TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 7 August 2014

> [RESEPI] TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK @ TERUNG IBAN MASAK IKAN SALAI



Pernah dengar nama seperti dalam tajuk di atas..? Lagi satu mknn yg anak sedara bawak dari Sibu hari tu. Terung Asam @ Terung Dayak @ Terung Iban @  (WIKI: POKOK TERUNG BULU) Yang ni saya takde kirim pun kat anak sedara. Tak ingat.. tp blm terliur sangat. Tup2 kakak kirim beserta dengan Beras Sarawak & Buah Dabai hari tu. Alhamdulillah..

Terung ni mmg pemes di Sarawak (mungkin jugak kat Sabah). Dulu2 murah jer harga dia. Sekarang makin naik. Sekilo kalau tak silap RM8 kot. Rasa dia masam2. Cam rasa tomato sikit tp tomato tu lembik sgt. Masak air @ rebus pun boleh, tumis2 kering dengan belacan campur udang pun boleh. Kompem melelehhh idung mane yg allergic seafood tu kan..pastu meleleh ailio tergaru2 kegatalan. hahah..!!

Saya suka masak air @ tumis air sbb suka hirup kuah dia yg masam2 pedas. Memandangkan x tau akan dpt terung ni, so bahan2 dia x berapa nak cukup, bahan utama ialah Ikan Lumek @ Ikan Lumi Salai. Ikan tu jer yg mmg kick kalau nak "lawan" dengan terung ni. 
Selongkar2 dlm esbok, jumpa ikan salai ni jer.. tak tak nama ape org Semenanjung @ Melayu panggil..tp kalau Kaum Melanau, kitorg panggil Ikan Senglong jer.. tgh2 tulang dia cam menggelembung & kosong..ikan tu xde isi sangat. Makan ratah2 gitu jer kalau salai & garing. So tak berapa nak sesuai kalau masuk dlm masakan berkuah camni.. tapi takde rotan, akar pun berguna jugak la khennn.. Utk dptkan rasa salai2 tu, saya campak jerlah nakkk..

RESEPI TERUNG ASAM @ TERUNG DAYAK MASAK IKAN SALAI seperti di bawah..

BAHAN-BAHAN:

1) 2 biji terung asam - Belah 6 @ 8 (sederhana nipis bergantung pada saiz)
2) **Cili padi  - ikut nak pedas mana
3) **Bawang Merah - 4 ulas
4)** Bawang Putih - 3 ulas
5) Ikan Lumi @ Ikan salai - ikut nak byk mana
6) **Sedikit belacan
7) **Ikan bilis - kalau nak
8) Garam & Aji secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1) Tumbuk/kisar laahai sikit jer pun nak kisar tumbuk jer laa dan tumis bahan bertanda **
2) Masukkan terung yang telah dicuci bersih tadi, masa cuci tu buang biji dia sikit2 jer...
3) Masukkan air sedang2 banyak. Pastu biar sampai mendidih & terung sederhana lembut.
4) Last sekali, masukkan ikan salai.
5) Perasakan dengan garam & aji secukup rasa



Selain masak rebus @ tumis @ goreng kering, boleh juga dimasukkan dalam Asam Pedas.. esp ikan. Sebab nakkan rasa dia yg masam2 tu... juga dicampur dalam masak lemak ikan darat or boleh juga masuk dalam kari.

info lanjut sila klik artikel pasal terung asam kat  (animhosnan.blogspot) 
dan juga dalam [ SINAR HARIAN ] 

Lepas masak sebijik ari tu, ade lagi tinggal 3 bijik. Ingat nnt nak keringkan biji dia buat benih. Kalau tangan ni menjadi tak panas, boleh la tanam sendiri lam pasu.. nak makan, petik jer.. berangan hihihih


babaiiiiiiiiiiiiiiiii...

> [RESEPI] AYAM PHAT PHET

 

Ari ni bekal Ayam Phat Phet.. mlm td kul 11.00pm tetiba dtg mood rajin nak masak wlupun dinner tu weolss mkn kat Cibiuk Bangi.. sebenarnya sblm kuar makan tu dah kuarkan ayam siap2. Biasanya kalau penyakit M dtg, alamatnya ayam tu masuk balik lam esbok. mihmih..

 Sebelum tu, abaikan la gambar yg sememeh jer tu. Pagi ni bukak bekal kat opis, hamagaddddddd..!! tgk2 bekas bekal tu rupanya incek hubby letak senget lam paper beg & abis sume minyak @ kuah dia tumpah kat nasik...dan lam paperbeg sekali.. tskkkk tskkk tskkkk.. T_T

Ape2pun tq incek hubby sebab tlg panaskan nasik & lauk. Dia jugak yg tlg siapkan bekal nih.. Pepagi nih agak kelam kabut sbb dah lewat. Dengan baju tak gosok lagi. Masuk bilik baju, terkial2 plakkk cari baju lam gelap sbb lampu bilik tu rosak. huhu
 
dlm ni tak nampak daun limau purut sbb incek hubby dah asing siap2 mihmihh


Phat Phet ni biasa makan yg belut tu jer.. Belut Phat Phet..tp ayam masak phat phet ni pestaim makan masa balik Kelantan ari tu. Mak mentua masak utk bekal weolss balik Kajang. So sempat ler berguru ngan dia (sebab pagi sblm balik tu mmg kat dapur jer tlg dia masak).. so nampak ler ape bahan2 dia guna.. hehehe

Malas nak membebel panjang..ni resepinyer utk yg x tau lagi.. hehehe


BAHAN-BAHAN:

1) setengah ekor ayam - potong kecik2
2) **Bawang Merah - 4 ulas
3) **Bawang Putih - 6 ulas
4) **Serai - 4 batang dikisar (lagi 2 batang dititik / ketuk)
5) **Kunyit - 1 inci
6) **Halia - 1 inci
7) **Cili Padi / Cili Api - segenggam @ lebih terpulang nak pedas mana
8) Daun Limau Purut - 4-5 helai (dikoyak 2)
9) Minyak untuk menumis
10) Garam & perasa 
11) Air asam jawa @ asam keping - optional kalau nak masam

CARA MEMBUAT:

1) Tumis bahan2 bertanda "**" sampai naik minyak.
2) Masukkan ayam. Gaul sampai rata. Biar seketika.
3) Masukkan air. Anggaran dlm 3-4 cawan @ secukupnya supaya ayam empuk
4) Masukkan garam, serbuk perasa & air asam jawa @ asam keping.
5) Dah dekat nak masak, masukkan daun limau purut. Gaul sebati.


Hari ni saya makan ayam phat phet ni dengan nasik Beras Sarawak...ade sesetengah org panggil beras kampung. Anak sedara yg tlg bawakkan. Nasib baik sempat merasa sbb mintak dia beli last minute..alhamdulillah.. ni ler rupa beras sarawak tu. Rasa dia lembut & wangi.


Beras Sarawak ni banyak jenis, ade yg warna Coklat2 @ perang2 skit..



Ari tu post laa gambar ni lam insta & FB..pastu ckp tingin nak makan Beras Bario... dah lama kot x makan beras tu plusss mahal..last tau rega dia member ckp RM19 utk sekilooooo.. tak tau la rega skrg brp.. T_T sbb tu padi bukit kan..dok atas tempat sejuk2..pastu nak bawak turun plak kene naik heli @ kapal terbang. So harussss la rega pun mahal...hehe

Pastu Ezan, kazenku  yg cantik manis yg dok kat Miri terus mintak saya wassap dia alamat sbb nak pos beras tu... Yeayyyyyy..!!! Alhamdulillah..tp sampai ke ari ni x ingat nak wassap dia alamat opis..hehehe.. tak sabarnyerrrrrrrrrr >_<




babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii








testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...