TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Saturday, 16 September 2017

CARI MAKAN : MEDAN SELERA, PRESINT 8, PUTRAJAYA YANG KINI SEPI



Salam Sabtu. Medan Selera, Presint 8, Putrajaya yang kini sepi dan lengang. Tak ingat bila last pergi makan sini disebabkan pertumbuhan kedai makan / restoran yang sangat pesat dalam Putrajaya ni sampai la haritu baru tergerak ati nak try. Tu pun sebab ter-lalu situ masa nak g Guardian.

Minggu ni jer dah 2 kali pergi makan kat sini lepas balik keje. Sebabnya incek hubby keje malam. Kalau balik kul 8 sampai rumah then dia kene masuk keje balik 10pm, memang tak sempat la nak masak.  

Banyak kenangan medan selera ni. Masa mula-mula lapor diri keje kat Putrajaya tahun 2002, duduk rumah sewa yang masih kosong kat Flat Hijau @ Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, yang masih takde kedai lagi tu, kat sini la hari-hari menapau nasik ayam dan lain-lain. Petang balik keje, kitorang (budak Sabah/Swk) naik bas NADI PUTRA yang sekarang macam hampir tak bernadi dah dari Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), berebut dan berhimpit dengan pekerja pembinaan (dengan segala macam aroma yang menusuk paru2) pastu berenti kat depan Medan Selera, Presint 8. Tapau makanan secukupnya sebelum naik semula bas kat situ untuk balik ke rumah. Situasi yang sama jugak, bas penuh dengan theyolss tapi takde pilihan. Tak singgah tapau, malam nak makan apa. Dapur semua mana beli lagi. Gaji pun tak masuk lagi time tu.

Kadang-kadang, kalau balik lambat dah malas nak singgah. Dalam hati redho jer la balik rumah rebus megi (TQ utk budak rumah yg beli cerek masa tu) hehehe. Tapi selalunya, ada nasik ayam / makanan lain digantung depan pintu rumah oleh mamat sabah jiran sebelah pintu umah. Yer la masa tu sibuk nak usha, macam2 dia buat. bagi makanan, bagi buku2 agama dan Al-Quran ape sume tu. Alhamdulillah rejeki..ehehe  tp iolss time tu setia orangnyaaa walaupun pakwe nun jauh di Bintulu hihihih. 

Bila dah pindah flat hijau, dah ada dapur sendiri..ada jugak makan kat sini tapi jarang. Masa tu mane la rajin nak naik bas gi sana. Masak kat rumah, makan beramai2 lagi nikmat walaupun ikan terubuk masin goreng, nasik putih pastu sup sayur sawi jer..hehe 


Lengang. Ni area tingkat bawah, kedai pun banyak xde.  


kali kedua pergi tu nak try makan kat bawah, satu je bukak, pastu air kene order atas. hmm x jadi la..









Yang 1st pergi tu makan chicken chop & chicken grill. Sedap jugak. Kuah banyakk aiiloikeee





ni kat tingkat atas. Pun kedai tak bukak banyak 


Lengang, maybe hari bekerja. Tak try lagi pegi sini kalo wiken. 









2nd time pegi order yang ni.


siakap 3 rasa dia sedap. tomyam boleh la. Janji murah. 


kitorg amek set A. Murah la kot kalau kira dengan harga standard tempat lain di Putrajaya. 

Kalau sape suka lepak2 or makan tempat yang tak ramai orang dan tak payah bersesak2, situ boleh la bawak family cuma takde banyak pilihan sangat. hhihi



6 comments :

  1. Flat hijau.. Kira bagus juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flat hijau pun dah by kedai makan skrg...untung org sewa situ takyah jauh2 nak cari makan..tp mahal sikit la..huhuh

      Delete
  2. dulu pernah juga makan kat sini..tak sangka sunyi dah sekarang..maybe weekend happening la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ker...tp sayangnya semakin sepi, jauh dari kunjungan penduduk Putrajaya dan persekitarannya...

      Delete
  3. salam kenal. sy singgah sini dan follow. sedapnyaa chicken grill tu.. my fevret!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak yer Dik... tq followw <3

      sedap jugtakj chicken grill tu...sos dia banyakk..hehehe

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...