TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 2 November 2015

[KEBUN PR1MA] POKOK DALAM KEBUN APARTMENT

 
 
 
 
Masa sebelum dapat kunci rumah PR1MA bulan 4 hari tu, salah satu mende yang saya berangan nak buat kat rumah sendiri ialah kebun kecil.  Takder lah berangan nak balkoni tu besar mane pun.... cukup ade space dlm 3-4 kaki muat untuk saya bubuh pasu pokok limau purut, daun kunyit, halia, dengan tanam pokok2 cili ke ape..mende2 yang tak payah saya nak berlari ke kedai kalau time nak masak. Dah terbayang2 kat balkoni buat simple2 nak tanam pokok2 & buat mini landskap ala2 gini....






tapi sayang seribu kali sayang..... :'(
.
.
.
.
.
 
..harapanku hancur berkecai, berderai, musnah lepas dapat kunci... balkoni yang diidamkan cuma sekangkang kucingku, Si Chester Gendut.. tak lepas pun pasu pokok bunga yg tak berapa nak besar tu... tak sampai pun 2kaki. *kesat air mata*

Sebesar ni jer haaaaaaaaaaaaaaa.................... :'(

Tak sampai 2kaki punnnnnnnnnnnnnnn  :'(


So, memandangkan dah sebegitu besar "balkoni" yang tak serupa balkoninyer... dan sekarang dlm proses bawak barang sikit2 ke PR1MA, banyak jugak la pokok2 dari rumah teres sekarang yang tak boleh nak bawak. Pokok halia dan serai antaranya...space kat balkoni mmg tak muat. Yang mula2 bawak aritu pokok bunga bwh ni....Subur lagi masa bawak dari Kajang.. sampai PR1MA, dah makin x subur. Saya lak asyik x sempat nak beli baja dengan top up tanah baru.. makin sakit la rupa pokok tu..

Pokok Money Plant - Masa kat umah Kajang

Pokok Money Plant - Dah bawak g PR1MA. Sekarang makin sedihhh rupanya

Ni Pokok Nangka Madu kesayangan saya

Gambar snap masa kat Kajang dlm bln 5-6 gitu.. mak yg semai benihnya ujg thn lepas. Beli nangka kat pasar malam sek.7 BB Bangi. Tapi sebab dari bulan 5-10 saya dan incek hubby sibuk ulang alik punggah2 barang Putrajaya-Kajang & jrg balik Kajang, sampai saya lupa nak siram bila balik sana. Tau2 dah keringggggggggg cam atas tu. :'( 

Nak2 plak time tu plak memang musim panas. Sedih sangat time tu...tp saya tawakal & nekad cantas pokoknya. Pokok tu saya letak dlm bekas/alas pasu bagi terendam & supaya tanahnya sentiasa lembab. Saya siram banyak2 air. Tiap kali balik Kajang saya wat camtu. Sampai la satu hari tu bila balik saya, saya tgk dah tumbuh tunas2 baru, Yeayyyyyyyyyyy...!!! Hepi terus call bgtau mak yang pokok tu tak jadi mati..hahaha. 


Ni gambar dah bertunas baru.. Kalau la pokok tu tak dapat diselamatkan, mesti rasa bersalah giler kat mak. Sebab saya tak hargai ape yang mak buat, mak yang beria2 tanam demi nak tunaikan hajat saya. Yer la..nak tunggu mak datang sini nak tanam balik pokok2 camtu, entah biler... kalau saya sendiri tanam, x kisah ler sangat mati ke ape... hihihihi


Beginilah gambaran pasu2 di balkoni nan sekangkang kucing tu... 
KIRI: Pokok nangka madu yang tak jadi mati aka mati hidup semula tu. Lepas saya cantas dlm bulan 6-7 aritu, dia makin subur. Syukur alhamdulillah...takkan ku persiakan mu sekali lagi..demi menghargai usaha emak tersayang... hihi

KANAN: Anak pokok Mangga Epal, benihnya saya bawak dari Oya, Mukah, Sarawak...pokok blkg umah,..buahnya tak masam pun..manis..wangi...so cam susah skit nak dapat benih camtu. Pernah beli buah mangga epal kat Bangi ni...bila makan masam ya hamponnn.. berkerut muka. Saya dah x bleh makan yg masam2 sangat bila dah berumur ni. Gigi cepat rasa ngilu.. Kalau kecik2 dulu, selamba jer gigit mangga tu sambil cicah belacan kat tapak tangan. Kaooo mampu makan belacan gitu jer...dlm tapak tangan ke hulu ke hilir sambil main ngan kawan2...hahahah..bau belacan x yah cite..tp sedappp ok... belacan air tangan mak...heheheh




DARI KIRI : Pokok Nangka Madu, Pokok Kari, Pokok Kunyit & Pandan Wangi
*Pandan wangi tu import dari Swk masa balik Mukah baru2 ni..mak suh tanam*
 
Untuk 1st trip bawak pokok sikit2 aritu, saya sempat selamatkan pokok2 atas  ni jer... tu pun dah mula layu sebab lama x bersiram dan tak terjaga kat Kajang.. Untuk sementara saya letak dulu kat yard tu.

Kat yard ni pulak pulak dah masuk peti ais dengan mesin basuh pun dah sekian makan space nyaaa..dengan ampaian lg tp kitorg beli yg jenis lekat kat dinding tu.. belah yard tu jugak saya buat wet kitchen..so mmg sungguh menguji kepintaran laa nak mendeko dengan ruangan yang sedia ada.
 
 

Pokok Mangga Epal - buahnya yg dah nak masak mak bekalkan kat saya masa balik sebelum raya aji aritu. Kononnya nak makan kat Putrajaya jer & bijinyer boleh semai. Tp sebab lupa nak keluarkan dari kotak, buah tu rosak & lembik. Last2 bijinya saya bersihkan & letak kat dapur sebab nak tunggu beli tanah. Nak beli tanah pulak punya la bercinta..tak pergi2 nursery. Last2 biji mangga epal tu terperap bawah tempat keringkan pinggan. Sampai la mak saya tipon tanya saya dah semai ke belum, baru saya teringat balik. Laju2 pegi check & buah tu dah kering. astagaaa kau nihhh!!

Sekali lagi rasa bersalah kat mak *mmg dah perangai sangat kannn*. Terus saya ckp bijinya elok lg tapi dah kering dahh  nanti nak  beli tanah yer makkk.. Keesokkan harinya terus ajak incek hubby pegi beli tanah..tu pun kat Aeon Alamanda RM5.90 utk sepeket, saya beli 2 peket sebab nak top up sekali tanah pokok2 yg lain. Giler mahalnyer rega tanah skrgggg T_T



Alkisahnyer, biji benih pokok Mangga Epal ni pun nyaris2 tak dapat diselamatkan jugak. Masa saya kopek untuk buang kulit yang keras pada biji tu, saya telah mencederakan tunas yang baru nak keluar tu..tu pun tunas tu sebenarnya dah nak kering punnnnnnn... ajojojooooooooo...

Cepat2 saya tanam & sambil2 doa supaya tunas tu dpt diselamatkan... Selepas 3 minggu saya tanam, saya terkejut plak tengok sekali keluar ade 3 tunas. Biasa kalau semai biji buah-buahan, 1 benih, 1 jer pokoknyer... ke mmg biasa cenggitu..ke mmg saya yang tak tahu ekkkk??? huhuhuh




Pokok Kunyit - dah lama kekurangan kasih sayang.. ok lepas ni kita bg kasih sayang yg secukupnya kat dia.. kesian plak tgk kuning2 camtu. Saya dah buang yang kuning2 & dlm proses nak suburkan balik. Semalam check, dah kuar tunas baru. Alhamdulillah. Lepas ni takde la kes pusing pasar presint 8 cari sehelai daun kunyit pun x jumpa... hhhheehhee :)



 

Pokok Pandan Wangi - yang ni pun mak yang bekalkan dari Oya, Mukah. Beria2 mak amek 3 anak pokok untuk bagi kat saya time dekat2 nak Maghrib hari sebelum balik Putrajaya tu. Siap balut dengan tisu lembab. Bermalam pulak dalam kotak kat hotel kat Sibu tu. Sampai Putrajaya saya rendam dlm bekas botol mineral. Ade la dlm 3 minggu jugak. Saya tukar2 airnya. Elok jer subur. Lepas tu bila dah beli tanah, saya pindahkan dalam pasu. Elok masuk pasu & saya siram 2x sehari, 2 pokok dah innalillah..pergi ke pangkuan penciptanya. Tinggal sepokok ni jer lagi yg masih meneruskan sisa2 kehidupan. Tu pun dah cam ade tanda2 nak  menuju ke alam barzakh jugak tu. Dah mula layu sikit2. 

Punca : Bena putih yang jahatt ituu!! 

Nampak gaya kene sembur dengan air cili & bawang putih la gini...



Dalam Kenangan : Hasil tuaian masa kat umah Kajang sebelum2 ni. Saya bg2 jiran kat PR1MA jer..


Yang ni lak hasil daun kari sebelum saya cantas aritu.. tak de guna utk masak pun lagi walaupun berangan nak masak kari ayam.

Pokok Kari sebelum saya cantas. Sebelum tu terfikir nak beli satu lagi pokok baru tp lepas tgk dlm group tanam2 dlm FB tu, baru terfikir nak cantas & tanam balik batangnya. Haihhh.... nampak sangat otak x bergeliga. Kan dah jimat RM10 dari beli pokok baru.

Pokok Kari pada 25/10/2015 : Masa ni saya dah cantas dlm seminggu. Nampak tunas baru. Batang yg cantas tu saya tanam balik yg 3 batang kat tepi tu. Induk yg kat tgh2 tu..

 2/11/2015 : Ni gambar snap hari ni. Dah cam gila bayang pun ade. Bangun pagi tenung pokok ni sorg2. Tak sabar nak tgk pokok2 ni membesar. hehehe


Nexttttttttttttttttttttt.... pokok lain plakkkk..tp indoor... insyaallah

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...