saya dpt dari FB tu.. kot laaa lepas2 ni saya tetiba rajin nak melapis wlupun setakat nih dah bertahun kot x buat kek lapis...lecehhh...! hahaha 

Bahan-bahan: (loyang 8x8)

ADUNAN MERAH

250 gram mentega (saya pakai Anchor)
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2-3 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

ADUNAN CHEESE

500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

 
Cara-cara membuatnya:

1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

2. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

3. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.

sumber: resepi sedap



Nak resepi2 lain, ce klik [RESEPI IBU] Selamat mencubaaaaaaaaaa



Post a Comment

0 Comments