TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 1 November 2017

RESEPI : SUP TULANG LEMBU


Salam. Menu semalam (tak ingat semalam tu bile sebab entry ni dah masuk dlm draft ntah bape minggu). Beli tulang petang khamis, malam tu terus bersihkan dan rebus. Kiranya balik petang jumaat tu tak payah sibuk dan kelam kabut nak masak la. Balik umah just panaskan jer tapi pagi jumaat tu ter-EL plakkkkk. Tak gi keje, so makan ni terus la lunch tu jawabnya. 

Sup-sup ni menu yang saya paling suka. Tak kira sup ayam ke, ikan ke, kaki ayam or tulang lembu/kambing. Memang layan habisss.. laju jerrrr bab ni. Sebab cara nak sediakan pun paling mudahh. Just campak2 jer. Takde stress2 pun nak sediakan. Sebab sekali keje jer, paling sesuai untuk yang mengidap penyakit M tahap kronik. Hehehe..


SUP TULANG LEMBU
By: Juls Julie

Bahan A:
1) 1kg tulang lembu - bersihkan
2) Bawang Putih + bawang merah - terpulang sama ada nak tumbuk or hiris
3) Rempah Sup Tulang - saya guna brand Mak Siti
4) 2 batang serai - diketuk
5) 2 inci halia - hiris
6) 2 inci lengkuas - ketuk @ hiris *optional (saya bubuh sbb suka rasa lengkuas tu)
7) garam + perisa - secukup rasa (takyah masin sangat sbb nanti dah ade sambal kicap

- bahan2 di atas direbus sampai tulang empuk. Kalau untuk makan esoknya, biasanya saya rebus sebelah malam, esok pagi sebelum panaskan sup tulang tu, kaut dulu & buang lemak2 yg beku tu. 
*saya masak sup tulang memang tak tumis guna minyak. Rebus gitu jer. hihi


Bahan B:
1) Bawang merah + bawang putih dihiris & kemudian goreng cam nak buat bawang goreng tu. Ketepikan.
2) 2 batang lobak - potong dadu
3) 2 batang saleri - potong memanjang
4)  Cili padi secukupnya- diketuk
5) Tomato - optional
6) Daun sup & daun bawang - hiris 
7) Limau nipis

- Bahan B (kecuali 5, 6 &7) dimasukkan ke dalam Bahan A. Dah empuk lobak saleri ape sume tu, time nak makan baru masukkan bahan no.5, 6 & 7
*bawang goreng biasanya buat sendiri baru sedap. jarang beli yang kat kedai tu..hih

Sambal Cili Kicap
1) Kicap lemak / kicap pekat secukupnya
2) 5-6 tangkai cili padi 
3) 2 ulas bawang putih.

- Cili padi & bawang putih ditumbuk halus & campurkan bersama kicap. 







pekena sup pastu lawan plak dengan ulam, budu + tempoyak & sambal belacan perghhhhh lupakan diettttt anda :p 



❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...