Godek2 PC incek hubby sbb nak upload bidio yg lame tapi x sensored dlm youtube (sebab nak ringankan pc & delete yg dlm pc incek hubby), terjumpa gambar mak tengah buat "Jekan Bahiek" / Jekan Bahek @ Barek / @ Ikan Jeruk atau senang cakap, Budu tapi kannnnnnnnnnnn... ni version Melanau...hihi. Gambar ni ikut tarikhnya, 7 Ogos 2012. Lame giler,,.baru jumpa balik gambar ni.
Sayaaaa, walaupun Melanau pure tapi dolu2 bab nak buat mknn tradisional camni mmg x pernah ambik kisah pun. Saya tau maaaaaaaaaaaakan jer. Tau2 mak dah siapkan.. Tapiiiiiiiiiiiii... bila fikir2 balik, sayang kalau saya tak belajar atau paling tidak, inisiatif utk salin resepi sekurang2nya sebab tu warisan kaum sendiri., Tambah pulak, mak masih ada (alhamdulillah, semoga sihat & panjang umur mak). Jadi rugi kalau saya tak catat resepi2 atau masakan yg dia buat. Semoga mak panjang umur supaya saya boleh belajar banyak benda dari dia... tskkk..tskkk...
Disebabkan kebetulan masa tu kitorg g Giant, terjumpa ikan bilis yg besar ni, maka tercetuslaa idea nak buat Jekan Bahiek ni setelah bertahun2 tak makan. Selalunya kalau teringin nak makan, saya beli jer kat Pekan Dalat atau Bandar Mukah. Tapi sekali sekala, nak jugak makan air tangan mak. Sesambil tu boleh tengok sendiri macam mana Jekan Bahiek @ Budu ni dihasilkan. Esok lusa, kalau dah hilang ingatan, blh rujuk balik kat sini walaupun bagi kawan2 sekampung yang lain, semua ni kacangggggggggg jer. huhu..
Resepi dan cara lebih kurang seperti berikut:
BAHAN-BAHAN:
1) >< 1/2 kg Ikan Bilis Mentah (buang perut & bersihkan)
2) Garam kasar - dalam 2 genggam dewasa atau lebih (agak2 jer)
3) Bekas untuk menyimpan (pastikan kering)
CARA MEMBUAT:
1) Ikan bilis tadi ditos kering.
2) Gaul rata dengan garam kasar
3) Masukkan ikan bilis yang telah digaul dengan garam kasar tadi ke dalam bekas.
4) Setelah sebati, akhir sekali..ratakan dengan garam di sebelah atas ikan bilis dlm bekas tersebut.
5) Sedia untuk dimakan selepas seminggu atau lebih.
CARA MENYEDIAKAN:
1) Pastikan sudu utk mengambil ikan bilis tersebut (selepas seminggu atau +++) adalah sudu yg kering.
2) Masuk dalam bekas, perah limau kasturi/nipis, patah cili api & kalau nak, boleh campak bawang merah.
3) Makan dengan nasik panas2 atau jadi pencicah utk ulam2. Sama jugak seperti Budu Pantai Timur.
Lesung tu mak guna untuk tumbuk garam kasar, |
Akhir sekali, garam diratakan seperti di atas sebelum bekas ditutup rapat. |
8 Comments
Err..sejak bila meter naik neh? (>,<)
ReplyDeleteSERI PELANGI >> since hujung thn 2012 kot tp x peghasannn pun masa tu..start on off darah tinggi masa iolsss kene Virus Brucella itewww sampai la warded.. 2014 secara rasminya memegang title pesakit darah tinggi...huhuhu
Deletesaya pernah makan makanan Sarawak yg mentah ni dan resepi ni juga ada di Sabah cuma mereka guna udang saja... tapi sebab tak bau mentah dan tak hanyir serta lembut, saya masih boleh telan... saya suka semua makanan tradisi kecuali kalau mentah... sebab tu saya tak makan sushi...
ReplyDeleteBRO NJIB >>> ha ahh..x hanyir bau dia & isi dah lembut.. yang udang tu x pernah makan..maybe klu ke sabah next year blh tryyy...heheh
Deletesushi tu makan jugak tp xde ler fav sgt...mknn tekak melayu & tekak melanau jer serasi..hehe
Bukan rusip kah. aduh kembang aek liur naip rusip...
ReplyDeleteSIS MONA LEA >> aok..rusip kata urg melayu Kch mun x salah kmk..hehehehe.. nyaman k makan ngan ulam2 hohhh :)
DeleteTak pernah plak mkn yg ni, budu cara mak sy lebih kurang sama jek cuma mak sy guna perut ikan rumahan, tp nama budu versi mak sy tuh xtau apa sbb pernah mkn masa kecik2 jek.
ReplyDeleteSIS BAHIYAH >>> ooo ye ker...lain2 negeri lain jenis ikan & cara dia kot.... yg ni pun dah lama x makan... tekak tu rasa nak sangat tp fikirkan dah ade darah tinggi tu...dah stop dah... hehehe
Delete❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤