TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 28 February 2014

❤ KETAM GORENG CILI & KERANG REBUS..!!!! ❤






Gambar lama sebenarnya tp dah entah berapa lama jd pekasam dlm draft tu. Tetiba terasa kat tekak jer ketam goreng cili ngan kerang rebus nih..arghhhhhhhhh..!!! Sabar2..!! dah abis tempoh selera "berpantang" nnt, boleh laa lepas rasa sebelum setat balik pantang utk lagi beberapa tempoh,...uhuuhuu




BAHAN-BAHAN:

a) *4 Bawang merah + 4 bawang putih + 5 cili padi + 1" halia & 1" kunyit hidup ditumbuk @ diblend. Tumbuk jer la senang..bukan banyak mana pun.. dari blend, byk keje nak cuci blender..hahaha 

b)* 3 sudu cili boh @ cili giling 

c) 3 batang serai, ketuk sampai benjol

d) Garam, Gula, Aji, Sos Thai Mae Pranom, Air Asam Jawa & sedikit air (kalau perlu sbb ketam tu nnt akan sedikit berair)


 CARA:

1) Udang2 tu lumur tepung jagung & kunyit,. GOreng jgn terlalu masak & toskan.
 
2) Tumis semua bahan di atas (tanda *) sampai naik minyak. Pastu masukkan garam, gula, aji, sos Thai Mae Pranom (google kalau x tau cam mana bentuk dia), & Asam Jawa. Saya biasa masukkan air, garam aji dll tu siap2 sblm masuk ketam supaya sekata rasa masam masin manis dia. Dah cukup rasa. Boleh la masukkan ketam tadi.

3) Gaul rata pastu boleh la hidangkan..hehe





Kerang dibersihkan. Didihkan air bersama sedikit garam, serai, bawang merah & halia. Air dah mendidih, boleh la masukkan kerang tu. Agak2 dah ternganga, boleh la toskan.

Makan bersama sos Mae Pranom tadi pun sedap..jgn lupe perah limau kasturi dlm sos tu..gerenti malatopsss (pada tekak me & incek hubby laa) :p





❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...