FAMILY : JUMPA BABYFRUIT & SIL @ KLIA2


Assalammualaikum...

7.November.2016 | Berjumpa Along (SIL) & babyfruit kat KLIA2. Ni family abg no.2. Abang yang yang koma masuk ICU thn 2014 dan sampai sekarang masih terlantar sakit (hilang upaya) --> kisah terjadi 3 tahun lepas bermula2 dlm  [ENTRY INI]


Sebab agak jarang jumpa dorang, so saya decide nak ke KLIA2 jumpa dorang. Sebenarnya SIL ade kursus kat Selangor, so alang2 dekat cuti sekolah, so dia bawak anak2 sedara sekali. Sekali sekala jenjalan walaupun abg dah tak boleh nak pergi mana2. Memikirkan anak2, tu yang Along bawak dorang bercuti. So, sepeninggalan dorang, abg dijaga oleh family Along (mentua abg).

Memandangkan dorang flight petang, so saya ke KLIA dlm kul 11.00am gitu. Nak jumpa masa balik Kuching, entah bila.. tahun ni azam nak kurangkan cuti saja2 supaya boleh kumpul cuti dan balik Kuching & Sibu lame sikit. 


Jumpa kat KFC KLIA2. Sebak lak rasa bila tengok gambar ni. Abang takde dlm gambar :'(



DARI KIRI : Muhammad Jaya Syirazi, me, Along (SIL), Syazwisyahmi Mahirah Najwa @ Wawa, Syazwisyahmi Marahaini @ Aini. BELAKANG : Jaya Syazwan Haziq



Muka yang berpenat lelah menjaga abg, mandikan abg, lap abg, tukar pampers, sedut kahak, bagi susu abg, ubat2 abg dll. Semoga ganjaran pahala buat mereka :(



Yang kesian yang bongsu ni, Wawa (kanan). UPSR 2016 aritu takde ayahnya teman amek result sekali :(


Kejapnya masa berlalu..jumpa2 dorang, anak2 sedara dah besar panjang. Wawa, anak abang yang bongsu sekali tahun ni dah masuk form 1. Along sendiri sorang2 uruskan semua persiapan sekolah anak2. Kalau dulu, sama2 settle urusan pendaftara dll. Beratnya dugaan utk mereka dan keluarga kami, Allah jer tau. Mak terutamanya, mula2 dapat berita abg kene asma + darah tinggi & masuk ICU, mak kat umah kami kat Kajang masa tu. Lepas u sampai sekarang abg dah tak kenal sapa2. Bukak mata tapi tak respon kat orang. Doc cakap saraf otak dah rosak sebab oksigen tak sampai ke otak masa jantung dia terhenti lebih setengah jam. Tahun lepas pulak, 16.12.2016, mak dapat berita pemergian kakak secara tiba2 (saya masih belum kuat untuk buat entry pasal ni sebab rasanya mungkin keyboard tu dah tak nampak dek air mata) . Dua anak mak ditimpa musibah. Semoga musibah ni menjadi laluan untuk insan yang didatangkan ujian mendapat ganjaran pahala dan syurga.


Along, semoga Along terus kuat & sabar menghadapi ujian yg Allah turunkan.



Terima kasih Along sbb jaga abg & sebaiknya. Semoga syurga buat Along & anak2 :'(


Anak sulung abg, Jaya Syirazi. Semoga Razi belajar dari pengalaman lampau & berjaya di masa depan.
 
  





Anak no.2 abg, Syazwisyahmi Marahaini @ Aini

Aini  skrg tgh study kat UITM Kch. Last Year dekat 5 hari jugak masuk hosp jugak sebab asma. Risau jer dengar bab2 asma ni. Jadi fobia lak rasanya. Semoga Allah berikan mereka kesihatan dan dijauhkan dari segala musibah.


 



Jaya Syazwan Haziq @ Haziq, sekarang dah form 4. Thn depan nak SPM





 

Si Bongsu, Syazwisyahmi Mahirah Najwa @ Wawa


"....Buat Along dan family belah Lundu, mun ktk orang terbaca entry tok..kamek orang mintak maaf mun sik banyak yang belah kamek orang tolong. Mak pun sik dapat nak jaga abg atas faktor kesihatan mak. Mok kendalikan machine abg, berik abg ubat, angkat abang dll nang mak sik dapat. Cuma boleh datang ngabas bila mak ada kat Kuching. Kamek orang mok tolong part kewangan, pun masing2 ada tanggungan. Setakat yang mampu jak. Sik dpt selalu. Tapi.... sik pernah hilang dari ingatan kmk orang, doa2 utk abang. Mak terutamanya. Sik pernah putus doa mak untuk abang, anak nya yang selalu hantar mak gi klinik, selalu embak mak makan2 @ raon bila mak ada kat Kuching.

Sampei kinek tok, tiap kali mak bercerita pasal abg..mak sik pernah putus harap. Mak madah mak selalu mimpi abang dah sedar. Selalu mak doa semoga abg cepat sedar & sihat macam dolok walaupun slow2. 

Banyak dah kamek orang terhutang budi atas jasa2 ktk orang, Paknek & Maknek Lundu dan semua yang tolong jaga abg, tolong angkat abang masa checkup hospital. Semoga Allah SWT balas pahala atas semua kebaikan ktk orang. Insyaallah...

Untuk anak2 buah Usu, Usu Eena sayang ktk orang..sik pernah bezakan semua anak2 buah usu..semua sama.. mun Usu ada termarah ktk orang..tertegur ktk orang...merik nasihat, ya bukan sebab Usu saja2 mok nganok/bisin/ngerepak..tapi ya sebab Usu sayang ktk orang..maok ktk orang jadi anak2 yg soleh/solehah..dengar ckp mak & ayah ktk orang.. dah besar kelak, balas jasa orang tua.. jadi insan berguna ngan agama & bangsa. Usu doakan ktk orang berjaya dunia akhirat..amin2..."


Kita tak pernah sangka sesuatu musibah / dugaan akan terjadi dan bakal dilalui bila2 masa. Semoga mereka terus bersabar menempuh dugaan ni.

Yang penting, semoga mereka diberikan kekuatan & sihat badan untuk melalui hari2 mendatang. 


#PrayForAbgJaya
#CikguSams



Post a Comment

3 Comments



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤