TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 13 September 2016

KISAH MALAM MERDEKA : PITAM & JATUH DI KEDAI MAKAN

 
 
 

30 OGOS 2016 | SELASA 9.30 MALAM
Lepas Maghrib, saya ngan incek hubby keluar gi Bangi. Konon nak cari lemari kecik kat Tesco Bandar Puteri Bangi yang baru bukak tu untuk projek DIY rak kat yard. Sampai2 sana, rak xde pilihan pun. Lepas beli jajan2, kitorang balik singgah makan kat Seksyen 7, BB Bangi. Dah lama teringin nak pekena ikan singgah kat Restoran Belauk tu. So far situ yg mmg sedap, cukup rasa. Dah imagine pekena singgang (kuah lebih) + ulam2.


9.30pm | sampai kedai, order & menikmati singgang ikan yang mabeles dengan berseleranya. Siap ada pakej ulam petai & timun plussssssssssss budu. Makan memang berselera time tu sebab seharian tak makan nasik. Memandangkan hari tu incek hubby OT, so saya memang tak masak. Plus tak de selera nak makan plussssssss dapat berita paklong ninggal malam sebelumnya..memang rasa down giler bila kematian ahli keluarga dan kita tak dpt balik utk kali terakhir..sobs..sobs..sobbss... So petang sblm keluar tu saya just jamah tapai pulut jer. So malam tu bila dpt nasik + singgang memang makan berselera laa tak pandang kiri kanan.

Dah sudah makan, lepas basuh tangan saya tiba-tiba rasa tak selesa. Rasa loya. Rasa cam pening-pening berpinar. Saya cepat2 pergi kat incek hubby kat meja makan tu, saya cakap kat dia cepat2 gi pergi bayar, rasa nak muntah..pening. Dia suruh saya duduk dulu, pastu dia pergi bayar. Masa menunggu dia nak membayar tu ibarat cam menunggu sampai setengah jam.. saya dah berpeluh-peluh. Rasa nak muntah. Sempat lagi berfikir, kalau boleh tak nak muntah sebab sayang baru lepas makan sedap2. huhuhu..tp dalam masa yang sama, kalau tak muntah, kang dah on the way balik nak muntah lagi laa haru....kompem tak sempat berhenti klu tgh2 highway.

Lepas dah tak boleh tahan sangat, saya cepat-cepat pergi singki luar restoran. Terus muntah. Abis isi perut keluar semua. Masa tu saya dah memang berpeluh-peluh dah. Pastu incek hubby sampai, dia urut-urut belakang saya. Lepas muntah saya cakap saya nak pitam. Terus dia pimpin ke kereta tapi dah tak larat sangat sebab saya rasa kaki dah lembik. Nampak jer kerusi tepi restoran tu, saya landing duduk. Takut jatuh sebenarnya. Nasib baik incek hubby sempat peluk/pegang. Saya rasa gelap. Setakat yang tu jer saya ingat.

Lepas saya pitam tu, incek hubby pimpin pergi ke kereta bila dia tengok saya cam dah sedar. Kereta parking sebelah restoran tu jer, depan klinik..rupanya on the way nak ke kereta, tiba2 saya collapse. Jatuh terduduk kat situ tak sempat incek hubby peluk sebab dia ingatkan saya dah blh jalan slow2. Beberapa minit jugak laa tunggu saya sedar. Jatuh betul-betul depan klinik. Incek hubby cakap ade orang tanya-tanya kenapa..apa jadik. dia just ckp saya pitam.

Lepas sedar, dalam mamai-mamai tu saya dengar sora incek hubby ajak masuk kereta. Dia pimpin ke kereta, turunkan seat dan baringkan saya kat seat driver. Lepas tu saya tak sedar sangat apa jadik. Sedar-sedar dengar sora incek hubby panggil-panggil saya. Dia suruh saya baring dulu sampai ok. Dah agak2 rasa ok, saya rasa nak muntah dan perut memulas tetiba. Saya cakap nak gi toilet, so incek hubby ajak gi Petronas tapi saya mintak nak tumpang tandas klinik As-Salam depan tempat parking tu jer.

Kitorang masuk klinik, incek hubby suruh saya duduk dulu, pastu dia gi kaunter ckp nak tumpang toilet, wife saya jatuh pitam. Pasti staff situ tanya nak guna wheelchair tak, incek hubby ckp tak perlu. So dia pimpin sampai ke toilet. Masuk toilet, dia cakap tak yah kunci. Kang jatuh balik, jadik hal plak nak bukak pintu.Dalam toilet rasa pening2 balik, nak muntah tapi takde mende nak keluar dah. Dah abis muntah kat kedai makan tadi. Asben plak kejap2 bukak pintu toilet bila dengar saya senyap.

Pas keluar dari toilet, incek hubby pegang pegi ke kereta. Terus gi Klinik Famili depan Restoran Red Wok tu, tapi klinik tu plak tutup. Pegi Az-Zahrah Bangi (yang lama), sampai sana, dorg cakap kalau panel kene pegi ke Az-Zahrah baru kat Gandaria tu. Pegi plak ke situ. Dah masuk dalam, saya duduk dan incek hubby gi kaunter. Guard situ tanya kenapa, sakit apa.. incek hubby cakap wife pitam & jatuh. Pastu staff kat kaunter cakap patient tengah ramai, doc plak ade sorang jer. So dia suggest gi hospital plak. Aduyaiiiiiiiiii..

Pastu kitorg keluar dari situ & decide nak gi Hospital Putrajaya. OTW masuk Putrajaya, tiba2 dengar incek hubby cakap "..alamakkkk..traffic jam ler, yang..". Saya tak tengok jalan sebab baring kat seat. Tak larat nak duduk. Agaknya ramai orang nak tengok bungapi countdown merdeka malam tu. last2 saya cakap kat incek hubby, kita balik rumah jer la. Tak larat nak duduk berjam2 kat Hospital Putrajaya tu dengan badan lemah camtu.

Sampai kat rumah, terus baring2 dlm bilik. Terasa tetiba lapar (sebab makanan tadi abis dimuntahkan). So request kat incek hubby nak makan roti sapu butter jer buat alas perut. Lepas makan, rehat2, baru rasa lega. Bangun mandi nak bagi badan segar, pastu time nak check bp, time tu lak alat tu abis bateri.

So malam tu tak leh nak check sama ada bp tinggi sangat or tetiba low. -_-

2 Sept. 2016 (Jumaat) | 3 hari lepas kejadian, balik keje tu saya gi klinik sebab rasa tak selesa dan sakit pinggang. Masa kat opis tu ade wassap kat incek hubby ajak dia g klinik petang tu..dia tanya kenapa.. saya cakap pinggang rasa sakit. Time tuu laaa baru saya tau kejadian saya collapse depan klinik tu. Saya tak tau langsung pun pasal tu.. sebab yang saya last ingat, saya pitam / tetiba lembik kaki dan sempat landing kat kerusi makan sebelah. Incek hubby sempat peluk, takut saya takut jatuh lg sebab tak stabil. So ingatkan takde ler scene jatuh pitam berulang lagi cam tahun 2012 tu. kat klinik, doc check & tekan tulang belakang. Saya tak rasa sakit kat tulang2 tapi sakit lebih kepada cam berdenyut2 kat pinggang. Doc cakap maybe otot or saraf effect dari collapse tu dan jugak trauma. If tak ok jugak dalam 4-5 hari, kene datang balik baru dorang bagi surat refer ke hosp utk check balik.

Hari ni, 13 September 2016 (Jumaat) | masih lagi rasa sakit dan tak selesa kat bahagian pinggang. Pergi lagi sekali ke klinik tp klinik yang lain, doc cuma amik history sakit jer... sebab 1st time g klinik tu..Kalau seminggu ni tak ok jugak, rasanya kene berurut la dulu kot...

Apa2pun bersyukur sebab tak sambut merdeka dalam hospital. huhu..



10 comments :

  1. Salam perkenalan... tq singgah & follow blog akk..
    Allahu Akhbar.. siannya.... jaga makan dan kesihatan tau.. sekarang nie mcm2 penyakit kita x duga.. semoga xde apa2 yg serious.. semoga cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan jugak sis..? tq singgah sini... alhamdulillah skrg dah sihat.. insyaallah..semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus kuat melalui hari2 yg mendatang..amin2 :)

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh, jaga kesihatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Sis..insyaallah..u take care too yer sis <3

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah..semoga kita semua sentiasa sihat hendaknya...tQ sis.. <3

      Delete
  4. Moga cepat sembuh...buatlah pemeriksaan menyeluruh, nak pastikan ada ke tak masalah serius.
    Memang biasa jadi macam tu, time kecemasan, time tu lah bateri BP set habis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DADDY ZIYYAD

      TQ Doc... tu laa..time tu lak nak abis bat nyer...hehe... insyaallah akan buat pemeriksaan maybe dlm mggu depan..dah dpt surat refer dari doc yg buat lawatan ke pejabat aritu.. TQ Doc :)

      Delete
  5. uish bahayanya macam tu. kena jaga diri leklok k.

    p/s: btw, susah saya nak click comment or next post. sebab cursor tu macam tak boleh nak tekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis..insyaallah semua ok..maybe aritu hypo or darah rendah tetibe..

      yg tu saya x reti nak setting cane..sbb tu buat zaman dulu2 masa tgh rajin nak godek2 blog...ni dah lama x godek2...semua dah ilang..termasuk komen2 kat tepi tu sekali..huwawawa :'(

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...