TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 1 October 2015

[RESEPI] KEK PISANG LEMBAB

 
 

Kek Pisang memang salah satu kek fav saya dari dulu2. Tapi tiap kali beli, terasa sangat perisa pisang yg dorg bubuh dlm tu. Selalunya buang jer la sbb mmg tak suka rasa pisang tu.

Sampai la terjumpa resepi kat group masak2 kat FB ni. Dah banyak kali try, memang sedap. Cara buat pun senang. Cikai2 pun bahan tak banyak mana pun. Sebelum ni resepi save dalam hp, tapi bila transfer gambar ke PC..dah x jumpa dah resepi tu. Jenuh nak skroll balik kat group FB yg dah tentu dah x jumpa dah. Nak2 pulak line Celcom cam....... 

So, untuk memudahkan semak balik resepi lepas ni, kene ler save resepi tu dlm blog sendiri. Credit tu group Fb Mama Kent. Resepi seperti berikut:-


Bahan-Bahan:

1) Dua (2) cawan tepung gandum*
2) Satu (1) sudu teh baking powder*
3) Satu (1) sudu teh soda bikarbonat*
(*bahan2 yang diayak sekali)

4) Sepuluh (10) biji pisang emas dilenyek (guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
5) 125gm butter dicairkan - dan disejukkan
6) Satu (1) cawan gula perang
7) Satu (1) sudu Ovellet
8) Satu (1) sudu kecil vanila
9) Empat (4) biji telur ayam gred A
10) Setengah (1/2) cawan susu cair


Cara Membuat:
1) Pukul telur  bersama ovellet dan gula sehingga kembang.
2) masukkan telur berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.
3) Masukkan pisang yang telah dilenyek, susu cair dan gaul rata.
4) Panaskan oven dengan suhu 160 darjah.
5) masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan dialas dengan kertas minyak. 
6) Lepas tu bolehlah dibakar sampai masak (check guna lidi untuk pastikan bahagian dalam betul2 masak/kering).
















Tadaaaaaaaaaa....!! dah siapppp... bolehlah dinikmati bersama teh o panas2..hehe








6 comments :

  1. macam sedap je ni, tapi pisang pun dah habis lah kena beli lagi ni nk try resepi Juls ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NOOR >>> sedap kak..bahan2 pun x banyak.... moist gitu..hehehe

      Delete
  2. Memang lembab kek pisang tu Juis..
    Akak suka juga kek pisang ni.. tapi akak seorang jer makan..
    Nanti bleh cuba untuk bawan kenduri rewang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK NUR HAYATI>>> kan kak..sedappp... bajet pun x banyak...plus senang jer nak buat esp kalau time nak kenduri ke ape... hehehe

      Delete
  3. sedapnya... singgah dan follow back

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS Z >>> try la Sis...kejap jer buatnyer..btw..thanks follow yer sis.. <3

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...