TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 10 October 2018

KISAH PANIK @ 1.30AM





Kisah panik malam tadi...kul 1.30am, masa tengah kitorang tengok tv..hubby tetiba batuk non stop. Memula tu biar jer sebab biasa jer dia batuk camtu lately.

Pastu bila tengok dia x berhenti, pastu tunduk2 sambil tangan tekup mulut tak gerak2, rasa cam nak melompat dari sofa tengok dia bersandar senget tak respon bila kita tanya. Tanya2 dia kenapa ni..?? Dia x jawab..masih tekup mulut. Allah...mata tu tuhan jer tau.. rasa takut, rasa cam tercabut jantung.. Terus teringat abg no.2 yg sesak nafas/asma, dlm masa yg sama kene darah tinggi pastu sampai strok. Dah 4 tahun bed ridden.

Takut dia batuk2 pastu x blh bernafas. Masa tu terfikir kalo nak buat CPR, dah lama lupa step. Sijil buat CPR pun dah lama expired, so tak boleh buat CPR sebarang kalo tak tau. Dengan time dah pagi camtu, terfikir nak mintak tolong sape angkat dia kalo dia tak boleh gerak. Takut sangat2 sampai nangis depan hubby.

Lepas dia dah ok, dia pulak pelik tengok kite nangis2. Dia boleh tanye pulak kenapa. Kite tak jawab. Takkan nak jawab jujur "..saya takut awak mati tadi.." walhal yang tu laa yang keluar kat fikiran masa dia tunduk tak gerak2 tu.. Tak ready kalo dia tetiba sakit or tetiba pergi. Tak mintak, semua orang mintak dipanjangkan umur tapi bila mana kita hidup, lawannya adalah mati. Dulu2 incek hubby pernah batuk2 non stop gitu jugak, pastu tetiba dia tundukkan badan sebab tarik perut. Dia sujud, bongkok, berdiri semua tak kena..tak lega. Kot la angin, dia minum eno, pun tak ok. Last2 kul 12 mlm kitorang gi hospital Putrajaya. Doc cakap angin, siap buat xray bagai. Syukur xde pape.

Yang kul 1.30am tu batuk 1st malam tadi, pastu hubby batuk lagi sekali dalam kul 3-4am gitu. Tapi tak seteruk yg mula2 tu. Tapi tu laaa... kite masa tu memang dah tak boleh nak tido dah. Dada berdebar2. Lama jugak duduk kat katil pandang dia yang masa tu dah berdengkur. Tengah nak berkira2 kalo jadik lagi sekali, nak call jiran sebelah umah nak mintak tolong angkat ke ape. Sudahnya sampai ke pagi tak boleh tido. 

Rasa trauma dapat call time maghrib dari kakak ipar 4 thn (2014) lepas bgtau abg no.2 tetiba batuk, asma, terus biru & dorg terus bawak ke hospital sampai masuk nicu & warded 2 bulan masih lagi terasa. Masih lagi terngiang2 kakak ipar menangis2. Rasa tak sanggup lalui semua tu sekali lagi. Dengan duduk sini sorang2 sementara keluarga lain semua kat Sarawak, tak tau mcm mana nak hadapi semua tu.

Lepas hubby ok malam tadi, baby pulak batuk2 tapi masa tu macam blur kejap. Incek hubby cepat2 tepuk & tiarapkan baby. Kite plak masih terpaku depan hubby. Biasa kite kalo panik or terkejut, memang blh blur kejap. Tak tau nak buat ape. Tak boleh nak fikir. Baby pun batuk2 dah dekat 3 minggu. Batuk kedua selama dia umo 4 bulan ni. Pun malam2 tak boleh tido bila dia batuk. 

Sebab batuk dia kali ni jenis batuk bersambung2 jugak, batuk sampai merah2 muka dia. 1st dia kene batuk masa umo 2 bulan aritu. Tapi batuk jenis seketul dua gitu. Takde bersambung2 camni. Bawak gi klinik doc cakap takde ubat. Just sapu minyak angin utk baby kat belakang & dada dia bagi lega.

Allah..dua2 tu buat risau..bapaknyer..anaknyer..semoga mereka cepat sembuh. Hari ni terpaksa EL, pastu paksa hubby cuti walaupun dia cakap nak keje sebab ada meeting arini. Pas dia tido balik pagi td, terus tak kejut dia nak gi keje. SENGAJA tak kejut supaya dia tak keje. Biarlah dia nak bising pun. Risau plak nak tinggal dedua tu gi keje. Petang karang nak paksa hubby gi klinik plak. Tapi tu laa.. nak paksa org tua2 ni nak gi klinik tak sama cam nak sauk baby bawak gi klinikkkk. Panjanggggg hujah diaaaaaaaaaaaa. -_-' 




❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...