TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 11 October 2014

> SUP TULANG DAGINGMU KU KORBANKAN





Kesihatan (yg kene food poisoning hari Selasa tu) masih lagi belum ok. Sebenarnya dah makin ok hari Khamis tp semalam (Jumaat) meragam balik. Tak tau silap tang mana. Selera makan langsung xde, Cium bau mknn, rasa loya jer, mengalahkan orang berbadan dua, Badan masih lembik2 tp gagahkan jugak merebus tulang2 ni nak buat sup sbb fikirkan kang simpan lama2 daging & tulang ni, tak sedap lak. 

So, malam tadi saya masak sup tulang ni jer la. Saya ambik daging sikit2 utk tambah. Daging dengan tulang ni incek hubby dpt bahagian dia join korban opis dia tahun ni. Dapat la 2 bungkus daging & sebungkus tulang tp sbb daging agak banyak dan weolss x leh nak makan daging byk2 (esp saya sbb dah ade darah tinggi sobss sobbss sobbbss), so plan sebungkus lagi daging tu nak sedekah kat org opis yg familynya ramai, anak dia ade 8 org... so dari terbeku bertahun2 dlm tu, baik ler bagi orang jer. So Isnin depan la bawaknyer sbb semalam lupa nak kuarkan dari esbok. 

Sup tulang ni saya buat ikut resepi mak mentua tp ade yg saya dah tambah sikit2 ikut keperluan. Tu pun ingat2 lupa sbb hari tu call dia tanye resepi sup ikan merah jer..pastu dia selit sekali resepi nak masak sup tulang...hehehe


BAHAN-BAHAN REBUSAN TULANG:

a) 1kg++ tulang lembu + daging hiris sedang2 nipis
b)  Rempah Sup Tulang (bunjut) - saya pengguna tegar jenama Mak Siti
b) 1 inci lengkuas - diketuk
c) 1 inci halia - diketuk
d) 4-5 biji kentang - dikupas & cuci bersih.
e) dua (2) batang saleri - dipotong kecik2
f) garam, serbuk perasa & lada hitam (1 sudu kecil) 

- Didihkan air, masuk halia & lengkuas. Masukkan tulang beserta daging yg dah dibersihkan tadi. Masak sampai empuk. Kemudian masukkan kentang & batang saleri yg dah dipotong kecik2,.


BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS
a) 5 ulas bawang putih dan 6 ulas bawang merah - ditumbuk
b) 2 sudu rempah sup - brand Mak Siti jugak :p
d) Rempah tumis
e) minyak masak / minyak sapi pun boleh 

- Dlm kuali lain, tumis bahan2 di atas guna minyak yg sedikit, lepas tu masukkan sedikit air ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau rata & tuang bhn2 tumisan tadi ke dalam periuk rebusan tulang tadi. 


BAHAN-BAHAN TAMBAHAN:
a) 2-3 sudu makan sos ikan - masukkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi 
b) 5 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih - dihiris dan digoreng @ tumis darat lepas tu masukkan jugak ke dalam periuk rebusan tulang





testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...