TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 20 July 2016

RESEPI : SINGGANG DAGING VERSI CAMPAK-CAMPAK

 
 

Singgang Daging Entry pertama untuk bulan Julai 2016.  Since dalam minggu ni tekak memang nak makan singgang2 jer (dari ikan sampai la ke daging), so kali ni saya kongsikan entry pasal Singgang Daging dahulu. Saya tak sebut singgang dari mana2 negeri sebab saya buat versi saya la.. versi campak2 bahan mana yang ade jer kat rumah sebab lepas balik raya aritu, memang tak ke pasar pun lagi untuk top up brg2 dapur sebab sebelum cuti raya tu, saya dah clearkan kebanyakkan brg2 dapur.

Kena plak peti ais kat rumah dah selalu meragam. Kejap sejuk sangat sampai air dalam botol dan sayur2 pun boleh beku. Kejap tak sejuk langsung sampai x feel minum air sejuk. Kebanyakkannya kitorang makan kat kedai (jenuh nak cari kedai yg bukak lepas raya) dan masak jugak kat rumah tp menu2 yang simple/mana yang ada. huhuhu



BAHAN-BAHAN:
1) Daging - potong nipis lawan urat, cuci bersih & toskan
2)** Lengkuas - 2 inci stgh (saya suka lagi banyak lg best)
3) **Halia - 1@2 inci 
4) **Bawang Merah - 5-6 biji (saya guna bawang besar) sbb bawang merah dah abis
5) **Bawang Putih - dalam 5-6 biji
6) Cili Merah/Hijau/Cili Kering - 3-4 biji (saya guna cili api/padi, tu jer ade kat kedai)
7) Asam Keping - 2-3 keping (ejas sendiri kemasaman)
8) **Lada hitam - sejemput (cuci & tumbuk kasar)
9) **Satu (1) sudu kecil biji ketumbar - goreng kejap & tumbuk kasar (saya tak guna sebab takde stok) 
10) Garam + Aji secukup rasa
Note: bahan2 seperti lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia dll tu hiriskan


CARA:
1) Didihkan air dlm periuk bersama bahan bertanda ** agak2 dlm 15min supaya bahan sebati.
2) Masukkan daging, rebus sampai empuk (tambah air kalau suka kuah / supnya) banyak
3) Bila daging dah hampir masak, masukkan cili, asam keping, garam & aji.. 


***boleh adjust sendiri kemasaman kuah. Kalau dah rasa cukup masa, boleh keluarkan asam keping tadi.



dah siap masak, hidangkan & hirup kuah panas2. Lawan plak dengan budu/tempoyak dan ulam2. Ikan kering or telur masin pun layan jugak. Memang menambah2 nasik. Hirup kuah plak sampai 2 mangkuk..heheheh 


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...