TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Sunday, 7 January 2018

JOM MAKAN : MAKANAN SARAWAK (BORNEO) DI JAVIAN KITCHEN, SERI KEMBANGAN



Salam.. wiken haritu lepas mencuci mata di IKEA, Cheras dan balik dengan perasaan frust sebab barang yang dihajati out of stock.. kite ngan incek hubby singgah makan di Javian Kitchen, Seri Kembangan. Tu pun kebetulan balik ikut jalan tu dan hakak satu opis cakap pernah bawak anak-anak dia makan kat sana. 

Restoran ni menyediakan makanan Sarawak/Borneo. Ada banyak jenis cam yang terdapat dalam menu tu.. Hari tu saya teringin nak makan Mi Kolok sebab teringat-ingat mi kolok Hj. Salleh kat area Jalan Satok, Kuching tu yang paling mabelesss dan tiba-tiba plak teringat abang Jaya yang masih sakit/strok selalu ajak makan kat situ tiap kali kite balik Kuching sobssss sobssss.  Incek hubby pulak order laksa Sarawak. Air kitorang share, order kopi ais & air sejuk kosong. 

Restoran ni terletak  bersebelahan ngan Giant Seri Kembangan tu jer. Signage pun besar dan senang nak tengok.




Mi Kolok. Rasa biasa-biasa. Still tak dapat celen mi kolok Hj. Salleh di hatikuuu
tak sabar nak balik Kuchinggg


Laksa Sarawak. biasa jer..biasa kalau makan LAksa Sarawak, ada udang paling2 2-3 ekor.
Maybe time ni dah abis kot & digantikan dengan fish cake. Tak kena kat tekak kite plak.  


Deko dalam restoran ni agak menarik. 





Ade jualan makanan Sarawak jugak. Belacan Bintulu yang pemesss


Lee Fah Mee tu lejennnnn. Time dok asrama mi tu la yang mampu nak beli & bawak bekal.
Megi mahalllllllllllll wooo heheh


ada gambar Tok Uban jugaaaaaaaaaaaaa :p 












ada jualan kraftangan Sarawak jugak. Mostly kraftangan Kaum Iban & Bidayuh..or Org Ulu



Berkenan bakul tuu...sekarang mesti mahal giler reganya..








Antara menu yang disediakan. Rindu umai air tangan makkkkkkkkkkkkkk :'(














Contact number restoran :)


Keseluruhan untuk dua-dua menu tu bagi saya biasa-biasa jer la. So far yang sedap Laksa Sarawak area berdekatan dengan Putrajaya ialah yang orang jual masa bulan posa kat Maybank Putrajaya depan Istana Kehakiman tu. Yang tu memang terbaik, cukup rasa dan bahannya. Kalau tak silap, gerai tu dari Restoran Dapur Sarawak yang kat Pantai Dalam tu. Tapi gerainya cuma beroperasi bulan posa jer laa setakat ni.  

Mi Kolok pulak tak jumpa lagi yang betul-betul sedap. Maybe next time kalau rajin nak ke cawangan Dapur Sarawak yang lain boleh la try Mi Kolok. Tak lepas lagi hajatnya. Nak balik Kuching, lambat lagi. huhuh 




10 comments :

  1. wah..byk makanan...pernah makan laksa sarawak sekali je itupun dekat cafe hafiz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sis tp try 2 jenis tu jer..mungkin kalau sis nak try laksa swk mabeles, blh pegi kat mana2 cawangan Dapur Sarawak tu..owner dia pelakon Mahmud Ali Bashah tu kalau x silap.. hihi

      Delete
  2. Terima kasih tulis entry ni. Dapat jugak saya buat pilihan tempat makan bila kawan2 datang ke sini. Menarik jugak rempat ni. Thnks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 En. Adam.. sharing is caring.. tu tujuannya kita berblog kan.. wlupun kadang2 org / makcik bawang cakap "..hek elleh... tu pun nak cite dalam blog,," hihihihihihi

      Delete
    2. Alaaaa .... Tulis je apa yg nak tulis. Orang tak baca kita diam je. Saya buat macam tu. Apa saya nak tulis saya hentam je. Tulis pun waktu bersantai.

      Delete
    3. kannn...kite pun tulis time santai,..tp kldg2 ade jugak tulis time busy..haa..bila dah busy tp rasa x bleh dah nak wat keje,,,menyempat la jugak..wlupun sekeping gmbr..hihihi

      Delete
  3. Dah katanya orang Kuching yg makan di bumi Semenanjung haruslah banyak kurangnya hihi...Mcm org Muo makan mee bandung kat KL ni. huh mmg hampeh le kekdahnya.
    Pernah makan laksa Sarawak kat rumah kawan. Dia mmg org Sarawak, mmg sedap sangat weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan..kalau rasa lebih kurang tu ok lagi..kalo jauh sangat beza tu..mmg x lalu nak makan... tp ape2pun bersyukur la,.masih lagi dpt menambah lemak dok kat Msia ni kalo compare dengan negara lain..hihihi...

      Delete
  4. Mi Kolok tak pernah cuba lagi.. Tapi sha suka lada hitam sarawak.. best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..lada itam wajib buh kalau masak2 sup ni..baru pedas panas membahanggg hahah

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...