PRU 14 : ESOK NGUNDI YEAYYYYYYYYY



credit to Utusan Malaysia

Salam kengkawan bloggers.. mesti semua dah tido kan.. sebab esok nak bangun awal... pergi awal beratur kat tempat ngundi. nak buat penentuan sama ada cuti khamis jumaat atau isnin selasa depan..kihkihkihhh


Macam yang sedia maklum, esok 9 Mei 2018 (Rabu).. bakal berlangsungnya Pilihan Raya Umum yang ke-14. Kali ni,. semangat nak mengundi lain macam. Berkobar-kobar. Walhal masa ngundi 5 tahun lepas, biasa2 jer. Excited jugak tapi tak laa macam ni. Rasanya mesti semua ada perasaan yang sama tahun ni kan... tapaya tanya sebab apa,,memasing simpan dalam ati je. ihihi


Petang tadi balik keje singgah Presint Diplomatik sebab nak cari barang utk pc. Kebetulan depannya ada jual kebab. Terliur. Mintak incek hubby beli. Pastu baru perasan, rupanya ada kedai jual barang dari arab. Teringat kurma tak beli lagi untuk stok bulan puasa. Masuk tengok barang. Boleh la tahan... beli kurma RM10 + RM10 (satu nak pos kat mak), pastu minyak zaiton botol sedang tu RM15. Tengah pilih barang, mak call tp sebab hp dlm beg, x sempat jawab. Tengok ada dua missed call. Masa tu atas motor lagi (sekarang gi keje naik moto sebab nak jimat minyak). Berdebar jugak kalo dapat call dari mak. Yer la..dok jauh2, bila ade call camtu, risau kot pape ke... call balik mak, ingatkan ape la... rupanya mak nak bgtau arini ada orang datang rumah, bagitau pasal esok nak ngundi, siap ajar cane nak pangkah. hehe comel jer mak. Cakap kat mak, nanti call balik sebab tengah nak bayar brg. Mak cakap ok... letak tipon, bayar barang, pastu terus balik. Barang pc tak jumpa jugak. 


Sampai umah, pas makan ape sume..call mak balik..cite pasal ngundi bla.bla.. mak cakap esok ade transport nak amek dorang pegi pusat undi. Kat kampung, majoriti undi BN. Sebab tu jer parti yang dari dulu ada. Sape undi pembangkang, kategori ala musuh laa..sebab undi orang jahat..kononnya. Cite pasal pembangkang pulak, untuk pertama kalinya, nampak keterbukaan anak2 muda kat kampung mula menyokong dan berani bersuara berkaitan parti lain (pakatan harapan). Dulu-dulu tak berani. Bendera parti lain susah nak tengok kat kampung. Ada pun kejap jer, pastu ilang. Cumanya tahun ni, ade kejadian otai2 marah dorang sebab pasang bendera pakatan. Yer laa dah berpuluh tahun bendera biru gelap kat kampung tu, tetiba masuk plak biru muda., kacau jer...bg dorang la... ekekekek  

Masalah air, lenyap kejap...Orang kpg seronok sebab dapat bantuan tong biru, walaupun hakikatnya, kami tak nak tong..kami nak bekalan air bersih. Dekat nak raya nanti, masalah yang sama tiap2 tahun akan berulang. Sebelum subuh mak akan tadah air sampai penuh semua bekas, tong, baldi dan besen yang ada. Sebab lepas 8-9am, air takde dah. Nak mandi, nak guna air, semua kena berjimat cermat sampai air ade semula dekat tengahari. 


Kalo family ramai, anak2 ramai...tau2 jer la..sinki penuh pinggan kotor..tak boleh nak cuci sebab air takde...nak wat cane..dah memang camtu tradisinya. So harap la pasni masalah air settle. Ehh..tercite panjang pulak...hehe..luahan hati jam 1.47am ni. Lepas sembang ngan mak cane nak undi ape sume, letak tipon. Mak kene tido awl...esok mak nak buat penentuan pilih sapa. Sape? Undi adalah rahsia.. 


Apapun parti yang kita akan pangkah esok, buat laa pilihan yang bijak. Semuanya demi masa depan anak cucu kita akan datang. Sorry..tajuk PRU, esok ngundi tp isi tetibe pasal kedai arab la..,kebab la... pasal tong biru la... bendera la.. dah nak pagi nih..5 tahun sekali melalut pasal ngundi.. limited edishoooon punye entry..typo ke ape tak check sangat dah..nak tidoooo.. hahahah 

Selamat Mengundi semua... :)


credit to  http://www.1media.my/2017/11/pru14-analisis-pertembungan-tiga.html



credit to : http://www.undi.cc/pru14/

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah selesai juga PRU Malaysia ke 14...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua dah faham politik matang..

      Delete
  2. alhamdulillah smuanya selesai dgn baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..tu la kan..syukur xde rusuhan..wlupun malam keluar keputusan tu mcm2 khabar yg agak menakutkan..huhu

      Delete
  3. Alhamdulillah, dah selesai mengundi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kan sis... hrp berjalanan politik dan urusan negara berjalan dengan baik hendaknya.. insyaallah :)

      Delete
  4. alhamdulillah terlibat di dalam sejarah Malaysia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...selesai dengan aman,.,, hihi

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤