TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 13 September 2017

PR1MA : BEKALAN GAS DALAM RUMAH, BYE-BYE TONG GAS



18/3/2017 | Gas installation. Another step untuk rujukan kendian hari (banyak dah tak ingat sebenarnya sebab entry lama terperap lam draf). Dah settle proses modified nozzle, pastu dah call Gas Malaysia untuk sambung bekalan gas ke rumah, akhirnya settle masalah tengah2 memasak gas habis dan sampai ke subuh org yang hantar gas tak muncul2.

Tak payah risau ikan kuak lentang berendam lam kuali sebab tunggu bangla kedai runcit hantar tong gas yang tak kunjung tiba tu. 




Sebelum masuk hos kat situ, kontraktor under Gas Malaysia terpaksa modified dulu nozzle tu sebab Kontraktor meLAYU yang buat kabinet & table top tu tebuk kecik sangat lubang utk hos tu.







Paling syok, bleh masak tanpa perasaan risau takut gas habis especially bila part kukus kek Sarawak yang biasanya makan masa berjam2 tu.

Dan syoknya sebab bil bulan2 pun tak banyak sangat. Dalam RM5>< hengget gitu jer. Hakak bahagiaaaaaaaaa :p 






Dapur tu guna baru setahun gitu tapi saya sebenarnya tak berapa berkenan jenis yang camni. Sebab bila masakan melimpah, nak bersihkan celah2 tu agak susah. Kalau dapur yang biasa tu, angkat sebelah jari kelingking pun boleh..hehe. Tu coklat2 tu minyak menitik dalam tu. Kalau 4-5 thn guna dapur tu tak buka2, cane la keadaan bentuk muka bumi dalam dapur tu..huhu

So, tong gas yang lama tu, sekarang letak kat yard jer. Taknak la jual sebab susah nak dapat. Hari tu pernah tengok dalam Fb orang jual tong gas jer RM150. tskkkkkkkkkk... Plan akan datang, tong gas tu utk guna masak kat yard kalo projek DIY kabinet yard & proses 5S brg2 lama settle. Khas untuk masak yang tumis2 bermandi cili segala tu. 




Masa kontraktor / pekerja tu buat gas installation tu, saya takde kat rumah. Malas nak keluar opis sebab rasa cam alah setakat nak pasang gas jer pun, bukan pasang2 kabinet ke ape. Tapi lepas orang tu pasang, bila nak on api, pemusing ke ape nama tu jadik keras sket. Tak smoooottth cam sebelum tu. Bila suruh incek hubby komplen kat orang tu, dia ckp tak payah, nanti dia betulkan sendiri. Sudahnya, sampai sekarang tak betulkan jugakkkkkkkkkkkkk -___-'



P/S: Entry terperap dalam draft sebab penyakit M tahap kronik dengan segala macam hal time tu. Rupanya dah bape bulan berlalu. Tapi tak pe la...update jgk la untuk rujukan akan datang walaupun step/proses dia dah banyak dah lupa, apatah lagi PIC yang terlibat.

BERCERAI TALAK 3 DENGAN CELCOM , BERJODOH DENGAN TM (UNIFi + WEBE)


23/82017 | Salam.. kejap draf, kejap taip, kejap save, pastu taip, pastu save, pastu edit... ehh susahnya nak buat satu entry pun. Dari 2-3 hari lepas draf, malam ni kene gigih jugak nak post pasal ni.

Cite pasal Unifi. Last rumah ade Unifi ialah masa kat Kajang hujung tahun 2015. Lepas tu Januari 2016 pindah Putrajaya, terus terminate Unifi yang kat Kajang tu. Tak pasang2 dah lepas tu. Paling sadis bila pc incek hubby dah berhabuk2, siap bleh jadi kuah laksa penang gitew sebab x usik langsung. Atas meja pc segala macam barang longgok. Jadi tmpt parking segala mak nenek. Serabut mataa tengok tp tak de plak rasa nak kemas..hahah

So bulan Ogos hari tu memandangkan sekarang Unifi ade promotion sekali dengan pakej webe, incek hubby memang taknak tangguh2 dah, terus register. Kat Alamanda, Putrajaya tu jerrrrrrr. Walhal sehari sebelum tu dah pegi TMPoint tu, tanye2, survey & riki2 nak register tp kene terminate dulu no Celcom saya guna time sebab taknak la bayar dua line cam orang kaya plak plus membazir jer. Baik duit byr Celcom RM80+ tu wat belanja makan, kenyang perut, terus suka hati.

Tapi bab nak terminate Celcom tu agak rumit plak, sebab dah berbelit2. Nak guna nama incek hubby, tak boleh sebab dia dah ada amek pakej yg opis punye. So kene guna nama saya, ahhhhhhh blacklist pulakkkk. Ni kes dulu2 thn 2001 camtu ade member pinjam nama utk register talian, pastu x bayo. Pastu padan muka sendiri kene blacklist pastu memanjang la guna prepaid & celcom postpaid supplement line incek hubby. Asal2 plak nak guna nama anak sedara, pastu tak jadik. PAstu incek hubby cakap nak wariskan no lama tu kat anak sedara tapi kene tukar dari postpaid kepada postpaid dulu tp last2 ahhh peninggggg laa. So tak jadik.

Pastu staff Celcom plak cam tak bagi kitorang terminate. Dia cite pasal nanti bil kene bayar penuh la ape laa walaupun terminate awal bla..bla... last2 saya peninggggggg. Soo ooo..oooo..oo jer la kat incek hubby. Biar dia plak serabut fikir..kaahkahkahhhh!!

Part nak terminate no pospaid tu plak, jadi cam serbasalah sebab ramai member dah tau nombor tu walaupun baru guna dalam 3-4 tahun ni. Satunyer bila terminate, sblm tu nak kene backup semua wassap2/wechat dll dalam tu. Banyak info huuu...

Tapi last2 nekad jugak la. So pegi Celcom, terminate dan siappppppppp. Ehhh takde plak rumit cam semalam yg sorg staf tu cakap tp kitorang memang tau still kene bayar last bil tu. *garu kepala*



Dah settle terminate, terus ke TMpoint. Sebelah tu jer..kalau dorang nak gaduh, memang senang jer la sebab dekat2..hahaha. 



Tapi sebelum kompem register tu, kene check dulu coverage dia cane.. kang x ok, lagik nayaa...tukar nombor baru, line tak ok..nombor lama dah terminate, tak bleh patah balik nak guna dah..


Nasib baik dapat staff yang ok..friendly. Takde ler rasa cam gi situ nak mintak duit jer...hehehe


Check coverage utk Mukah, Sarawak plak. Kalo balik kpg, line ok, tak la meraban sangat nak cari line. So far so good! 
Yang kaler hijau tu maksudnya tu coverage area dia.. yeayyy!


So, kompem kitorang amek plan RM178 tu (sekali dengan webemobile. Nombor 4 digit last bleh request kalau kita nak. Info lanjut, bleh klik [DI SINI]


officially talak 3 dengan Celcom lepas beberapa tahun bersama & selamat berjodoh dengan TM Company 😁😁😁

Dah settle, dah suka hati, kita gi makan la.. kat Black Canyon kat Rasa Food Court tu jer. 

my menu



en. hubby punye


Dah happy, dah kenyang & dah suka hati. So balik laa balikkkkkkk!! 

So ni kiranya entry kedua udate guna pc. Rasa lebih puas guna pc sebab luas, besar skrin & tak la kecik beso kecik beso mata tengok sekerinnn hp tu. hihihi ngade2 jer

Bermaharajalelamanja laalakik binik kat umah sekarang ni men-dunlot muvie sesuka hati 24 jam. Dah boleh jimat part tiket ngan popkon tu (tak termasuk lanje sampingan menyoping ntah pape) asal nampak indah di depan mata. kuikuikuii.

Balik Kuching aritu, anak2 sedara kemain sesuka hati jugak tgk youtube sampai abis bateri maksu korang kerjakan, pastu kene marah ngan bapak dorang sebab asik ngadap hp sampai x bukak buku sangat (cuti sekolah, buku pun sekolah). Rosak ler korang kalo memanjang maksu ade kat umah sebab dpt maksu yang tak garang @ tak berapa reti nak garang walaupun muka cam garang lagik sombong tapi sebenarnya hati tisuuu..

Ehh yang dorang kemain hepi kalo maksu balik bukan sebab mmg tertunggu2 maksu balik. Agaknya tertunggu2 hp maksu balik. Maksu tak balik pun xpe asal hp maksu ade.. ehh.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚kehkehkehhh 


❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❀ KLIK OLDER POSTS ❀

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...