TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 3 March 2017

RESEPI : SAMBAL SARDIN DALAM PEKET & LEMPENG



Menu 2 minggu lepas tapi masuk dalam draf dulu sebab nak clear gambar dari lam hp. Sambal sardin ni 1st time saya jumpa yang dalam peket..jiran yang jual. RM7.00 untuk 425gm. So haruslaa tak ketinggalan untuk meneraiiii @ try. Post kat FB pasal sardin dalam peket ni, rupanya kilang sardin ni, ayah mentua member sepengucingan yang punye. Tapi hakak komen yang murni2 jer pasal sardin ni masa up kat FB tu tau... cakap murah & ikan dia kira cam fresh/tak lembik dan tak hancur kalau compare dengan sardin dalam tin tu. Rega pun kira ok laa kot.. ikan sardin dalam tin skrg pun mahal. Apatah lagi sardin fresh kat pasar borong tu..hehehe. Member cakap sebenarnya sardin ni ada jual kat Giant ngan mane ntah. Dan for sure rega dia maybe murah sikit.

Memandangkan hari tu dapat sardin ni pun dah agak malam, so mood nak menumis cili boh bagai tu dah ke laut. So incek hubby cakap makan gitu jer la. Lagipun akak yg jual tu ckp sardin ni boleh dimakan begitu saja ayat agak skema sket ekekek



Ada dua jenis, yang ada cili dengan takde cili.


Hari tu saya just tumis cili padi, bawang putih, bawang merah dan bawang besar jer dalam kuali. Pastu tuang sepeket terus ikan sardin ni & bubuh sikit ekstrak asam jawa. Buh garam aji kalo perlu. Kali ni dapur tak bermandikan cili boh maupun berminyak sebab biasanya goreng dulu ikan sardin tu cam kebiasaan saya masak sambal sardin. 

Incek hubby punye komen, dia cakap boleh tahan & boleh makan (tak berapa hanyir). Untuk masak secara darurat malas menumis cili boh & goreng ikan kira boleh la kenyangkan perut. Ade order lagi sepeket kat rumah tapi kali ni saya order yang takde cili. Minggu ni boleh masak tp nak goreng dulu ikan sardin tu.  Cara dia, just asingkan kuah dengan ikan sblm menggoreng supaya tak hanyir sangat.



Campak plak daun bawang yang mak tanam kat balkoni sekangkang kucing tu kan.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚






Lempeng + Sambal Sardin + Air Lemon Madu Suam + Buah Ciku (dari Ayer Hitam)


Sekian, terima kaseyyyy πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„

No comments :

Post a Comment

❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❀ KLIK OLDER POSTS ❀

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...