TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 21 December 2016

DAPUR JULIE : TERUNG BAKAR AIR ASAM

 
 
 
 
26.10.2016 | Tarikh gambar. Punya laaaa lama gambar tu jadik pekasam lam hp. hihi. Resepi ni dari incek hubby. Tak tau mana dia dapat / belajar. Saya buat pun dia yang bagitau step by step. Mana laa ingat dulu2 pernah buat tp tuuuu tahun bila. Ingatan dah lemah..banyak makan semut..hihi..

Tak mo taip panjang2, so terus semak resepi:
TERUNG BAKAR AIR ASAM 
Oleh : masak by Julie (resepi oleh En. Hubby)  apa yang penting, KERJASAMA..!! :p


Bahan-Bahan:
 1) 6 biji terung sederhana besar - dibersihkan
2) 3-4 biji telur - rebus setengah masak
3) 3-4 tangkai cili hijau - dihiris halus
4) 10 tangkai cili padi (hijau/merah) - dihiris halus
5) 2 sudu makan Ekstrak asam jawa Adabi
6) 1 labu bawang besar / holland - dipotong dadu
7) Garam, gula dan perisa secukupnya
8) Sedikit belacan - dibakar sekejap
Cara Menyediakan Terung: 
1) Bakar terung tadi dalam frying / magic pan sampai masak/lembut
2) Belah dua dan susun dalam pinggan. Ketepikan.

Cara Menyediakan Air Asam:
1) Lenyekkan belacan yang dibakar tadi dalam bekas/mangkuk. Campur asam jawa ekstrak + cili padi + cili hijau + bawang besar.
2) Masukkan garam, perisa & gula secukup rasa. 

Cara Menghidang:
1) Cicah terung tadi dalam air asam jawa yang dah dimasukkan telur setengah masak (tak payah kacau); atau
2) Tuang air asam jawa tadi atas terung bakar dan pecah telur di atasnya.
Ikut laaa nak cara mana makan tu janji selamat masuk perut.. hihih..
 
 
 












Air Asam

14 comments :

  1. Kakak tengok air asam tu boleh pulak terliur:)
    Makan nasi dgn ini aje dah cukup kalau kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..x yah lauk lain..ni jer dah menambah2 nasik..kalau nak tambah lauk pun..just goreng ikan kering jer..alhamdulillah... kompem kenyang..hihiihi

      Delete
  2. Wah lama tak makan terung bakar.
    Sihat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..menu sihat..x yah kecah2 dapur dengan minyak ape sume tu.. senang keje.. hihihi

      Delete
  3. Mrs. A pun suka terung jenis ni.
    Tapi prefer masak sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis..x kira masak cane..semua sedappppp... menambah2 nasikk..ekekekek :p

      Delete
  4. sodapnya nengok air asam tu. sy tak berapa peminat terung, tapi resepi ni unik. tak pernah dengar lagi terung bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp..try la sis...bleh makan selain sambal2...lgpun lebih sihat..bakar2 ni.. ubah selera..hehehe

      Delete
  5. tengok gmbr pon dh sedapp., nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik lalat boleh la try kat rumah...cepat, mudah dan sihat..ekekek :p

      Delete
  6. Tengok gambar aje dh nampak sedap.
    Tapi pakcik lebih suka terung goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh la try, pakcikk... terung ni x kira ulam, sambal or buat air asam..semua mmg bukak selera,...hihi

      Delete
  7. Kakak dtg lagi menjenguk utk tahun 2017 in JJ
    Tengok air asam tu tetap terliur hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini lagi kak zakie..

      kalau dah 2x tgk tu..mmg petang ni kne buat tu..ekekeke

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...