TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Friday, 6 January 2017

RESEPI : IKAN NYOK NYOK MASAK LEMAK PEGAGA

 
 
 
 
4 Januari 2016 | Menu dinner weolss Rabu lepas. Ikan Nyok Nyok ni (dalam bahasa Melanau, Jekan Jamah Belukok / Blukok)  incek hubby beli kat Mydin Presint Diplomatik, Putrajaya. RM26.00++ sekilo kalau tak silap. Ngam2 sekilo jugak beratnya. Saya masak malam siap2 tapi tak makan terus malam tu sebab ade lagi belen sup tulang. Kiranya masak malam supaya mak senang nak makan kat rumah. So mak tak payah masak dah tengahari tu utk dia lunch. Just panaskan jer. Lagipun saya suka kalau masak cam ni, lepas panaskan kali ke-2, rasanya dah sebati / serap ke isi.. contoh: asam pedas / sup tulang @ daging.

Sesetengah kaum Melanau (terutamanya family saya), jarang makan yang berlemak / santan gini.  Biasa makan yang rebus2, bakar, sup,  tumis air or singgang jer. Kali ni masak lemak ikan ni atas permintaan incek hubby. Berselera mak makan. Siap hirup kuahnya. Saya masak tak pedas sangat sebab mak selalu batuk2.
 
 
kepala ikan Nyok Nyok ni incek hubby suruh mak makan/ratah. Suka makkk dpt kepala ikan.. hihih.
 
Saya sertakan resepi untuk yang teringin nak masak sendiri dan supaya sendiri boleh semak bila nak masak balik. Kadang2 masakannya simple jer tapi bila time nakke kedai, time tu laa lupa bahan2. Last2 tak jadik masak sebab bila bahan tak cukup, rasa pulak kurenggg. huhuh


Resepi Ikan Nyok Nyok Masak Lemak Pegaga
Oleh : Dapur Julie 
 
Bahan-bahan:
 1) Seekor ikan Nyok Nyok - Potong 3-4 ikut saiz) - bersihkan, rendam dengan limau nipis & bersihkan
2) Seikat Pegaga - buang akar & bersihkan
3) Cili padi - segenggam / ikut selera nak pedas mana *blend
4) 5-6 biji Limau Kasturi - perah jusnya
5) 2 inci kunyit hidup - *blend
6) 2-3 batang serai - dititik
7) Santan (sebiji kelapa)
\8) Garam & Aji secukup rasa.


Cara Menyediakan:
1) Blend cili padi & kunyit hidup bersama 1 cawan air
2) Didihkan sebentar bahan yg diblend tadi kemudian masukkan serai
3) Masukkan santan, api perlahankan & sentiasa kacau supaya santan tak berketul
4) Setelah mendidih, masukkan ikan. Biar mendidih dengan api slow/dikacau
5) Masukkan daun pegaga, jus limau kasturi & garam aji secukup rasa
6) setelah ikan masak, tutup api dan boleh hidangkan.

 
 


JENJALAN : TAHUN BARU @ THE MINES, SERI KEMBANGAN & SERANGAN MIGRAIN

 
 
 
 
01.01.2017 | Masih lagi cerita tahun baru. Sebab bercuti lagi kan, so time2 camtu la nak keluar jenjalan cuci mata dan poket sekali kekhekehkehkehh
 
 Kali ni jenjalan pergi The Mines pulak. Tujuan asal nak pergi sana sebab nak try repair Portable Hard Disc yang patah tempat cucuknya. Kalau boleh sangat terdesak sebenarnya nak selamatkan sebab dalam tu ade ribu2 lemon gambar2 lama yang tersimpan dari dulu lagi dan tak pernah cuci pun

Tak dapat bayangkan kalau tak boleh diselamatkan..dalam tu ada gambar yang menyimpan seribu kenangan terutama bersama family yang mana kalau dah tak dapat diselamatkan, maknanya gambar kenangan tu berkubur sekali.. huarghhh!!!!
 
 
 
Hi makk... ni jer la keje anak mak..selfie..wefie.. tp tu la kenangan kita berdua kan makkk <3




Dah elok siap2 gi sana, dah otw dekat2 nak sampai ke The Mines, boleh pulak portable hard disc tu tertinggal kat rumah... arggh!!!!!!!!!!!! Teruk sangat pelupa nih.. benda penting tuuu.. :'( 

Last2 pegi makan & cuci2 mata jer la..tujuan asal dah tak dapat dilaksanakan... huhuh


Masih lagi suasana kemeriahan Krismas dan tahun baru cuma tak laa seramai kat Mid Valley tu..



Lanje mak urut kat mesin ni sementara tunggu incek hubby pegi top up smart tag/touch & go dia. Nak lanje mak spa, lom ade bajet lagi..ekekeke 


seronok tengok mak happy2 <3


Dah kelaparan pas jenjalan, lanje mak ngan incek hubby kat The Chicken Rice Shop tingkat bawah tu. Masa tu kepala dah start berdenyut2, (dari rumah lagi dah sebenarnya). Migrain dah start menyerang tapi gigih jugak paksa diri nak keluar sebab kalau dah keje, bile plak nak keluar jenjalan bawak mak. 

Duduk apartment tau jer la..terkurung dalam rumah jer. Celik mata, tutup mata ngadap rumah orang. Nak bagi mak jenjalan sendiri kat bawah blok, rasa tak selamat. Dulu masa duduk umah teres kat Sg. Chua, Kajang pun sama. Tak bagi jugak mak keluar depan rumah sebab ada kes ragut / rompak area situ. Incek hubby selalu jugak pesan kat mak, tak payah jemur baju luar rumah (biasanya mak basuh sendiri baju dia pakai hari2). Sebab ada kes motor ulang alik depan rumah / kes pecah rumah kat rumah sebelah rumah kitorang. 

Boleh terima lagi kalau mak hilang barang kemas kat badan atau brg lain tapi tak boleh terima kalau jadik ape2 kat mak nak2 melibatkan nyawa. Nauzubillah...

Masa tunggu order tu, sempat la wefie lagi ngan mak... kali ni nak snap gambar mak banyak2.. Buat kenangan bersama mak. Dulu dengan arwah ayah, tak sempat nak bawak dia jenjalan..makan2.. masa tu keje kilang gaji bape jer.. Pastu takde bergambar sangat dengan arwah. So tak banyak gambar ayah yang boleh buat kenangan lepas pemergian dia..




Dah ready tunggu mekanan, muka menten walhal tgh tahan migrain.








menu yang baru sampai, ada lagi yang lambat sampai. Lama jugak menunggu time tu..orang ramai dlm tu..



Lepas makan, kitorang balik rumah. OTW tu makin teruk rasa loya, berpeluh2 dalam kete walaupun ekon dah pasang kuat. Terus mintak plastik kat mak kot tak sempat nak stop keluar kete untuk muntah. Kepala berdenyut time tu takyah cite. Kejap2 sapu minyak angin banyak2 kat tengkuk, leher & dahi. OTW dekat nak sampai rumah, terus call anak sedara mintak dia bukak siap2 grillk & pintu rumah.





Sampai bawah blok, laju2 naik atas. Ngam2 sampai rumah, habis dimuntahkan.. lama jugak incek hubby tolong urut2 & tepuk2 belakang bagi support untuk muntah huhuhu. Lepas muntah, baru la rasa lega..rasa takde utang2, kelapa kurang berdenyut macam tadi. Memang takde rezeki laa hari tu. Makan sedap2 berakhir jadi habuan tandas.So lepas ni kalau ada rasa sikit2 kepala berdenyut nak menghala ke arah migrain, memang kene kensel la nak gi mana2 pun. Baik makan ubat & tido. Dari menyusahkan diri sendiri dan orang lain. huhuhu




❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...