TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 6 January 2017

RESEPI : IKAN NYOK NYOK MASAK LEMAK PEGAGA

 
 
 
 
4 Januari 2016 | Menu dinner weolss Rabu lepas. Ikan Nyok Nyok ni (dalam bahasa Melanau, Jekan Jamah Belukok / Blukok)  incek hubby beli kat Mydin Presint Diplomatik, Putrajaya. RM26.00++ sekilo kalau tak silap. Ngam2 sekilo jugak beratnya. Saya masak malam siap2 tapi tak makan terus malam tu sebab ade lagi belen sup tulang. Kiranya masak malam supaya mak senang nak makan kat rumah. So mak tak payah masak dah tengahari tu utk dia lunch. Just panaskan jer. Lagipun saya suka kalau masak cam ni, lepas panaskan kali ke-2, rasanya dah sebati / serap ke isi.. contoh: asam pedas / sup tulang @ daging.

Sesetengah kaum Melanau (terutamanya family saya), jarang makan yang berlemak / santan gini.  Biasa makan yang rebus2, bakar, sup,  tumis air or singgang jer. Kali ni masak lemak ikan ni atas permintaan incek hubby. Berselera mak makan. Siap hirup kuahnya. Saya masak tak pedas sangat sebab mak selalu batuk2.
 
 
kepala ikan Nyok Nyok ni incek hubby suruh mak makan/ratah. Suka makkk dpt kepala ikan.. hihih.
 
Saya sertakan resepi untuk yang teringin nak masak sendiri dan supaya sendiri boleh semak bila nak masak balik. Kadang2 masakannya simple jer tapi bila time nakke kedai, time tu laa lupa bahan2. Last2 tak jadik masak sebab bila bahan tak cukup, rasa pulak kurenggg. huhuh


Resepi Ikan Nyok Nyok Masak Lemak Pegaga
Oleh : Dapur Julie 
 
Bahan-bahan:
 1) Seekor ikan Nyok Nyok - Potong 3-4 ikut saiz) - bersihkan, rendam dengan limau nipis & bersihkan
2) Seikat Pegaga - buang akar & bersihkan
3) Cili padi - segenggam / ikut selera nak pedas mana *blend
4) 5-6 biji Limau Kasturi - perah jusnya
5) 2 inci kunyit hidup - *blend
6) 2-3 batang serai - dititik
7) Santan (sebiji kelapa)
\8) Garam & Aji secukup rasa.


Cara Menyediakan:
1) Blend cili padi & kunyit hidup bersama 1 cawan air
2) Didihkan sebentar bahan yg diblend tadi kemudian masukkan serai
3) Masukkan santan, api perlahankan & sentiasa kacau supaya santan tak berketul
4) Setelah mendidih, masukkan ikan. Biar mendidih dengan api slow/dikacau
5) Masukkan daun pegaga, jus limau kasturi & garam aji secukup rasa
6) setelah ikan masak, tutup api dan boleh hidangkan.

 
 


12 comments :

  1. Replies
    1. Alhamdulillah Sis..
      boleh la layan sekali sekala..dah makin meningkat umur ni x leh makan yg berlemak selalu sangat..ekekekek :p

      Delete
  2. Pengaga ratah mentah pun dah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bro.. Buat kerabu pun sedap..hihi

      Delete
  3. saved!

    betul tu bila ke kedai rasa semua dah ada kat umah tu eh eh bila nak stat masak ada pulak yang xde..adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kdg2 dah ready siang tinggal nak ca.pak jer..tau2 asam keping la..serai la..yg tu plak dah abis..ekekeke..

      Delete
  4. my favorite, apa2 ja masak lemak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis..kuah masak lemak kalau x abis blh cicah ngan cekodok kosong or cekodok bawang....ehehehe

      Delete
  5. rajinnyer .. sedapnyer ikan masak lemak tuuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la wak lalat...tukar2 menu..ekekeke

      Delete
  6. Belum pernah lagi tercuba perah jus limau dalam masak lemak.
    Lain kali nak cuba.
    Biasa pakai asam keping je.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis..kalau saya masak..kalau ayam biasa saya mmg guna asam keping jer..tp kalau ikan masak lemak, incek hubby punye resepi buh limau kasturi nak masamkan dia... hihihi

      Delete

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...