TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 21 September 2017

MAKAN : BUAH DABAI @ BUAK DABAI @ BUAH "DABEI" / CANARIUM ODONTOPHYLLUM / SARAWAK OLIVE



Salam. Ni namanya Buah Dabai (Canarium odontophyllum), / "Buah Dabei" (sebutan dialek Melayu Sarawak) / "Buak Dabai" (sebutan Melanau) merupakan sejenis buah eksotik yang bermusim (setahun sekali) di Sarawak / Borneo (Sabah & Brunei juga ada). Bentuknya seakan2 bentuk buah zaitun @ olive. Buah yang masak, berwarna hitam, rasanya lemak, seakan2 rasa isi buah avokado tapi tawar, dalamnya berwarna kuning/putih susu. Biasanya dimakan terus dengan kulit (kulitnya rasa sedikit kelat). Atau boleh juga makan buang kulit (asingkan dengan cara sedut isi & buang hampas/kulitnya).

Harga kalau bukan musim, kadang-kadang boleh mencecah RM40-50 sekilo (ikut gred/saiz/tawar menawar antara penjual dan pembeli) dan biasanya dijual "satu kong" / satu bekas tin susu pekat dalam RM8-12. Kalau musim tengah banyak, dapat laa harga murah sikit dari pasaran. Dulu pernah jugak buat entry pasal buah dabai ni. Kalau nak tau detail, blh baca kat sini ----> Buah Dabai Sarawak. Masa tu kazen kesayangan pos buah tu dari Miri. Memang heaven la makan sorang2, puas giler. Takde ler terliur tengok orang pos kat FB tapi tak dapat nak balik Sarawak time tengah musim. 





Cara menyediakan buah ni pun tak susah, seperti berikut:

1) Sediakan duit & pergi beli buah tersebut (kalau takde orang jual kat Semenanjung ni, kene naik flight dulu ke Sarawak & bayar tambang Uber dari airport ke hotel dan sewa hotel untuk satu malam, ok) hahahahahhahahaha

2) Sampai rumah, cuci bersih buah tersebut pastu rendam air suam/panas dalam lebih kurang 40min (atau sampai buah tu lembut)

3) Dah lembut, toskan buah tu.

4) Masuk dalam bekas, tuang kicap manis sikit, buh gula & garam secukup rasa.

5) Pastu boleh ngappppp. hehehe


Selain sungguh enak dimakan begitu saja (sorry Angkel Slokem, pinjam slogan jappp), buah ni jugak boleh dibuat ala jeruk. Isi yang dah masak tu,dihancurkan dan buh garam lebih sikit dan boleh disimpan lama. Kalau nak makan, just ambik sesudu atau secukupnya dan dijadikan rencah dalam pembikinan Nasi Goreng Dabai. Alaa..cam buat nasik goreng ikan masin giteww. 




Ni masa dpt stok buah dari abg ipar kat Sibu. Sebab dia pandai pilih. Kirim kat anak sedara yg balik Sarawak time tu






Selain buah, bijinya juga boleh dimakan. Biasanya lepas makan buah tu, mak akan basuh bersih bijinya dan keringkan / biarkan 2-3 hari supaya isi dalam biji tu kecut dan senang untuk dikeluarkan. Cara nak keluarkan, ketuk biji tu dengan tukul ke, lesung ke (janji pecah).Kalau isi dalam bijinya x pecah, boleh tarik jer guna jari. Kalau isi tu dah pecah, boleh korek guna pencungkil gigi jer.   Rasa dia, lemak2 jugak.. cam rasa kekacang / almond gitewwww.










Heaven wooooooooo...


cucuk tepi isi dalam biji tu untuk keluarkan dia. Gigih mak keluarkan isi utk anak perempuan kesayangan dia :p











tengok gambar last ni, tetiba rasa sebak lak. Tuanya mak. Dah kedut2 tangan mak. Hrp mak panjang umur dan sihat2 kat Sarawak :'(







8 comments :

  1. busyra first time tngok buah ni. nice sharing awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Dik.. ade banyak lagi buah2 yang tak ada kat semenanjung ni...nnt akak share lagi...hihi..

      Delete
  2. Saya dah makan buah tu. Kami makan kat tepi sungai di kuching. Kawan saya yg bawak. Tapi makan begitu aja, no sugar, ni garam and no kicap.

    ReplyDelete
  3. owhh..ye ker... tak pernah lagi makan x buh garam or kicap ape sume tu..hihihi..

    ReplyDelete
  4. First time tengok buah dabai ni =__='

    ReplyDelete
  5. Dah lama nak try. Nk kirim pos boleh? 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. mAaf...x sure kat mana ade jual...ni pun dah lama x balik sana..hihi

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...