TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 4 June 2014

> EDISI MELAMPIAS "NEPESU" @ RESTORAN ANA IKAN BAKAR PETAI, BANGI (29.05.2014)

 
 
 
 
29 Mei 2014 -Kisah melampias "nepesu" mkn bwk #PuteriHangLiPoCelup mix #Melanau 2 beradik mkn #IkanBakarPetai + #UdangGorengButter + #SutunGorengTepung + #KetamGorengTelurMasin @ #AnaIkanBakarPetai, #Bangi.. balik keje tu terus ambik anak sedara (Lin) kat Terminal Bas Kajang. pastu balik umah kejap ambik lak kakak dia (Liza) kat umh kitorg..pastu bek dorg nih kuar g makan ikan bakar kat Ana Ikan Bakar Petai, Bangi.

Tapi malam tu makan x berapa nak feelllll...sbb masa tggu bas sampai tu, saya ngan incek hubby pekena megi goreng kat kedai mamak dulu..kebulur sbb thari tu saya x kuar makan...

 
 
hubby belanja theyolss nih sebenarnya.. 
anak sedara yg tudung purple tu, Lin Faisal Tiong student farmasi kat Kolej kat Perak..
esoknyer tu nak balik Swk sbb pasni posting praktikal kat Hospital Kuching setahun..
si kakaknyer lak, Liza Faisal Tiong (kakak no.2) baru posting ngajar kat Mentakab, Pahangg..
flight selang 3 hari ngan adik dia, so sementara tu singgah stay umah saya dulu :)

Ikan Bakar Berempah + Petai..
ari tu x abis.. siap tapau bwk balik tp last2 x makan jugakk..
budak 2 org nih, sorg tu x mkn sangat..esp sifuddd..allergic katanya... 
yg sorg belasah jer... sama cak kakak dia yg sulung tu (xde lam gambar sbb kat Kch) hehehe


 
Ketam Goreng Telur Masin
saya ngan incek hubby klu pegi mkn kat sini, x pernah lak try nih...
rasa dia..not bad jugak la...ketam alhamdulillah mlm tu dpt yg fresh punye...
 

 Kailan Ikan Masin

Cendawan ape ntah...cendawan goreng la kot.. incek hubby yg order...
 

Sotong Celup Tepung
yg nih mmg saya yg nak...ratah2 jer.. hari tu x makan nasik pun..
 

 Udang Goreng Butter
sedap gakk..berlemaksssssssssss hahahah
 
 

  Satar
ehh ke Sata ehhh nama dia..sedapppp!!! Ni hidangan sblm makan nasik..
makan 2-3 ketul dah kenyang...tu yg x layan nasik tu..huhu
 
 
  sedikit info alamat :
 
Lot 29991, Persiaran Kemajuan, 
(Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
















TEMPAHAN : 0192177668 , ADUAN/CADANGAN : 0192467202






























































blog [ANA IKAN BAKAR PETAI]
 FB [FB ANA IKAN BAKAR PETAI]  
 
 
 
 

> AMALAN SUNAT DALAM BULAN SYAABAN

.
 
 
 
 
1) Berpuasa.
2) Beristighfar, Selawat & Berzikir
3) Memperbanyakkan bacaan Quran
4) Bersedekah kepada fakir miskin

sumber : bacaan pagi kat opis. x sempat salin huraian sbb tgn tgh kotor (bekpes)

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Riwayat: 
(al-Bukhari)

Dari Aisyah r.a katanya: 
Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.
 
Huraian Hadith: 
 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
 
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW :
 
"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

ii. Bertaubat

iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
 
sumber : c&p website JAKIM
 
 
 
 

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...