TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 16 September 2017

RESEPI : SAYUR TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK + IKAN LUMEK @ IKAN LUMI SALAI



Kalau orang Sarawak, memang tak asing Sayur Terung Asam @ Terung Dayak ni. Rasanya belah Sabah pun ada kot kalau tak silap. Saya sendiri memang suka sangat ratah sayur ni. Bubuh pulak Ikan Lumi salai, hirup kuah panas2 dengan kepedasan & kemasaman yang semacam satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata2. Orang cakap mak mentua macam cite kasim selamat tu lalu pun tak pandang dahhh. haha...

Sebab tu tiap kali balik Kuching or Mukah, saya akan bawak stok. Tak banyak pun biasanya sebab makan sorang kalau dah kat Putrajaya. Incek hubby dia suka yg masam2 tapi part sayur ni dia kenot go. Takpe laa bang..tekak ko budu  jer kan..ekeke

Resepi dia senang jer.. Cara masak pun tak susah. Campak2 jer..bagi yang tak tau, boleh refer kat bawah ni cara penyediaan.

SAYUR TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK & IKAN LUMEK @ IKAN LUMI SALAI
Oleh: Juls Julie

Bahan-Bahan:
1) 1-2 biji terung asam @ terung dayak - cuci bersih dan belah 6 or 8 (tak payah kupas kulit)
2) Cili padi - secukup rasa / ikut kepedasan
3) Bawang Putih & Bawang Merah secukupnya
4) Sedikit belacan.
5) Garam & Aji secukup rasa.

Cara Menyediakan:
1) tumbuk lumat semua bahan atas kecuali terung tu. Tumis sampai bawang layu dan masukkan air dalam periuk. Saya suka air banyak sebab nak hirup kuah sayur tu. hehehe

2) Bila air dah mendidih, masukkan terung asam tadi. Masak sampai lembut. Pastu masuk garam & aji secukup rasa. Kemudian last sekali masukkan ikan lumi salai tadi. Biar kejap pastu tutup api. Tak payah masak lama sangat, nanti ikan hancur.


IKAN LUMI SALAI
Cara Menyediakan:
1) Ikan lumi dibuang tulang perut, bilas sekejap & tos. Tulang tu tak buang pun takpe sebenarnya sebab tulang lembut cuma time nak makan nanti cam leceh nak asing2kan. hehe

2) Masukkan dalam periuk berisi sayur terung asam tadi. Cara lebih kurang cam kita masak ikan salai masak lemak tu jer. 



cara mak buang tulang ikan lumi



Dah siap masak..hhehe







saya suka makan gini. Buh nasik dalam tu sekali., Nasik kurang, sayur banyak. insyaallah leh kuruss.. ehhhh tetibe




4 comments :

  1. First time tengok dan dengar nama menu ni. Almaklumlah orang semenanjung mmg kurang familiar yang bukan kebiasaan di semenanjung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..tak ramai yang tau or penah makan ni..kalau orang semenanjung pun, mungkin yg pernah duduk Swk or kat Semenanjung ade kawan2 or jiran dari Swk je yg pernah try..hehehe

      Delete
  2. penah tngok ikan ni. tp x penah cuma.. teringin nak try. nmpak sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade orang geli jugak kalo tgk rupa real ikan tu..cam ngeri sikit..tp bila makan, ok jer..buat sup..hehe

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...