TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 1 February 2017

RESEPI : LAKSA PENANG HARI WILAYAH













1 Februari 2017| Selamat Hari Wilayah diucapkan buat Warga Putajaya, Kuala Lumpur & Labuan. Memandangkan hari ni cuti umum..so malam tadi prepare kuah untuk buat Laksa Penang fav mak. Dah lama mak cakap nak makan laksa penang. Memang aritu ade makan kat Bangi tapi tak sama cam makan kat rumah. Bleh ngulang doblas kali sebab masak sendiri😝😝

So lepas settle buat kuah laksa, cuci + tos daun salad/timun dll & merebus telur malam tadi, pagi cuma prepare bahan2 jer. Tu pun kuahnya nyaris tak jadik sebab blender tiba2 meragam & keluar bau hangit. Walhal baru jer beli tak sampai 6 bulan guna (pun jarang guna). Siap cari warranty card sbb nak hantar balik ke Aeon Alamanda utk repair. Lepas biar blender tu dalam setengah jam, tey on balik. Nasib baik laa ok. So terus sambung buat kuah. Bertahan la seperiuk kuahnya sampai ke malam. So arini memang tak masak nasik. Laksa jer sepanjang hari..ekeke.

Untuk member yang mintak resepi kat FB td, jom semak kat bawah ni.


BAHAN UNTUK KUAH
1) Sekilo ikan selayang/sardin - buang perut / sisik, bersihkan & rebus bersama asam keping/ gelugor & sedikit garam.

2) 2-3 ketul bunga kantan - belah 6-8 *ikut kesesuaian

3) 1 ikat daun kesum -bersihkan & ambil daunnya.

4) 3-4 keping Asam gelugor

5) 15-20 tangkai cili kering -cuci, potong halus & blend (guna cili boh pun boleh, dlm 4-5 sudu makan). *Adjust kepedasan nak mcm mana.

6) 15-20 biji Bawang merah -blend bersama cili kering

7) Garam & perasa secukupnya.


CARA MENYEDIAKAN KUAH

1) Ikan tadi bersihkan & rebus bersama asam keping & sedikit garam.

2) Dah masak ikannya, toskan ikan (air rebusan tapis & simpan). Ambil isi ikan, buang tulang & isi ikan tu separuh tumbuk kasar (make sure tulang dah xde), dan separuh lg blend halus dengan air rebusan td. Tulang2 ikan td takyah buang. Blend or tumbuk pastu buh air & tapis 2x.

3) Masukkan isi ikan yg diblend tadi dlm periuk bersama air rebusan ikan, cili blend, garam dan asam keping dlm 3-4 keping.

4) Masukkan jugak bunga kantan & daun kesum, garam & sedikit aji. Masak sampai kuah mendidih. Tambah air kalau terlalu pekat.


BAHAN LAKSA
1) Sebungkus Laksa kering, rendam air paip dalam setengah jam pastu rebus sampai laksa lembut. Lepas laksa dah masak, toskan & lalukan bawah air paip supaya tak melekat2.


BAHAN SAMPINGAN LAKSA
1) 6 biji telur ayam -rebus & belah dua
2) 3-4 biji bawang besar/bawang hollad - belah dua & hiris nipis.
3) Daun salad - hiris halus
4) 4-6 biji limau kasturi - belah 2
5) 10 biji cili padi - hiris halus
6) Nenas - potong kecil *optional, saya tak bubuh sebab takde nenas.


CARA PENYEDIAAN
1) Bubuh laksa dalam mangkuk, bubuh bahan2 sampingan tadi. Tuang kuah panas2, pastu ngulang la makan sampai esokk..menambah2 uolsss..hehehe..


Untuk malam plak, sebab tak masak nasik dah arini + kenyang melaksa..weolss makan Keropok Lekor jer. Kirim dari budak opis semalam, dia balik dari Terengganu..terus hantar ke opis. Panas2 lagi semalam tu..


Tips: kalau simpan keropok lekor dlm freezer, make sure sebelum goreng tu kukus dulu supaya keropok lekor tu lembut. Ada jgk yang rebus/celur keropok tu tapi saya prefer kukus jer.




Alhamdulillah..kenyang malam ni..esok bakar ikan plak..hehehe..





❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...