BIRTHDAY : 8 DISEMBER 2016 | SELAMAT MELAHIRKANKU KE DUNIA, MAK!

 
 
 


Syurga yang ku rindu.

Ya Allah
jika dia punya hajat dan permintaan, kabulkan permintaannya ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunkan seorang wanita yang pernah ku tumpangi rahimnya, 9 bulan - 10 hari lamanya
wanita ini telah melahirkan kami 
7 beradik
hingga koyak isinya, Ya Allah
luka kulitnya, Ya Allah
tumpah darahnya, Ya Allah
bercucuran air mata menahan sakit derita, Ya Allah
itulah dia, ibuku, Ya Allah

Demi keberkatan Al-Quran yang sering kami bacakan, ampunkan ibuku Ya Allah
Ampunkan ibuku yang tidak pernah kenyang makan minumnya demi mengenyangkan kami,
Ampunkan ibuku yang tidak pernah lena tidurnya kerana menyenyakkan tiduran kami,
Ampunkan ibuku yang tidak pernah berkisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami,

Ampunkan ibuku,
mulia sungguh dirinya,
sudi mencuci najis dan kotoran kami, Ya Allah.
tidak pernah pulak dia mengungkit dan merungut Ya Allah,
Ampunkan ibuku yang tangan lembutnya sering mengusap rambut wajah kami, Ya Allah.

hari ini wajahnya nampak urat-urat tua yang memamah dirinya, Ya Allah.
Ampunkan ibuku dan berilah waktu untuk aku menjadi anak yang terbaik untuk dirinya Ya Allah.

Selamat melahirkanku ke dunia, 36 tahun yang lepas, ibu kesayanganku.
Terima kasih kerana begitu banyak derita, pengorbanan dan kesusahan yang ibuku tempuhi demi kami sekeluarga.
Terima kasih kerana sabar dan setia dengan karenah kami anak-anak.

Semoga dipanjangkan umur ini, dan umurmu, ibuku..
Supaya kita bersatu dalam syurga firdausi.. 
Amin2

eena sayang mak.
lillahitaala
8.12.2016
6.16pm

Post a Comment

4 Comments



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤