TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 16 April 2015

[RESEPI] KEK GULA HANGUS

 
 
Dah lama teringin nak makan Kek Gula Hangus ni..dah puas cari, tak jumpa..pernah beli masa kat cafe kat opis ni..tapiiiiiiiiiii... gula dia betul2 hangus...pahit..tu 1st & last beli.. hahhah.. Bila dah tiba2 tekak ni rasa dah tak boleh ditahan2 pas tgk gambar kat FB, terus google resepi.. akhirnya terbuatlaa sendiri...satu loyang 8x8 ni. Omm..nomm..nomm sendiri pastu sedekah kat jiran sikit. Segan lak..selama ni asyik dorg jer kasik macam.. hihihi


KEK GULA HANGUS 
sumber: FB Resepi Mama Kent


BAHAN-BAHAN:
a) 2 cawan tepung gandum
b) 2 cawan gula
c) 7 biji telur ayam
d) 3 sudu mentega
e) 2 sudu teh Baking Powder
f) 1 sudu teh Soda Bikarbonat
g)2 cawan air
h) 1/2 tin susu pekat
i) Perisa vanila - saya tambah sendiri dlm 1 sudu kecil



CARA MEMBUAT:
 1) Masak gula sampai cair, lepas tu masukkan 2 cawan air. (hati2 semasa menuang air ke dlm gula hangus sbb akan meletup2 sikit gula tu). Kacau rata sampai gula larut. Tutup api, masukkan marjerin/butter dan kacau sebati. Bila gula & butter dah larut, ketepikan dan biarkan sejuk.

2) Dalam bekas A - ayak tepung gandum bersama dengan baking powder & soda bikarbonat. 

3) Dalam bekas B - pukul telur sampai kembang, lepas tu masukkan bahan dari bekas A berisi tepung yang telah diayak tadi.

4) Selepas tu, masukkan susu pekat. Gaul sampai rata.

5) Bakar selama sejam. Saya guna suhu 180`-200c dengan api atas bawah (depend pada oven masing2).

* Nak tau kek tu masak ker tak, cucuk dengan lidi, kalau x melekat tepung pada lidi, dah masak la tu..


Selepas 1 jam membakar, ni lah hasil dari jejari gebus yang x berapa nak ekpert bab2 kek tradisional nih...hehehe





6 comments :

  1. nampak cantik kek tu, kak noor belum pernah buat lagi lah, macam nak try jugak ni julie

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NOOR>>>try laa kak..x sangka senang jer nak buat..saya yg x reti sgt buat kek ni pun hasil dia ok..buat bakar semangat pasni nak buat kek lain2 lak..hihihii

      Delete
    2. KAK NOOR>>>try laa kak..x sangka senang jer nak buat..saya yg x reti sgt buat kek ni pun hasil dia ok..buat bakar semangat pasni nak buat kek lain2 lak..hihihii

      Delete
  2. simpan dolok adunan ya 2-3 jam lagik kacak lubang2 nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS MONA LEA >>> owhh ya ka..riya mek x pat mok tggu2 gik..alu kinek2 engkah lam oben k tunok..hahaha..next time mek simpan lok 2-3jam..hehehe..

      Delete
    2. SIS MONA LEA >>> owhh ya ka..riya mek x pat mok tggu2 gik..alu kinek2 engkah lam oben k tunok..hahaha..next time mek simpan lok 2-3jam..hehehe..

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...