TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 18 February 2014

> ❤ 1MSIA | CNY | HARI LAHIR BESAN CINA MAK :)

 
 
 
Saya terpanggil buat entry pasal 1Msia ni sbb geram bila sesetengah pihak "suka" sangat memainkan isu PERKAUMAN. Maaf kalau cakap, tiap kali dekat2 nak pilihanraya, kompem ade. Bukan takat time pilihanraya, time biasa2 tetiba lak timbul isu2 sampah cam tu. Geram pun ade. Lepas tu, buat kenyataan yg diputar belit. Yang paling terasa, bila keluarga yg berlainan agama ni. Tetiba jd macam tu. Yang keluarga, ok jer. Tapi orang luar / media pulak lebih2.
Family saya dah lama mengamalkan konsep 1Msia..sejak berpuluh tahun dulu lagi.,.ehh dah dekat 30 thn kot.. Dalam family saya, mmg lain2 bangsa. Dah campur2. 

Mak & arwah ayah, mmg pure MELANAU yang mmg asal muslim (Melanau ada yg muslim, non-muslim & tiada agama tp sekarang kebanyakkannya mmg dah ada agama masing2). Sejarah kawin2 campur lam family kitorg bermula tu lepas kakak kawin dengan bangsa cina (Sibu). Mak dpt cucu mix pertama tahun 1988. 
Lepas tu abang yg sulung kawin kakak ipar, bangsa Melayu (Kuching). Dpt cucu Melanau mix Melayu tahun 1994. Lepas tu lak, abang no.5 kawin dengan kakak ipar bangsa Iban (Kuching). Mak dpt cucu Melanau mix Iban thn 1996. Selang sebulan dua lepas tu, abg no.2 lak kawin ngan kakak ipar (Kuching) yang berbangsa Cina mix Melayu (ayah dia asal cina tp jd anak angkat kepada family Melayu). Mak menimang cucu Melanau + Melayu + Cina pun tahun 1997 kalau x silap. Dan yg last sekali, saya kawin ngan incek hubby, bangsa Melayu (Semenanjung). hehehe
Cam tu laa sejarah family mix weolsss. Time balik kpg bila raya, mcm2 bahasa kuar tp kebanyakkannya bahasa perantaraan iaitu bahasa Melayu Sarawak. Memandangkan dah campur2, tak pernah pulak setakat ni timbul isu haram mengharam, halal menghalal. Semua tau part masing2. Masih saling menghormati. Still ade kebebasan beragama, mengamalkan budaya @ adat. Kenapa perlu dijadikan isu bila berkunjung ke rumah sanak saudara. Pergi untuk mengeratkan hubungan. Kita pun tak makan mknn yang diragui dan mereka biasanya takkan hidang masakan2 dorg. Kalau hidang pun, ,kuih2 yang biasanya ditempah dari MELAYU. Bila muslim puasa pulak (dulu2), besan2 mak tak pernah pulak makan depan2 kitorg.   

Sebenarnya saya berpendapat, mmg seronok bila dah kawin campur2 ni. Time perayaan, sama2 meraikan. Meraikan bukan maksud saya kita sama2 pergi gereja/kuil/tokong sembahyang sama2. Meraikan dengan maksud berkunjung bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, supaya terpelihara hubungan anak dan mak bapak / keluar walaupun dah berlainan agama. Bukankah kita nak Islam dipandang indah oleh agama lain? Yang penting, akidah kita sebagai Muslim masih lagi terjaga. Bertukar agama tak bermaksud kene putuskan hubungan anak beranak/keluarga. Banyak yg kita boleh belajar & dpt pengalaman.

Contoh saya sendiri, bila kawin dengan incek hubby..banyak mende baru saya belajar. Makanan, dialek & adat2/budaya. Cara hidup pun mungkin sikit berbeza. Yer laa..kaum Melanau..makanan dia lain. Kaum Melayu, mungkin lain. Tp cara masakan masih lagi sama. Mula2 tu mmg agak kekok jugak...tp lama2 ok. Yang penting kita ade tolak ansur & sedia belajar. Hormati adat2 @ budaya pasangan kita.

Kat Sarawak, walaupun ade berpuluh suku kaum / etnik tp alhamdulillah masih saling memahami, bertolak ansur dan hormat  menghormati. Sebut jer la Melayu, Iban, Melayu, Bidayuh, Cina, Org Ulu dll, isu2 agama, budaya & amalan x pernah dijadikan sebab untuk membangkitkan kemarahan sesuatu kaum. Setakat ni takde berlaku rusuhan kaum disebabkan hal2 agama / bangsa ni. Harap selamanya begitu. 

Tapi sedikit pelik dengan sesetengah tempat @ negeri. Tengok la kat internet apa provokasi yang dibuat oleh kaum2 tertentu untuk buat kaum lain marah. Bahannya, senang jer..kepala khinzir, campak dalam masjid @ surau. Lepas tu kompem2 org ni tuduh bangsa tu. Lepas tu, sembelih ayam atas gambar orang lain sambil menyebut "bangsa" yang dibenci. 

Apa salah dengan bangsa..? Yang buat tu, x tentu bangsa X yang buat, mungkin bangsa Y. Nak laga2kan. Kdg2 disebabkan unsur2 politik, bangsa2 ni yg jadi mangsa. Supaya bangsa X marah ngan bangsa Y.  Lepas tu undi parti bangsa Z  plakk... contohhh laa..contohhhhhh.. boleh nilai sendiri.

Kadang2 sedih tgk...provokasi sana sini..bangsa X maki bangsa Y. Pastu bangsa Z tepuk tangan. Bangsa X & Y dapat apa..??? Dapat rasa kebencian jer kan..?? Walhal beratus2 tahun  hidup dikelilingi bangsa X Y Z... Harapnyer semua rakyat x kira laa bangsa apa sekalipun masih lagi mampu mengekalkan keamanan negara. Dan saya harap, walaupun keluarga berlainan bangsa, tetap bahagia tanpa diganggu gugat oleh isu2 sampah yg ada di sekeliling.

 
Buah hati saya. Mak diundang utk meraikan hari lahir besan Cina mak yg ke-90 tahun.!
 
 
Besan Cina Mak. Umo dah 90 thn tp masih cergas. Menjahit pun rasanya x guna cermin mata sgt.
Soo Pit Chu  namanya kalau x silap. Tapi kitorg panggil dia, Ama @ Nenek 
 
 Mak bersama menantu dan besan cina.

 
 Dorg celebrate besdey Ama kat hotel. Kek 9 tingkat. Melambangkan umur 90 thn laa kot..:)


Cucu Mix Mak yg pertama. Fiza @ Siti @ musuh ketat saya masa kecik2 dulu :p
 Yang ni plak isteri abg no. 2, Melayu + Chinese. Gambar bersama moyang ke nenek cina dia klu x silap


 gambar masa dorang berkunjung time CNY baru2 ni. Besan mak baju warna merah tu. Pakcik Bonie :)


adik beradik kakak ipar & family cina
Gambar besan mak bangsa Iban & Melayu xde..jarang sangat jumpa.. klu ade pun, xde nak ambik2 gambar bagai,. Alhamdulillah setakat nih keluarga kami bahagia. Tak de sentuh2 pasal agama ke ape2 isu yg blh buat bergaduh. Yang penting, tolak ansur & hormat menghormati. 
 Antara cucu2 1Msia mak.. :)




 belanja satu gambar...last..



Peace..!!!!


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...