TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 8 September 2014

{RESEPI} KEREPEK JEJARI KETAM @ CRISPY CRABSTICK

 
 
8 September 2014 | Cite raya hari tu yg dah basi...saya buat kerepek ni. Takde dlm plan sebenarnya sbb plan asal just nak buat Popia Nestum dengan Popia Seaweed jer.. tp yg dibuat ialah Popia Nestum dan Popia Udang Kering (buat sendiri). Popia Seaweed ntah kemana sbb dah malas nak cari seaweed. Pastu 3-4 hari nak balik raya tu, saya clearkan lam esbok sbb nak cuti balik Kelantan agak lama, terjumpa crabstick ni yg x makan lagi.  Terus dengan semangatnya buat kerepek ni. Resepi asal saya ambik dari kak Dayang Jamayah, org Sarawak yg skrg menetap kat Brunei. Banyak hasil2 masakan dia upload lam Fb dia. Tak kedekut ilmu orangnya. Semoga diberkati Allah SWT selalu. Resepi seperti berikut. Senang jer..budak darjah 3 pun blh buat ni sambil dorg tgk kartun kat TV....hehehe
 

 

KEREPEK JEJARI KETAM @ CRISPY CRABSTICK
Resepi Asal : [ Kak Jamayah Bujang]

BAHAN-BAHAN:
 
  1. Sebungkus Crabstick - dicarik halus2. Kalau rajin pegi jemur dulu bagi kering.
  2. Setengah peket serbuk kari - optional
  3. Serbuk Lada Putih
  4. Minyak untuk menggoreng
  5. Daun kari secukupnya
 
CARA-CARA:
 
  1. Carikkan Crabstick halus2.
  2. Gaul Crabstick bersama serbuk kari, lada sulah dan daun kari. Kalau rajin & byk masa terluang, boleh jemur dulu. 
  3. Goreng Crabstick dalam minyak yang sederhana apinya sampai kekuningan.
  4.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara sesudah sejuk.
 
Resepi ni paling mudah sebab x perlu mengayak tepung dan kecah2kan dapur. Selamat Mencuba. 

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...