RESEPI: PUDING BISKUT SALT CHEESE




Assalammualaikum


07.08.2016 | Ahad - Projek semalam..dah lama tertangguh sebenarnya disebabkan penyakit M melanda sangat kronik. huuuhu.. Plan asal nak buat 2 minggu lepas dah..masa babyfruit 2 org dtg sini tp bahan2 plak tak ingat nak beli. Tu yang semalam baru terlaksana.

Resepi ni saya dapat dari jiran arwah kakak di Sibu Jaya, Cik Ros. Masa buat majlis tahlil arwah kakak, Cik Ros sedekahkan kat kitorg. Untuk makan-makan katanya. Sedappppp!! Masa tu tanya jugak berapa RM 1 loyang tu. Dia kata tak payah..sedekah. Alhamdulillah... 

Masa beraya rumah Cik Ros aritu (sambil jemput dorg utk datang majlis kahwin anak sedara) saya sempat tanya kalau nak order untuk hidang sebagai dessert, berapa dia caj untuk 1 loyang 8x8 tu. Dia ckp x tau nak caj..nanti la..dia tolong buatkan. Kitorg just beli bahan jer katanya.. tp disebabkan memasing dah sibuk dengan persiapan majlis tu..akhirnya dessert seperti yang dirancang ni tak jadi kenyataan. 

Lepas balik Melaya, dapat wassap dari anak sedara. Dia ckp Cik Ros ade kasik resepi!! Alhamdulillah... jumpa orang yang tak kedekut resepi..  So saya panjangkan resepi dalam blog ni supaya tak hilang. Jom semak resepi seperti dibawah:



Bahan-bahan seperti dalam gambar..hihi

BAHAN-BAHAN:

1) Dua (2) bungkus serbuk agar-agar
2) Empat (4) biji telur
3) Dua (2) sudu makan butter
4) Dua (2) sudu makan tepung kastad
5) Satu (1) tin susu cair
6) Satu (1) tin susu pekat
7) Satu (1) bungkus Biskut Salt Cheese Khong Guan - yang ni rasanya saya tak jumpa lagi kat Putrajaya. Saya guna stok biskut yang memang beli dari Sibu/Kuching sebab sana memang senang nak dpt tapi harga dah makin mahal skrg ni
8) 300gm gula - saya guna 250gm gula perang
9) 1800ml air - saya guna 1 1/2 botol air mineral 1L tu


Pengguna tegar brand Phillips. Baru beli bulan posa aritu sebab blender lama jenama Phillips menamatkan perkhidmatan setelah 9 tahun berjasa. hhihi


CARA MEMBUATNYA:
1) Masak serbuk agar-agar tadi bersama 1800ml air sampai mendidih. Dah mendidih, tutup api.
2) Blend Bahan No.2-No.7: Telur + butter + tepung kastard + susu cair + susu pekat + biskut Cheese
3) Masukkan bahan yang diblend  tadi dalam periuk. Kacau sebati.
4) Masukkan dalam loyang. Saya guna loyang 8x8. Pastu sejukkan sebelum masuk peti ais.


Kejadian lepas bahan No.2-No.7 diblend


Kejadian bahan yang diblend tadi lepas dimasukkan dlm serbuk agar-agar yg dimasak sampai mendidih

  


Sejukkan dulu sebelum masuk peti ais


Dah siap potong-potong. Buat kul 7pm, siap potong kul 12.30pm. Senget menyenget sebab tak jumpa pisau potong agar-agar. Tak menyabo hehe


Bekas besar bawak gi opis, bekas kecik bagi kat Kak Seha, jiran umah. Kalau gi umah dia, selalu mcm2 dia bagi. Segan. hehe





Post a Comment

0 Comments