TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 12 January 2017

SELAMAT ULANGTAHUN KE-52 ABG JAYA @ CIKGU SAMS.

 
 
 
 
 
pic credit to SIL

12.01.2017 | 😭😭😭😭😭 Selamat Ulangtahun ke-52 abang Jaya . Dah nak masuk 3 tahun sakit [KISAH SEBENAR DALAM ENTRY NI]. Tak bangun..tak bercakap..tak kenal orang sekeliling..Kami sekeluarga sentiasa mengharap keajaiban dengan izin Allah SWT jua.

3-4 hari lepas mak cite dia mimpi abg tiba2 sedar & tanya mak pasal pokok bunga hujung katil tempat dia baring selama hampir 2 tahun ni. Mak cakap mak terkejut tgk abg tiba2 dah sedar tapi mak berlagak cam biasa sebab terkedu. 😢😢Masa mak cite psl mimpi tu..cepat2 duduk jauh sikit dari mak, toleh tempat lain, sorok2 lap air mata & kesat hingus. Tak tau apa perasaan mak masa tu. Bercerita tentang anak yang dulu sihat walafiat, kini terbaring tak berdaya. Kuatnya dugaan untuk mak. Lepas abang sakit tak baik2,  kakak pulak pergi tinggalkan mak tiba2.😢😢

😢Mungkin mak sangat rindukan anak mak yang selalu hantar dan teman mak gi klinik.
.
.
😢Mungkin mak rindu anak mak yang rajin bwk mak jalan-jalan.
.
.
😢Mungkin mak rindu dengar suara anak lelaki mak yang kuat membebel, tegas tapi baik hati.
.
.
😢Mungkin mak rindu kenangan abang bawak mak makan-makan bila mak kat Kuching.
.
.
😢Mungkin mak rindu anak lelaki mak yang tak reti duduk diam bila balik kampung.
.
.
😢Mana tau mak rindu semua kenangan bersama abang..sampai mak terbawak2 dalam mimpi..

😢Yang pasti, mak sentiasa doakan abang. Mak sentiasa tak putus harap supaya abang sihat walaupun ambik masa. Mak pernah cakap, "..kalau abang kau sedar & kenal orang pun takpe dah. Baik slow2 pun dah alhamdulillah..". Harapan mak yang masih belum kesampaian.
.
.
😢Terima kasih buat semua yang mendoakan. Yang tak putus tanya khabar abang. Yang sentiasa mendoakan dari jauh. Doakan keajaiban dan kesihatan yang baik sentiasa bersamanya.
.
.
😔Buat kakak ipar, along Mardiana Bonie, anak2 sedara Jaya Syazwan Syazwiey Syahmiey Marahaini Syazwisyahmie Mahirahnajwa & semua family mentua abang..semoga terus bersabar, kuat semangat, mental dan fizikal (selalu tak cukup rehat & bergilir2 anak beranak berjaga malam sampai ke pagi), hrp sihat tubuh badan untuk terus menjaga amanah Allah SWT dan menghadapi dugaan demi dugaan. Kami tak dapat menjaga sebaik kalian, tak dapat memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit tp doa kami sentiasa bersama kalian. Tak terbalas semuanya.
.
.
Semoga diberikan ganjaran pahala atas pengorbanan dan kebaikan kalian. Insyaallah.
.
.
#PrayForAbangJaya
#CikguSams
#2ndBro

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...