TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Tuesday, 13 September 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2016


Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah tahun ni sambut raya haji di rumah sendiri di PR1MA, Putrajaya (tahun lepas masih ulang alik Kajang-Putrajaya) uruskan pindah rumah. Tak de plan balik mana2 pun sebab kekangan cuti. Cuti dah nyawa2 ikan, so kene save untuk konvo anak sedara yg keje pharmacist bulan 10 nanti kat Perak dan kenduri kawin kakaknyer plak bulan 12 nanti.

Sebenarnya raya korban tahun ni takde plan nak masak special2 pun..sebab dok berdua jer. Tapi last minit incek hubby request masak rendang ayam ngan kari daging. Nasi impit plak masa beli barang dapur kat Tesco baru terfikir nak beli. Kalau tak, masak nasik putih jer dah cukup. Senang nak panaskan. 

Sehari sebelum tu plak anak sedara yang keje kat Penjara Kajang tu cakap nak datang beraya kat rumah. So malam sebelum raya tu la masak2 ngan dia. Sebab kitorang petang tu pergi Nilai 3 dan balik pun dah agak lewat (singgah pulak klinik sebab incek hubby bersin teruk - allergic) so sampai rumahnya dalam kul 9.30 pm jugak la. Sampai rumah rehat2 dulu sebab saya sakit belakang. Anak sedara plak malam tu agak lewat sampai, so dekat ku 12 tengah malam jugak la start bertugas kat dapur dan alhamdulillah siap masak termasuk kemas2 dapur dekat kul 2.30am!!  Phewwwwwwwwww..!! :') 

 
sesimple menu : Rendang Ayam | Kari Daging | Nasi Impit & Nasi Putih (takde dalam gambar)


Memandangkan petang raya takde plan gi mane2, incek hubby ajak gi Nilai 3. Hari sebelumnya pun dah pergi Nilai 3 berdua ngan incek hubby beli besi 8 kaki panjang untuk projek DIY bilik baju tapi kene datang balik sebab nak beli besi lagi tp ukuran 4 kaki panjang, ni untuk projek DIY tempat gantung tola plakk.  Sekarang ni tola gantung kat rak biasa (rendah) tu tp cam kotor plak meleret2 kat lantai. Lantai kadang2 tak sapu, cepat jer berhabuknyer (sebelah perumahan tgh buat apartment PPA1M). Rumah memang bukak tingkap & sliding door sebab rasa rimas jer terkurung 24j.


wefie sebelum gerak ke Nilai 3;)



how time flies.. anak2 sedara lagi tinggi dari maksu dorg  ^___^


  Bulan 10 nanti dak neh nak konvo kat Perak, sedihnya arwah kakak tak sempat nak tgk :'(


Memandangkan hari tu kedai kat Nilai 3 banyak tutup, so kitorg tak lama pun kat sana. Sebelum balik tu, secara tak sengaja terbeli plak karpet tapi saiz kecik untuk letak hujung katil. RM25 jerrrrrrrrrr..hihi..

Gerak balik dekat kul 6pm jugak. On the way balik tu jumpa orang jual lemang tepi jalan. Terus mintak incek hubby beli sebatang. Nak cukupkan syarat raya korban @ haji kononnya. Alhamdulillah, lemang sedap, pekena lak dengan rendang. memang pasangan romeo & juliet. hihihiii


 muka hepi dpt lemang tp frust sebab terlepas gerai jual duyan :'(


2 comments :

  1. Salam aidiladha... Done following u... :-)

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan Sis..

    tq singgah & follow.. :)

    ReplyDelete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...