الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُه
Dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah..abang Ayish dah masuk tahun ke-2 tusyen kat Pusat Minda Optima, Presint 15, Putrajaya. Start tusyen membaca masa dia umo 6 tahun. Sebabnya kami taknak dia ketinggalan dan harapkan belajar membaca masa kat tadika aje time tu. Nak ajar kat rumah pun, kadang tak boleh fokus. Adik dengan kakak kacau, mami plak kadang sibuk nak ajar dia. Babanya pun sama..malam keje, sabtu ahad keje. So terpaksa keluarkan sikit kos untuk bagi abang sedikit pandai basic membaca ni. Plus mami memang ditakdirkan untuk jadi mak aje, bukan cikgu nak ajar anak. Kesabaran tu takde langsung time tu. Dengan kita takde basic nak ajar anak cara sebutan cane.
Kalau tahun 80an dulu, mami belajar membaca yang basic aje, phonic2 tu takde, skrg budak belajar phonic kebanyakkanya. So, nak bagi pendidikan yang terbaik untuk abang..mami & baba bagi yang pakar dalam bidang dia ajar abang. Sebabnya, bila dia balik tusyen dan mami nak ajar balik, dia cakap tcer tak ajar camtu. Lain sebutan dia cakap. Bila confirmkan dengan tcer dia & mintak video abang time tusyen..memang lain cara sebutan dia.. So...gitulahh... mami tak boleh nak ikut cara tu..mmg tak faham punye...
Setahun aje abang pergi tusyen fizikal sabtu ahad tp tukar online jehh start ujg thn lepas. Sebabnya last year baba dia sibuk sikit, kadang balik keje pagi, tak sempat tido / rehat sebab nak antar abang pergi tusyen. Kene tunggu sejam setengah kat pusat tusyen tu sebab alang2 jugak nak berulang balik umah P11-P15-P11.
Last2 hujung tahun lepas kami decide nak tusyen online aje la. Amek slot malam Selasa & Khamis. Alhamdulillah..Slowly but surely..abang dah boleh baca sikit2 walaupun kadang ade jugak perkataan yang dia terbabas. Insyaallah moga abg cpt pandai membaca lps ni. 😂Skrg tak naik sangat dah bp mami time ngajar. Malas nak stress, kang mami tekan2 abang sangat, abang pulak yang stress tiap kali nak belajar. So lets go with the flow ajer la orang Melanau cakap..hehehe
Kakyayang dah 5 tahun umur tahun ni, Insyaallah tahun depan nak bagi kakak pulak tusyen. Tapi kali ni nanti nak try dengan kawan mami jer. Nak ajar sendiri malam2 pun rasa tak terkejar. Balik rumah kadang 8-9pm, masa bila nak uruskan anak3, OT kat dapo....tusyen gitu ajer laa yang blh bagi kat anak2. Takpe laa walaupun terpaksa berkorban sedikit wang ringgit, tu bahagian untuk anak2. Nak bagi yang terbaik untuk anak2 mami lepas ni. Insyaallah..
𝕵𝖚𝖑𝖘𝕵𝖚𝖑𝖎𝖊
0 Comments
❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤