TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 3 February 2015

> JEKAN BAHEIK @ BAHIEK AKA BUDU MELANAU


Godek2 PC incek hubby sbb nak upload bidio yg lame tapi x sensored dlm youtube (sebab nak ringankan pc & delete yg dlm pc incek hubby), terjumpa gambar mak tengah buat "Jekan Bahiek" / Jekan Bahek @ Barek /  @ Ikan Jeruk atau senang cakap, Budu tapi kannnnnnnnnnnn... ni version Melanau...hihi. Gambar ni ikut tarikhnya, 7 Ogos 2012. Lame giler,,.baru jumpa balik gambar ni.

Sayaaaa, walaupun Melanau pure tapi dolu2 bab nak buat mknn tradisional camni mmg x pernah ambik kisah pun. Saya tau maaaaaaaaaaaakan jer. Tau2 mak dah siapkan..  Tapiiiiiiiiiiiii... bila fikir2 balik, sayang kalau saya tak belajar atau paling tidak, inisiatif utk salin resepi sekurang2nya sebab tu warisan kaum sendiri., Tambah pulak, mak masih ada (alhamdulillah, semoga sihat & panjang umur mak). Jadi rugi kalau saya tak catat resepi2 atau masakan yg dia buat. Semoga mak panjang umur supaya saya boleh belajar banyak benda dari dia... tskkk..tskkk...

Disebabkan kebetulan masa tu kitorg g Giant, terjumpa ikan bilis yg besar ni, maka tercetuslaa idea nak buat Jekan Bahiek ni setelah bertahun2 tak makan. Selalunya kalau teringin nak makan, saya beli jer kat Pekan Dalat atau Bandar Mukah. Tapi sekali sekala, nak jugak makan air tangan mak. Sesambil tu boleh tengok sendiri macam mana Jekan Bahiek @ Budu ni dihasilkan. Esok lusa, kalau dah hilang ingatan, blh rujuk balik kat sini walaupun bagi kawan2 sekampung yang lain, semua ni kacangggggggggg jer. huhu..

 Resepi dan cara lebih kurang seperti berikut:


BAHAN-BAHAN:
1) >< 1/2 kg Ikan Bilis Mentah (buang perut & bersihkan)
2) Garam kasar - dalam 2 genggam dewasa atau lebih (agak2 jer)
3) Bekas untuk menyimpan (pastikan kering)


CARA MEMBUAT:
1) Ikan bilis tadi ditos kering.
2) Gaul rata dengan garam kasar
3) Masukkan ikan bilis yang telah digaul dengan garam kasar tadi ke dalam bekas.
4) Setelah sebati, akhir sekali..ratakan dengan garam di sebelah atas ikan bilis dlm bekas tersebut.
5) Sedia untuk dimakan selepas seminggu atau lebih.


CARA MENYEDIAKAN:
1) Pastikan sudu utk mengambil ikan bilis tersebut (selepas seminggu atau +++) adalah sudu yg kering.
2) Masuk dalam bekas, perah limau kasturi/nipis, patah cili api & kalau nak, boleh campak bawang merah.
3) Makan dengan nasik panas2 atau jadi pencicah utk ulam2. Sama jugak seperti Budu Pantai Timur.







Lesung tu mak guna untuk tumbuk garam kasar, 


Akhir sekali, garam diratakan seperti di atas sebelum bekas ditutup rapat.

Tapiiiiiiiiiiiiiii kannnnnnnnnn...tahun 2012 tu saya xde darah tinggi lagi...sempat la jugak makan Budu Melanau ni. Tak makan selalu pun sebab saya sorang jer yg layan. Incek hubby mana la dia reti makan "budu" yang sahih, terang, jelas dan nyata bentuk ikannyer. hahaha...

Sebab, beza budu melanau dengan budu Pantai Timur ni...budu melanau ni ikan dia masih ade rupa ikan tu lagi walaupun dah sedikit hancur. Tapi budu pulak dah cair gitu..xde nampak ape dah...just kuah... So, kalau orang melanau makan Jekan Baheik / Bahiek nih, cara makan adalah dengan mencarik2 isi ikan tersebut dan makan bersama nasik panas.

Siryessssssssss, makan nasik panas + jekan baheik/baheik ni jer dah bertambah2 nasik... kihkihkihhh. Tapiiii... sekarang cuma mampu tengok jer dari jauh... nak makan, kang meter naikkkkkkkkk.. Sabo jer laaaaaaaaa... T_T



testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...