TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 19 August 2014

> BUAH LETUP @ PHYSALIS PERUVIANA

 
 
 
 



Pegi Alamanda jumpa buah ni kat Cold Storage. Terus teringat buah yg dipanggil "Buak Perq" (jangan tanya nama Melayu dia, iolsss x tau) hehe. Tumbuh liar & kecik2 dulu salu petik buah ni kat tepi umh nenek kt kpg. Sape duduk kat kampung mmg akan kenal laa buah ni. Pokok dia renek, pastu tumbuh liar jer..x yah susah2 nak tanam. Buah yg dah masak, rasa dia manis,. Lemak2 manis. 

Terus tekak Melanau nih teringin nak makan wlupun nama omputehnya dah semacam tp sebab bentuk dan rupa dah sejibik, terus sambar x fikir panjang wlupun rega utk beberapa ketul tu RM12.99. Bila makan....huhuuu..x tau nak ckp ape..sedap yg buah kpg tuuu lagiii..huarghh..!!! omputeh sgt kot rasa diaa.. redhooo jer laa. Sudahnyer.. x abissss..
Dulu thn 1986, kalau ponteng sekolah tadika (sbb dah lewat nak masuk kelas) biasanya saya akan lepak kat port plg selamat kat dunia. Kat mane lagi kalau bukan kat rumah nenek... Selamat dari rotan ayah sbb ponteng, selamat dari pengetahuan mak sbb x g sekolah tp kalau mak tau mak tak rotan..mak jarang gunakan kekerasan kat anak2..hehehe.. 
Kat umah nenek laa plg best masa tu. Kalau nenek tanye kenapa tak sekolah hari ni, selamba jer ckp kat nenek ckp sekolah cuti or sekolah tutup. Pastu dah kenyang2 makan kat umah nenek..buat aktiviti membuta. Pastu agak2 dekat nak tghari, bangun & round2 keliling umah nenek cari pokok ni. Kadang2 kalau jumpa kucing kat umah nenek, mandikan dorang or main2 ngan dorang (ehh teringat lak kisah sedih mandikan kucing nenek dgn sabun brand Busa pastu mati).  sobss sobss sobbss

Nenek orgnya jenis tak pernah marah...jarang marah.. kalau nampak saya x sekolah, nenek tak pernah nak tanye balik kat mak or ayah kenapa "Ana" tak sekolah. Ana..? hahaha Tu nama timangan nenek kat saya, nama lam buku sekolah kat Tadika lain,. Nama lam IC lain.. panggilan kat umah pun lain.. sampai sendiri kompius mane satu sebenarnya nama yg rasmi.. peninggg hahaha



UPDATE: 
*Dah google2, baru tau nama dia Buah Letup. Siryess iolss x tau nama Melayu dia..hehehe. Info kat [SINI]
*Untuk gambar jelas pokok dia, klik kat [SINI]
*Lagi satu spesis lain sikit dr jenis sbb menjalar ialah Letup-Letup. Info blh tgk kat [SINI]



#JulsJulie #TunJuyah #nepesu ##Gooseberry #InstaMagAndroid #TekakMelanau

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...