OTAI DUNIA BLOGGER : 'HASRULHASSAN.COM' | SEGMEN BLOGLIST AKHIR TAHUN 2017




Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM

.

Salam. Blog julsjulie80.blogspot.my ni bukanlah blog pertama kite. Blog yang pertama dulu buat tahun 2008 ke 2009 kalau tak silap. Masa tu entry banyak merapu. Takde isi yang berinfo pun. Tapi ramai jugak follower time tu. Sebab rajin blog walking dan tegur / komen kat entry blogger. Banyak luahan perasaan pastu kongsi gambar makan-makan (amek guna hp Nokie E72 je Sony masa tu) or kongsi resepi. Tapi banyaknya pasal luahan perasaan la. Stress, homesick dan lain-lain. Almaklumlaa zaman tu banyak taip entry ikut darah muda chewahhh  Yer laa..orang lain berblog, ko pun nak berblog jugak tapi isinya kosonggggg. hehehe lepas tu, ade lakkk entry pasal kucing. Masa tu mula-mula bela kucing. Pastu ade buat operasi rescue straycats jugak. Tapi lama-lama cam bosan jer dengan blog tu, entry dah bercampur-campur. Personal + Kucing + MerapuSetting blog pun tak reti sangat, gambar tak boleh besarkan. Last-last tutup. Pastu senyap. 
_
Dah lama lepas tu, tergerak ati nak berblog balik sebab ade member aka kodok & kronies start blogging. So bukak blog baru, pun ade masalah setting jugak, terdelete pa benda ntah pastu tak save plak tu. Masa tu memang tak reti la nak edit-edit. Pakai yang basic jer. Lama-lama fedappp balik. Blog tu terbiar sepi. Situasi tu berulang sampai la buat satu lagi blog tapi khas untuk kucing jer, blog http://wonderfurrworld.blogspot.my/. Yang tu best jer guna time tu sebab tak payah setting or edit sangat, dah cantik. Tapi tak ramai follower situ sebab dah pindah dari blog kucing yang lagi satu. Haaa kemain blog kucing sampai ade 2..kehkehkeh Bila dah ade blog kucing, rasa nak buat blog yang khas untuk diri sendiri. Untuk simpan kenangan bersama family, last2 wujudlaa blog julsjulie80.blogspot.my ni. 
_
So far ni laa mungkin blog yang terakhir. Harap-harap la. Sebab ade banyak gambar kenangan, dan entry dalam  ni. Kira blog ni ada ciri-ciri  kematangan la sikit kalau compare dengan yang dulu-dulu. hihihi. Kalau nak tau, tak ramai member-member yang tau kewujudan blog ni. Sebab asal-asal tu konon untuk diri sendiri jer. So mana yang tau pun sebab tanye pasal resepi or pasal gambar-gambar bercuti. 
_
Kiranya ni baru nak start aktif balik berblog. Nak share lebih banyak info-info berguna. Nak abadikan sebanyak boleh kenangan bersama ahli keluarga, sebab ada diantara kami adik beradik, dah pergi dan dah tak sihat seperti dulu. So kenangan tu la akan ditatap kembali satu hari nanti. 
_
Percaya atau tidak, dulu kite agak segan nak update blog sendiri. Risau kene kutuk, nanti orang cakap "..ehh tu pun kau nak masuk dalam blog...makan ini pun nak tunjuk-tunjuk...pergi bercuti pun nak cite kat orang..nak berlagak la tu...konon kau sorang ada duit nak makan / nak beli / nak bercuti" tapi tu duluuuuuuuuuu. 
_
Sekarang, kalau takde kawan-kawan blogger ni "menunjuk-nunjuk" dalam blog ni, takde nyer kita dapat info kat mana makan sedap-sedap, kat mana tempat bercuti paling best, kat mana boleh beli barang-barang murah, dan kat dalam blog la kita boleh dapat idea/info bab deko/kecantikan/kesihatan dan lain-lain. Dan kat blog ni jugak laa kita boleh menambah hasil pendapatan. Seeeeeeeeeee, betapa berjasanya blogger-blogger ni yang orang negatif selalu sok sek sok sek belakang, last-last di tahap tu jugak. hhuhu. 
_
Dalam dunia blog ni jugak kite kenal ramai orang. Kenal / tau ramai blogger, salah sorangnya ialah otai blogger, HASRUL HASSANMasa tu ramai blogger-blogger share/up entry pasal dia. Masa tu terfikir jugak sapa dia ni? Kenapa ramai orang share pasal dia? Retis ke? VIP ke? Rupanya otai yang sampai sekarang masih berbisa. Selalu jugak la skodeng blog beliau tapi segan nak tegur / komen kat entry sebab rasa rendah diri. Tapi IG beliau kita selalu skodeng. hihihi sape tak kenal lagi, sila laa follow / skodeng blog beliau. Banyak info dia share yang kita boleh dapat terutama tips-tips berguna dalam dunia blog ni. 
_
Sejujurnya, walaupun zaman sekarang dah ada FB & IG, kite masih prefer pada blog. Senang nak search, suka baca sebab info lagi lebih menarik dan maybe bagi saya ianya mesra pengguna. Dan seronok tengok orang lain punye blog ada macam-macam design dan warna. 
_
Harapan kite join segmen ni ialah supaya dapat mengembangkan lagi sayap / menambah rakan dan kenalan dalam dunia blog, dapat panduan gaya hidup, tips/ info yang lagi hebat, dapat menjana pendapatan (baru nak berjinak-jinak), menambah ilmu dari pelbagai aspek dan membawa semua aura positif dari dunia blog ni. 
_
So, berblog la semahu yang kita boleh, mengabadikan kenangan selagi orang disekeliling kita ada dan sihat walafiat, sampaikan info yang berguna untuk semua. Insyaallah :) 






















































Post a Comment

12 Comments

  1. Mudah2an blog ni kekal dan berterusan pengisiannya.
    Followers pun dah ramai.

    ReplyDelete
  2. good luck..
    blog utk keep the memories, semcm life diary..socmed yg lain jrg buka..

    ReplyDelete
  3. Tekun saya baca ... tapi itulah, kadang bila tiba satu masa, kita rasa nak ubah pengisian blog kita. Itu memang normal, saya dulu pun mulanya blog fotografi, sebelum terinspirasi oleh Dareen Rowse yang tukar dari seorang photographer jadi blogger terbaik di dunia.

    Jangan segan2 dengan saya. Saya tak makan orang, ada masalah dengan blog .. tanya je .. in Sha Allah .. saya akan jawab.

    Oh ya, blog ni sy dah masukkan di bloglist

    ReplyDelete
  4. seronok berblog kan. Fiza pun dah join segmen ni

    ReplyDelete
  5. Bila baca entri ini terus masuk ke dalam hati as if sis sedang berdepan dengan Juls Julie.. Teruskan blogging.. i support u! ;-)

    ReplyDelete
  6. Blogwalking dari segmen yang sama . Ccl dtg follow sini .salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. Mama singgah dari bloglist HH

    ReplyDelete
  8. Samalah kita ni pun yang sekarang bukan blog yang pertama.
    Nak look forward jadi buka blog baru hehehe....
    Di blog baru ini jugalah kita bertemu dan berkenalan kan.

    ReplyDelete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤