CEMPEDAK MADU RM8 SEKILO


Salam...ehhh dah nak penghujung tahun 2017 dah kita. Terasa kejap bebeno masa berlalu.. Dah nak masuk tahun 2018 dah pun. 👀👀 Banyak azam tahun 2017 nak fwd ke 2018.. hahah.. 😆😆😆 Tapi banyak lagi entry tak up dalam ni untuk kenangan 2017

Hari ni dah cuti, tapi tak plan pun. Nak kata tak sihat sangat, tak jugak. Tapi mata dari malam tadi asyik berair sampai rasa rimas ler plakkk. Jenuh nak lap air mata. Bukan tengok drama wan maimunah berlakon pun nak keluar air mata bagai..tapi mata rasa panas jer sampai ke pagi tadi. So wassap bos cakap EL ari ni..

So sepanjang hari ni dok umah jer la. Petang2 sikit ngemas umah. Slow2 sebab tanak stress katanya alasan sangat Semalam petang, jiran wasap bagitau hari ni ada orang jual cempedak madu datang bawah blok. Sekilo RM8. Incek hubby tanye nak bape kg, so dengan kompidennyer, kita cakap la nak dalam 2kg jer (sebab imagine buah cempedak tu kecik2). Makan dua orang jer pun.


besar giler utk 2 orang makan. hehehe

So lepas Isya' tadik, incek hubby pegi laa bawak RM40 dalam poket. Rupa-rupanya sampai kat sana, cempedaknya besar-besar. Timbang2 yg dia amek tu, dalam 5kg. Ngam2 5kg dengan duit dia bawak RM40 tu. hahahah... 


Time incek hubby dah kat tempat orang tu jual, dapat pulak wasap dari jiran gambar buah duyan nih,. Terus laju2 capai hp nak call incek hubby nak suh beli sebijik jer duyan tu tapi call2 tak dapat. Sampai jer dia kat umah, terus cite pasal buah duyan tu & yang pasal call dia tak dapat. Konon nak suh beli duyan la. Dia jawab "..nasib baik tak dapat call tadi..cempedak ni ngam2 RM40 duit abg bawak tau.." adoi laa..hahaha x merasa duyannnn 😂😂 


isi cantik, kuning & manis, boleh makan terus




Cempedak tu, saya makan gitu jer, tak goreng2 pun. Pastu tengok incek hubby makan jugak gitu. Dulu dia tak makan kalau tak goreng. Pelik rasa kalau tak goreng dia cakap. Dah lama2, terjebak jugak makan tak goreng. Manissssssssssss apa..hehe.. Orang Melanau makan cempedak ni jarang la nak goreng bagai. Biasa makan mentah gitu jer. Sama macam makan Umai (isi ikan mentah perah limau tu).

Tapi lepas makan gitu jer tadi, dia request nak cempedak goreng plakk.. Makanya kul 11.30 malam, gigih la membancuh tepung & menggoreng di tengah2 malam. Sempat la makan seketul jer yg dah goreng..sebab dah kenyang makan yang tak goreng. Gambar cempedak goreng tak snap. Sebab cempedak agak masak & lembik. Masa goreng pun keluar air manisnya sampai hitam2 minyak untuk goreng tu. Dah siap angkat, dah cam cempedak ala hangit dah warnanya.. hehehe 





Balance tu dah siap masuk bekas, simpan lam peti ais. Esok kalo rajin boleh goreng lagi. Kalo tak, goreng terus dalam mulut jer la..hehehe tak tau rajin ke tak nak goreng esok sebab plan nak mencandat kat Ikea Cheras.. kehkehkehh




Update hari ni: 

Pagi ni goreng lagi balance cempedak madu semalam. Guna minyak semalam, so hitam2 la cempedak gorengnyer sebab cempedak dah masak sangat. Tapi still sedap.. 







Bijinya pulak kite kumpul & rebus lama sikit bagi empuk. Ratah makan petang tadi depan tv. heaven & nostalgia rasanya.. hihih


Post a Comment

20 Comments

  1. Alhamdulillah.
    Nampak cantik isinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..haa pakcik.. isinya manissss.. hehe

      Delete
  2. saya pn suka makan mentah. tp suka jgk mkn goreng. kira suka dedua lah. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..suka dedua...cempedak pun kdg2 susah jugak nak jumpa...hehehe

      Delete
  3. Sedapnya cempedak .. saya suka. RM8 kira standard la rega. Kat sini cempedak biasa pun rega camtu gak. Skrang dok musim cempedak ni. Kat belakang umah kampung saya tu sampai ada yang jadi busuk dah sbb tak berbalut dan tak tengok. Sayang betullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ahh..mmg sedap..puas jugak la makan 5kg tu 2 org jer...2x goreng dah abisss..hehehe..

      bestnyer kat kpg ada cempedak.. kalau dekat, dah lama tetiba jadik jiran time musim cempedak jer..ekekekeke

      Delete
    2. Saya pun suka makan biji cempedak yang dalam cempedak goreng, lemak-lemak manis. Dulu arwah Mak tahu saya paling suka makan biji cempedak, arwah sanggup kumpul dan rebus khas untuk saya makan. Ya Allah sedapnya...sekarang suami dah faham sangat wife dia ni suka biji cempedak, lepas makan dia hulur pd saya...

      Delete
    3. betul tu..mak kite pun camtu...kumpul biji cempedak pastu rebus...pas makan, anginnnnn..hahaha

      Delete
  4. Ya allah sedapnyaa cempedak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis...kat perumahan ni memanjang orang jual kalau time musim..

      tak boleh cakap TIDAK kalau ade dorg wassap sape nak beli..ekekekek

      Delete
  5. telan ailio tgk cempedak..nmpk juicy..elok sungguh cempedaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh memang juicy sisssssssssss..terasa kemanisannnnnnnnnnnn tu sampai skrg..ehhh :p ekekekekek

      Delete
  6. Hi salam kenal follow awak kat sini.(^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..salam perkenalan jugak..tq follow kat sini..dah follow awak jugak.. :)

      Delete
  7. Wah buah fav mama ni. Mama lebih suka yg digoreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn mmg fav..sama jugak dengan nangka madu tu...sebekas beli kat pasar malam tu kompem x cukupppp.. ekekekek

      Delete
  8. Sodapnya cempedak madu. Tak reti juga makan begitu sahaja, mesti nak goreng. Makan panas-panas, boleh habis sepinggan penuh. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp... kite suke makan gitu jer..hehehe... kalau goreng pun suka jugak..panas2.. makan x pandang kiri kanan dah..ekekek

      Delete
  9. Sedapnya cempedak.. Lepas makan isi, rebus biji.. Pergh!! Heaven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg heavennn..pastu anginnnnnnnnnnnnnn hahahahah

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤