TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Monday, 25 June 2012

❤ RAMADHAN - 25 HARI LAGI ❤




❤ BATAS-BATAS DALAM BERHIAS ❤

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”


Hadith Riwayat Ibnu Mas’ud
Huraian :

i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.

iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.





❤ jeritan jejari julsjulie ❤
sumber : emel PAJPM


❤ JANGAN MEREMEHKAN SEDEKAH ORANG LAIN ❤




Tajuk :Jangan Meremehkan Sedekah Orang Lain 

Hadith :

Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :”(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.” (at-Taubah:79)


Huraian :

1.       Allah SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki dan tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata.

2.       Keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.


3.       Sekiranya seorang hamba Allah itu hanya mampu sedekahkan sepuluh sen (RM 0.10 sen) ketika itu dia benar-benar ikhlas maka ganjarannya lebih baik daripada mereka yang bersedekah seratus ringgit (RM 100.00) tetapi hanya untuk menunjukkan kepada orang lain tentang statusnya atau pangkatnya yang hanya sia-sia.




❤ jeritan jejari julsjulie ❤
emel PAJPM


❤ HARI KELUARGA JABATAN PERDANA MENTERI @ KOMPLEKS SUKAN AIR, PRESINT 6, PUTRAJAYA ❤

*tajuk panjang giler tp gamber seco'et jer*

Sepatutnya pergi semalam tp memandangkan lam aturcara x berapa nak best, we'olss pergi hari ni jer. Tu pun pergi disaat matahari dah ataskepala, dah panas terik dah pun. So harus la sblm pergi tu bekpes aka lunch. Sampai kat Kompleks Sukan Air tu dlm kul 12 thari, diulangi dah tengahari..MAMPU..?? incek hubby drop kat blkg stage jer sbb dia nak masuk keje. 

Sampai sane umat dah x ramai sangat orang, agaknyer thari memasing dah carik mekanan @ mane yg dekat balik umh. Kusi pun banyak kosong. Gambar2 sebenar ade lam perut Incek Sams & Cik Oly, malas nak tansper, pastu nak edit kasik lawa2. Haihh...byk keje tu..!! So, aktiviti mencilok adalah sangat menyenangkan, tp cilok dengan keizinan. hehe.. gambar ni adalah berbelasihsan aka kopipes dari FB incek hubby. ngeehehe...

Banyak gambar budak rambut merah aka Nabila nih jer sbb sape la saya nak soh ambik gambar bertiga ngan mak.. nak soh org situ2, memalu kucen lak rasanya. Member2 se-opis memasing sibuk ngan Dragon Boat & ade yg jadik urusetia Hari Kuarga.. 
*Fuhh..>!! Nasib baik x jadik urusetia, x memasal kne dtg sabtuahad*. :p

Mata dah ngantuk nak taip panjang2..so, tgk gambar jer la... 

ni kat jeti tepi tasik tu...xde orang time ni..terus cepat2 tangkap gambar.
masa wi'ols nak g situ, ade couple baring2 atas ni, 
x gerak2 lak tu..ingatkan pensan mati lemas ke ape.. owhh..!!
ade seksipotogerapi rupenyer.. 
ehh selowlaakausemah!!


muka budak nih xde mood sbb baru bangun tido.
dekat2 time nak abis acara, mata dia lak x bleh nak tahan2.
last2 tertido, sempat kot seketul dua mimpi2 indah dia..
so, nih la hasilnyer..senyuman yg mcm dipaksa..huhuhu


 rugi lak kalo sendiri x masuk lam gambar..
entah2 pasnih patbelastahun akan dtg baru g sini balik =))


 seharian Hari Kuarga dari kul 12 thari sampai 5.30 petang,
sangat memenatkan, kompom balik umh x larat nak masak *OK, alasan!*
So incek hubby bawak g makan kat Radix Fried Chicken, Sek. 9 (kot), Bangi 
ayam dia, ok ler..nak kata sedap sangat, boley ler try dulu..
kang saya ckp sedap, korang ckp x sedap,
klu saya ckp x sedap, korang ckp sedap plak..
terpulang pd selera memasing ..

sekali sekala kne tolong & sokong biz melayu.. ;)
bleh try..yg sedap, sos nasik ayam dia.. ngan air stoberi..hehehe
tp x blen KEHEPSI celen sbb tekak dah terbiasa cekik KEHEPSI dari kecik sampai skrg.
*OK, tipu kalo ckp dari kecik sbb kecik2 dulu x merasa pun ayam kehepsi yg diiklankan lam TV tu*



budak nih dah nampak katun Boboiboy dpn mata, 
mmg dah malas nak bergambar...
katun Boboiboy tu lagi sedap dari RFC or bergambar :))


❤ jeritan jejari julsjulie ❤

gambar2 sebenar entah biler nak hapdet..
as usual dah basi baru nak masuk belog..
keh keh kehh!!!


testing

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...